Bab 36

1.4K 72 4
                                    

MEMANDANG isterinya yang sudah berubah jadi Ratu Kebaya, hati Syahrin kembali berdetak kencang. Sepasang matanya sudah tidak boleh duduk diam, asyik mahu mencuri pandang ke wajah comel yang berdiri di sebelahnya. Cantiknya! Tidak penat-penat hatinya memuji begitu. Setiap kali Diza memandang ke arah lain, setiap kali itulah dia mengambil peluang merenung muka isterinya puas-puas.

"Dah kenyang ke?" Sambil berdiri di sebelah Syahrin, Asyraf senggol sedikit bahu sepupunya. Bukan dia tidak nampak gelagat Syahrin yang asyik membelek muka isterinya. Orang lain kenyang menjamah nasi beriani kambing yang dihidangkan, tetapi Syahrin pula kenyang menjamu mata merenung wajah isterinya sendiri.

Syahrin yang sedang ralit menjeling wajah Diza, terkejut. Terpinga-pinga. "Hah?" tanyanya tidak faham. Azwan dan Kamil yang datang bersama Asyraf sudah tergelak-gelak.

"Aku tanya, kau dah kenyang ke?" ulang Asyraf sambil merenung sekilas ke arah Diza yang kini sedang dikerumuni teman-temannya.

"Belum." Syahrin yang tidak faham apa-apa menjawab cepat. Kenyang apanya? Kebulur adalah, jawabnya dalam hati. Memang dia sedang menahan lapar kerana belum tiba waktu untuk pengantin makan beradap.

"Aku ingat kau dah kenyang tengok muka bini kau," sakat Asyraf berterus-terang. Azwan dan Kamil sudah ketawa mengikik.

Panas muka Syahrin diusik-usik Asyraf. Tidak pasal-pasal dia menjadi bahan ketawa sepupu-sepupunya. Dia langsung tidak menyangka Asyraf menonton gerak-gerinya sedari tadi. Malunya dia!

Dalam bengang begitu, Syahrin sempat mencuri pandang ke arah Kamil. Hatinya tiba-tiba jadi hangat melihat Si Don Juan itu tidak berkelip mata merenung muka isterinya. Hmm...nampaknya lepas ni ada yang kenyang makan penampar aku, detik hatinya marah.

Mana Syahrin tidak marah? Sejak semalam lagi hatinya panas mengingatkan perangai Kamil yang seringkali cuba mencuri perhatian isterinya. Kebanyakan bahan perbualannya menjurus kepada hal-hal yang bersangkutan dengan kehidupan Diza. Macam-macam yang ditanyanya kepada isterinya itu. Macam mahu menggoda saja lagaknya. Batrisyia yang baru pulang dari UK itu tidak pula ditemuramah begitu sekali. Si bini orang ini pula yang diberikan perhatian berlebih-lebihan. Haisy! Mujur dia dan Diza sudah sah jadi suami isteri. Kalaulah mereka masih bertunangan, jangan harap dia akan perkenalkan Diza kepada si buaya darat ini.

Syahrin palingkan wajah ke sebelah kanan. Matanya mencari-cari wajah Diza. Bila sudah bertemu apa yang dicari, dahinya tiba-tiba berkerut. Panas hatinya yang sudah suam-suam kuku menggelegak lagi melihatkan gelagat isterinya yang sedang asyik bersembang dengan seorang jejaka berbaju biru sampaikan tidak ingat dunia. Apa yang buat dia naik angin, bukan pasal perbualan itu tetapi cara si isteri yang suka sangat bercakap sambil melentok-lentokkan kepala. Huh! Gedik dia dah datang, hatinya merungut-rungut geram. Kalau tidak mengingatkan majlis besar ini, sudah lama ditariknya Diza balik ke rumah. Buat orang panas hati saja! Hari yang bersejarah ini sudah tidak ada maknanya lagi bila perasaan marah sudah mengamuk dada.

Mengapa sekarang dia mudah benar berasa marah terhadap Diza? Soalan itu memalu akalnya. Syahrin sendiri tidak ada jawapan untuk itu. Dulu dia marah kepada Diza tetapi rasa marahnya tidak sama macam ini. Sekarang rasa marah yang terpendam itu lebih menjurus kepada perasaan cemburu. Dia cemburukan Diza? Hisy! Tidak masuk akal. Merepek!

"Siapa tu?" tanya Asyraf apabila terperasankan Syahrin khusyuk memandang ke arah Diza dan jejaka tampan berbaju biru yang wajahnya ada iras-iras Remy Ishak.

"Entah! Kawan satu sekolah dengan dia agaknya," jawab Syahrin sambil membuang pandang ke arah lain. Tidak sanggup memandang lama ke arah yang sama. Bimbang hatinya menggelegak lagi.

"Mesra nampak budak tu dengan Diz dan Daim. Saudara mara dia ke?" Asyraf sudah macam penyiasat persendirian, mahu merisik rahsia si jejaka berbaju biru.

SEPASANG KURUNG PINK (TERBIT)Where stories live. Discover now