🐾 41: Sadness

780 61 3
                                    

Mizuki tertawa kecil. Kematian salah seorang ahli kegelapan juga sudah membuatkan dia bahagia. Dia melangkah ke belakang.

"Jumpa lagi nanti Dragonel," Mizuki meminta diri. Ruby turut mengikutinya. Cahaya kembali semula di kawasan itu.

"Claire.." rintih Char. Baru sahaja dia hendak mulakan hidup baru dengan Claire, tetapi nyawanya sudah dicabut terlebih dahulu. Ekor yang seringkali melenggok juga terkulai lemah di tanah.

"Char, kita pulang dulu. Uruskan kematian Claire," cadang Mikio. Char mengangguk setuju. Tubuh Claire diangkat oleh Mikio. Ahli lain mengikut sama.

"Ren!" Suara Mayumi kedengaran. Terkejut gadis ahli sihir dibuatnya. Tapi dia cepat-cepat mendukung Mayumi yang menerpa ke arahnya.

"Mayumi? Apa kamu buat dekat sini?" Hikari menyoal. Mayumi menundukkan muka. Rasa bersalah menyelebungi diri.

"Maaf. Mayumi punca kematian Claire," ucapnya sayu. Char menggeleng.

"Tak. Kamu tak salah. Jom pulang."

***

"Ketua!" Ken membuka laju pintu utama pangkalan Lylith. Baru sahaja hendak bertanyakan khabar, suaranya tersekat apabila ternampak tubuh kaku Claire.

"Claire?" Suara Kenji mencelah. Namun, tiada siapa yang sudi membalas. Char sekadar mengarahkan Mikio untuk meletakkan mayat Claire di atas bumbung pangkalan.

Shiori dan Ryuu yang melihat dari atas terpaku. Baru sahaja tadi mereka berbual dengan serigala hitam. Jumpa semula setelah nyawanya hilang.

"Ryuu, apa perasaan Kei agaknya sekarang ni?" Shiori bertanya perlahan. Ryuu geleng perlahan. Tak dapat bayangkan apa perasaan jejaka itu ketika ini.

Sesaat kemudian, Kei keluar dari biliknya. Fikirnya dia cuma hendak mengambil air kosong di dapur sahaja, tetapi lain pula yang dihidang.

"Foxy Claire?" Hey Char, beritahu aku apa yang dah jadi?! Mayumi!" Tengking Kei. Mayumi tersentak. Hikari segera memeluknya erat.

"Kei, dia dibunuh Ruby. Jangan salahkan Mayumi," tegas Ren setelah lama berdiam diri. Bagai kaca terhempas ke batu, Kei sangat terkejut.

Lututnya menggeletar, cuba menerima realiti. Mungkin orang kata dia bukan adik-beradik Claire untuk sedih begitu, tapi dia manusia yang paling rapat dengan sang serigala hitam.

Selama ini, sewaktu Char tiada di sisi kawannya itu, dia yang jaga. Dia yang menemani Claire. Hampir 24 jam mereka bersama.

"Claire.." jejaka itu melutut di lantai. Air mata yang ditahan mengalir jua. Air mata yang tidak pernah terluah pun selama ini.

Tangannya genggam buku lima. Urat-urat timbul tanda dia menahan amarah. Sebagai langkah berjaga-jaga, Ryuu menarik Shiori untuk mendekatinya.

"Ryuu?"

"Shiori. Panggil nama Kei perlahan-lahan. Sekarang," arah Ryuu. Tanpa mengetahui sebabnya, Shiori akur sahaja arahan itu.

"Kei-"

"HIRO YUU!" Jeritan Kei bergema di dalam pangkalan Lylith. Bukan sahaja Ryuu dan Shiori, malah mereka yang lain turut sama terkejut kerana jeritan itu.

Yuu serta-merta menapak keluar dalam keadaan lemah. Penglihatannya masih belum jelas kerana kesakitan yang masih dirasai.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now