Rebel 2

21.7K 981 93
                                    

Tayar kenderaan besar yang enjinnya mengaum kuat dan kedengaran menakutkan itu berdecit nyaring berhenti di perkarangan Seizza's Mansion, milik Danezell.

Beberapa buah lagi kenderaan yang sama mengekori di belakang dan sama-sama menyusur masuk ke kawasan mewah tersebut.

Pintu kenderaan dibukakan oleh seorang lelaki yang bersedia dan setia menanti di luar mansion tersebut.

Danezell melangkah keluar daripada kenderaan besar tersebut sambil mencempung tubuh kecil Orked yang masih terkulai lemah tidak sedarkan dirinya.

Wajah Orked dilumuri darah kering yang melekat akibat pendarahan daripada luka kecil di kepalanya kerana terhantuk di kaki meja sewaktu serangan terbabit.

Terdapat juga kesan-kesan luka kecil di tubuh Orked kerana gadis itu telah terhempas dengan kuat ke atas lantai yang dipenuhi dengan serpihan kaca yang tajam dan halus.

Danezell merenung wajah pucat gadis kecil itu dengan matanya yang sinis dan tajam. Hujung bibirnya ternaik sedikit dengan riak kesinisannya namun hampir tidak kelihatan. Terdengar decitan halus terbit dari bibirnya ketika itu.

Pintu gergasi di ruangan masuk mansion tersebut dibukakan oleh dua orang lelaki yang bertubuh tegap yang sedia menanti dan berkawal dengan senjata api.

Mereka menunduk sedikit kepala kepada Danezell yang pulang sebagai tanda kekuasaan dan hormat kepada tuan mereka.

Danezell melangkah masuk ke dalam dan serentak itu kedengaran nyalakkan kuat dan bersahut-sahutan daripada dua ekor anjing jenis baka penyerang terbaik, iaitu German Shepherd yang berlari menyambut kepulangan tuannya, Danezell.

Wofff!

Wooff!

Raawrrrfff!

Roowwwfff!

German Shepherd, anjing penyerang daripada baka yang terbaik selepas baka anjing American Pit Bull Terrier, baka anjing yang sangat ditakuti pada masa kini, telah dipelihara, dilatih dan dijinakkan oleh Danezell sejak lama dahulu lagi.

Kedua anjing tersebut digelarkan sebagai pasangan anjing Die dan Lie. Kedua-dua ekor anjing tersebut adalah jantan, dengan berat mencecah sehingga 60kg, dengan ketinggian piawaian pada kelasa mampu mencapai 30 inci untuk seekor anjing jantan yang gagah.

German Shepherd milik Danezell yang besar dan garang itu dinamakan Die dan Lie kerana karakter dan sifat mereka dalam kemahiran dan keagresifan ketika menyerang musuh yang dihadapnya.

Die adalah seekor anjing yang akan menyerang dengan cukup agresif dengan menggigit, merobek, dan mengoyak mangsa-mangsanya dengan mudah kerana kekuatan rahang dan gigi yang tajam.

Manakala, Lie adalah anjing yang tampak comel dan pasif pada awalnya, namun Lie sebenarnya adalah anjing yang akan bertindak menyerang dengan tiba-tiba juga secara agresif dan ganas, seterusnya bekerjasama dengan Die untuk menumbangkan setiap apa sahaja lawannya.

Die dan Lie adalah anjing yang mempunyai sifat tidak gentar, berani, patuh kepada tuan dan juga terkenal dengan sifat pelindung terhadap anggota keluarga.

Namun, Die dan Lie yang dilatih Danezell hanya patuh dan tunduk kepadanya sahaja, dan tidak kepada orang asing yang tidak dikenali, juga dilatih sebagai anjing pengesan bau dan penyerang.

Die dan Lie diberikan makanan daging mentah pada saban hari. Terkadang, Die dan Lie akan dijamu dengan potongan dan cebisan daging-daging manusia yang mati untuk diambil organnya bagi sindiket penjual organ yang dilakukannya.

Bahkan Die dan Lie juga pernah menyerang beberapa orang mangsa untuk tujuan penyeksaan sehingga mati.

Oleh sebab itu, Die dan Lie adalah anjing-anjing belaan Danezell yang wajar digeruni dan ditakuti kerana hanya dengan isyarat tepukan tangan daripada Danezell atau siulannya, Die dan Lie akan bertukar menjadi anjing-anjing yang ganas dan agresif yang tidak terkawal.

REBELWhere stories live. Discover now