Ingatan Orked tidak jelas kerana, pada malam kejadian Orked merasakan takut yang amat sangat dan matanya kabur untuk melihat. Apa yang Orked fikirkan pada ketika itu hanyalah nyawa yang akan melayang.

Namun, cuba juga diingatinya. Sungguh-sungguh mencuba dalam fikirannya kini.

Lelaki di hadapannya ini sungguh memiliki tubuh yang tegap dan sasa. Otot-otot pejal tubuhnya jelas kelihatan kemas di sebalik pakaian kemeja yang tersarung di tubuh lelaki itu.

Tiga butang teratas kemeja yang tersarung di tubuh lelaki itu, tidak dibutangkan. Mata bulat Orked menyaksikan dengan jelas ukiran-ukiran corak tatu yang terpahat pada kulit dada lelaki berkenaan.

Menyeramkan dan mungkin mempunyai maksud yang tersendiri.

Di sekitar leher lelaki itu juga dipenuhi dengan tatu. Juga di lengannya yang tersingkap, penuh dengan ukiran-ukiran dakwat kekal. Kesenian tatu di tubuh lelaki di hadapannya memang dibuat teliti dan kemas oleh pengukirnya.

Tiada yang cela, atau tersilap dimensi. Sama sisinya, dengan permainan warna tatu yang kelihatan bertona mengikut ukiran tersebut. Tidak semuanya berwarna, hanya di sesuatu bahagian tubuh yang kelihatan sahaja.

Sedangkan yang lain pula hanya diukirkan dengan dakwat gelap.

Minda Orked menafsirkan segala apa kesenian yang dilihatnya pada tubuh itu. Orked adalah pelajar Historian and Arts, jadi mengamati sesuatu yang seni adalah minatnya sejak daripada dahulu lagi.

Mata Danezell masih tajam pada Orked yang merenung ukiran-ukiran tatu di tubuhnya yang terdedah. Pandangan gadis itu jelas mengamati kesenian di tubuhnya yang tegap.

"I bet my helper has told you about me?" Perlahan Danezell menjawab dalam nadanya yang tegang dan keras sentiasa kedengaran.

Orked menghalakan pandangan matanya menatap terus ke mata tajam milik Danezell. Seketika, tanpa gentar. Dan seterusnya, hati Orked diselubungi rasa takut yang menerjah tiba-tiba.

Jadi, memang lelaki inilah gerangan 'Master Danezell' seperti yang diberitahu Tiara kepadanya. Fikiran Orked sudah mengingati wajah lelaki di hadapannya ini!

Lelaki di hadapannya ini pembunuh. Orked sendiri saksi kepada kejadian serangan yang berlaku tersebut. 

Bagaimana lelaki itu mengorbankan nyawa orang awam yang sama sekali tidak bersalah dalam rempuhan dengan kenderaan besarnya.

Bagaimana lelaki itu menembak mati seorang pelayan wanita dan juga chef lelaki tersebut tanpa belas kasihan. Dan juga turut memotong tangan lelaki Manager tersebut.

Orked berasa seriau dan gerun berhadapan dengan Danezell.

Aura kegelapan dan kejahatan Danezell jelas dirasakan di sekitarnya saat ini. Semakin diundurkan langkah kakinya agar menjarakkan tubuh mereka, dengan sinar-sinar takut mulai dizahirkan di wajahnya.

Danezell semakin mendinginkan pandangannya terhadap Orked yang jelas seperti mahu mengelak dan melarikan dirinya ketika itu.

"Why you brought me here?" Tanya Orked dengan suaranya yang perlahan dan seperti berbisik.

Spontan kerana ketakutan yang menguasai, Orked semakin menjarakkan dirinya. Kedengaran Danezell berdecit sinis melihatkan ketakutannya itu.

"Because you have my precious diamond, flor."

Orked mengerutkan dahinya. Berlian?

"Diamond? What do you mean?" Soal Orked dengan tertanya-tanya.

Orked hanya gadis yang berasal daripada keluarga sederhana sahaja, tidak terlalu mewah tetapi mampu memiliki apa yang dihajati.

Di Sepanyol, Orked datang untuk belajar. Dan bukannya pula datang untuk mengambil berlian seperti yang dikatakan oleh Danezell. Rutin harian Orked, hanya belajar, belajar dan belajar sahaja.

REBELWhere stories live. Discover now