Rebel 5

21K 938 156
                                    

Darren duduk berdepan dengan seorang dari pegawai polis yang terlibat dalam menguruskan hal tentang kejadian serangan dulu.vDi atas meja yang di hadapan mereka, kelihatan pelbagai dokumen tebal dan berselerakkan.

Darren kini bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu untuk menumpaskan Danezell dan juga bagi menjejaki Orked.

Pihak polis amatlah mengalu-alukan penglibatan sukarela daripada pihak penyiasatan persendirian yang turut mahu menyelesaikan kes tersebut. Darren adalah salah seorang yang tampil dengan tujuan itu.

Pegawai polis tersebut kemudian menunjukkan beberapa keping dokumen tentang dapatan dari siasatan awal yang dilakukan.

Berkenaan perincian kes serta juga maklumat berkenaan restoran itu. Restoran yang dikenali sebagai Bless Your Taste, telah beroperasi dahulu lagi di kawasan itu. Mempunyai 3 lagi cawangan yang lain selain daripada tempat berkenaan.

Pegawai polis, dikenali sebagai Aaron, menyerahkan maklumat tentang apa sahaja yang ditemui pegawai forensik ketika membersihkan kawasan itu. 3 batu berlian kecil yang bernilai dan sangat berharga, telah ditemui sekitar tempat kejadian, yang diletak didalam sebuah manisan.

Menurut rekod restoran yang sudah disemak, Orked dan Mr. Eddy ketika itu mengambil tempat duduk pada meja di bahagian tengah restoran.

Meja yang bernombor 7, hanya untuk dua orang duduk di situ. Seterusnya, sebelum kejadian berlaku di malam itu, rekod pesanan menu di dalam mesin, menunjukkan meja 7 di tengah restoran, yakni meja diduduki Orked, memesan hidangan manis itu.

Hanya meja bernombor 7 sahaja yang telah membuat pesanan tersebut dan itu menguatkan keyakinan polis yang Orked telah menjamah, atau pun ada mengambil berlian tersebut.

Berlian tersebut hanyalah bersaiz kecil sahaja, dan tidaklah mustahil untuk seseorang menelannya.

Sedangkan berpuluh-puluh puntung dadah boleh disorokkan dalam tubuh seseorang manusia melalui dubur, ini pula berlian sekecil itu yang tertelan oleh mangsa.

Pihak polis tak menolak kemungkinan teori itu betul dan dapat diterima. Kerana sebelum ini pihak polis pernah menerima beberapa kes melibatkan pembunuhan kejam bertujuan mengambil berlian di tubuh badan mangsa dari orang sekitar situ.

Apa yang menjadi kemusykilan pihak polis adalah bagaimana Danezell datang ke restoran berkenaan dan tahu akan berlian yang berada di restoran itu.

Apakah kaitannya situasi tersebut dengan serangan mendadak Danezell? Itu misteri dan persoalan yang harus dirungkai oleh Darren, serta pegawai polis yang menyiasat, Aaron.

Darren membelek-belek dokumen yang telah merekodkan beberapa keterangan di atasnya. Mengenai rentetan peristiwa tersebut berlaku, tentang penemuan barang di restorang berkenaan yang mungkin akan membantu siasatan.

Fikiran Darren ligat berfikir untuk perkara itu.

"Danezell dan kumpulannya datang ke tempat kejadian kerana telah mengetahui tentang keberadaan permata itu?" Aaron di hadapan Darren bersuara.

Kumpulan Danezell memang dikenali sebagai kumpulan yang amat aktif mendapatkan berlian-berlian yang bernilai tinggi. Dan berlian yang ditemui di lokasi kejadian adalah antara batu-batu berlian terbaik dan berkualiti.

"Tetapi, siapa yang menjadi informasinya? Restoran itu hanyalah sebuah restoran biasa dan bukannya restoran mewah. Kita sebagai penyiasat juga harus mengakui bahawa tidak pernah berfikir bahawa restoran tersebut menyimpan sejumlah permata yang bernilai besar. Benar, kan?" Ujar Darren yang menyatakan pandangan pula.

Memang benar kerana kejadian itu berlaku di restoran. Bukannya itu terjadi di pusat pertunjukkan batu permata atau juga rompakan yang berlaku di tempat rumah selamat penyimpanan berlian.

REBELWhere stories live. Discover now