Rebel 1

35.7K 1.1K 161
                                    

Suasana di salah sebuah restoran tepi jalan di sekitar Spain, Country of Europe kelihatan damai dan menenangkan dengan lampu bercahaya oren terang yang menyimbah ruang restoran pada malam hari yang pekat.

Restoran kelihatan mewah dan eksklusif meskipun restoran tersebut tiada penarafan bintang daripada mana-mana pihak penilaian gred dalam bidang tersebut.

Pengurus restoran memang mahu setiap pelanggannya dapat merasai kemewahan dan ketenangan sewaktu mengunjungi restoran tersebut dan menikmati hidangan yang dijamukan.

Pelanggan berbual dengan suara perlahan sambil menikmati hidangan eksotik yang turut disediakan sebagai menu pilihan di restoran tersebut. Sesekali kedengaran dentingan sudu dan garfu berlaga dengan pinggan porselin.

Dalaman restoran itu juga dihiasi dengan alunan muzik lembut yang semakin menambahkan lagi suasana romantis, hangat dan tenang.

Amat sesuai buat pelanggan yang datang berduaan untuk bertemu janji, namun pelanggan berkeluarga juga turut dialu-alukan datang ke situ.

Daging rusa mentah yang masih kelihatan merah, dicicah dengan sos coklat pekat yang pahit bercampur dengan sedikit herba sebagai penaik rasa.

Tekstur daging mentah tidak begitu dirasakan melalui tekak dek kerana rasa sos coklat dan herba yang mengaburi hanyir daging.

Menu tersebut antara yang mendapat sambutan dan juga popular hasil ciptaan seorang chef yang mahukan kesegaran dalam hidangannya.

Di bahagian belakang dapur, seorang lelaki berpangkat pembantu chef kelam-kabut menyediakan bahan-bahan untuk dimasak oleh chef bagi menerima pesanan daripada pelanggan yang semakin ramai di ruang hadapan restoran.

Chef yang berjumlah seramai 6 orang itu bertungkus-lumus menyediakan hidangan yang diterima dengan kadar masa yang ditetapkan.

Setiap hidangan yang diberikan kepada pelanggan didekorasi dengan cantik dan menyerupai gambar paparan menu di pintu masuk hadapan restoran.

Itu antara kelebihan restoran tersebut yang tidak memberikan tanggapan 'indah khabar dari rupa', kerana rata-rata restoran di bandar tersebut memang menerima persaingan yang hangat dalam bidang tersebut.

Di salah sebuah meja, seorang pelanggan wanita, duduk resah dan berdepan dengan seorang lelaki berambut perang asli.

Jejaka Inggeris tersebut sedang berselera menjamah menu eksotik yang telah dipesan untuknya dan juga untuk gadis di hadapannya.

"Why you didn't eat your food?" Tanya lelaki berkenaan setelah sedar wanita yang duduk di hadapannya hanya memandang makanan di hadapannya.

Orked menggaru pelipis dahinya yang gatal dan tersenyum serba-salah.

Pensyarah muda yang baharu sahaja bertugas di universiti tempatnya belajar itu mengajaknya untuk menikmati makan malam di restoran tersebut.

Mr. Eddy merenung wajah pelajar yang mencuri perhatiannya selama ini.

"Come on, Orked. You must try it. It's so delicious." Mr. Eddy menyumbat lagi daging yang dihiris kecil dan dicelupkan ke dalam sos istimewa itu.

Orked menelan liur geli-geleman. Dalam hatinya mengutuk pensyarahnya itu kerana suka hati sahaja memesan makanan untuknya.

Pertemuan mereka ketika itu adalah disebabkan permintaan Mr. Eddy yang kononnya mahu berbincang sesuatu mengenai subjek diajarnya, dan Orked bersetuju kerana dirinya gagal melepasi ujian subjek yang diajar pensyarahnya itu.

Orked bersetuju dengan syarat pertemuan itu dilakukan di tempat terbuka dan ramai orang kerana tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak diduga.

Ini kerana, warna rambut sudah tidak sama, apatah lagi hati masing-masing.

REBELWhere stories live. Discover now