🐾 45: Bad News

834 63 1
                                    

Shiori terkejut apabila pintu bilik Kei dihempas kuat. Nasib sahaja air di dalam gelas yang dipegangnya tidak tumpah. Selangkah dia menapak, Kei keluar dari bilik.

Tangannya diseluk ke dalam poket. Kewujudan Shiori di situ tidak dilayan. Dia terus menuju ke aras bawah, atau lebih tepat ke ruang tamu.

"Kenapa Shiori?" Muncul Ren daripada belakangnya. Mulutnya sibuk mengemam lolipop.

"Tak.. Kenapa dengan Kei? Dia nampak marah sangat."

"Oh. Ketua beritahu yang Ruby dan Ray dah dihantar balik ke rumah Sylvester. Jadi, dia geram sebab tak dapat balas dendam lah tu," jawab Ren.

Sudahnya, dia pun tercegat sekali di permulaan tangga. Mereka berdua memerhati jejaka itu daripada atas.

Sejak hari pengebumian Claire, hanya Kei sahaja yang masih tak dapat terima takdir sehingga ke hari ini. Lelaki itu asyik berdiam dan bercakap sendirian.

"Kau rasa dia gila ke Shiori?"

"Eh? Tak adalah gila. Kesian. Siapa sahaja tak sedih kawan baik mati."

Pap.

Satu tepukan hinggap di bahu Shiori. Gadis itu menoleh ke sisinya. Ryuu berdiri di sebelahnya. Lelaki itu tersengih.

"Ryuu?"

"Biar je dia untuk seminggu. Itu proses biasa untuk mula menerima takdir kematian seseorang," ucap jejaka itu lembut.

Shiori mengiyakan sahaja. Kalau itu yang Ryuu kata, dia ikutkan sahaja. Ryuu lebih arif bab kematian ni.

"Shiori, Ren, Ryuu! Makan tengah hari dah siap!" Laung Sayuri kuat. Ketiga-ketiga mereka serentak menjawab okay. Langkah terus dibawa ke meja makan.

Kei yang berehat di ruang tamu turut bergerak ke meja makan. Di ruang makan, kesemua kerusi sudah diduduki. Cukup-cukup sahaja untuk bilangan mereka ketika itu.

Shiori senyum manis. Buat seketika, dia rasa lega dan bersyukur sebab dapat berjumpa dengan mereka semua. Walaupun pahit, tapi ada manisnya.

Char, Mikio, Ken, Kenji, Yuriko, Sayuri, Ren dan Hikari. Ahli asal kumpulan itu. Kemudian, barulah dia dan Ryuu sertainya.

Selepas itu, berjumpa pula dengan Kei, Yuki, Otto, Yuu dan Mayumi. Tak lupa juga Alex yang baru tiba semalam. Masing-masing ada kekuatan sendiri.

"Tak nak makan ke Shiori?" Soalan Ryuu memberhentikan lamunan Shiori. Setelah itu, barulah dia perasan semua orang sudah mula menikmati makanan dan ada yang melihatnya.

"Makan cepat. Hari ini, kita akan mulakan rancangan baru," tegas Char. Ahli yang lain mengangguk. Mereka sudi menerima segala arahan.

Seusai makan dan mencuci pinggan mangkuk, kesemua mereka berkumpul di ruang tamu. Tiada seorang pun yang berada di kawasan lain.

"Mizuki dah mula kumpul tentera dari dunia Darkwinf. Jadi, kita perlu mula kumpul tentera," pembuka bicara dimulakan Char. Suasana tegang terasa di ruang tamu.

"Kita tak boleh guna kuasa tentera lagenda. Claire dah tiada, jadi kuasa tu dah tak boleh digunakan," jelas Yuki. Dia ingat lagi maklumat yang diberitahu Encik Murasaki dua hari yang lalu.

"Ada cadangan lain?"

"Kita boleh guna pahlawan cahaya. Mereka masih dikunci lagi di negara mereka. Tapi, kuncinya mudah sahaja. Kita cuma perlukan-"

Ayat Hikari terpotong apabila matanya ternampak sesuatu. Tubuhnya tersandar pada sofa. Dahi Char berkeriut. Dia memandang ke arah yang sama Hikari nampak.

THE HUNTED TWINS [C]Where stories live. Discover now