Die dan Lie menyalak agak agresif kerana mengesan kedatangan bau tubuh baharu yang dibawa masuk oleh Danezell ke dalam mansion tersebut.

Kemudian, Die dan Lie mengelilingi tuannya yang baharu sahaja pulang, dan hidung anjing pasangan penyerang tersebut yang sensitif terhadap bau tubuh manusia asing, mencium-cium tubuh Orked yang terkulai lemah dalam cempungan Danezell.

Naluri perlindungan Die dan Lie terbit sebelum mahu menggigit kaki Orked yang bergantungan lemah dalam cempungan Danezell, namun Danezell bersiul halus memberikan isyarat kepada anjing-anjingnya yang menandakan tubuh manusia di dukungan itu tidak boleh disentuh dan dicederakan.

Die dan Lie, daripada jenis baka anjing yang paling bijak, dan memahami nada siulan tuannya itu, terus menyalak-nyalak perlahan, dan menghidu-hidu bau tubuh Orked bagi pengecaman bau.

Danezell menuju ke arah lift dan turut diekori oleh dua anjing peliharaannya untuk ke ruang di tingkat atas mansion miliknya bagi menuju sebuah makmal yang berada di tingkat 4 mansion tersebut.

Makmal tersebut adalah makmal khas yang dibina untuk menjalankan ujian terhadap setiap ketulenan dan keaslian berlian dan batu permata dan sebagai tempat perubatan persendirian milik Danezell dengan upahan seorang doktor pakar yang berkhidmat dengan Danezell.

Masuk sahaja ke dalam makmal yang dilengkapi dengan peralatan dan teknologi serba canggih, Danezell meletakkan tubuh Orked ke atas sebuah katil pesakit khas.

Dr. Yuko, yang sedang sibuk melakukan ujian ketulenan berlian dan batu permata, untuk mengetahui kadar campuran sebatian batu berharga tersebut, memberhentikan kerjanya sebaik sahaja Danezell, membawa masuk seorang gadis yang tidak dikenali.

Apabila seseorang diletakkan ke atas katil elektrik khas tersebut, Dr. Yuko sudah tahu apakah yang perlu dilakukan olehnya ketika itu, kerana itu bukanlah pertama kali keadaan dan hal seperti itu terjadi.

Dr. Yuko tanpa berlengah dan tidak menunggu arahan daripada Danezell, menyediakan keperluan dan peralatan yang sepatutnya dibuat ketika itu.

Sebuah mesin imbasan tubuh yang mempunyai sinar ketelusan cahaya pada tubuh badan, dinyalakan. Dr. Yuko mahu memasangkan wayar-wayar khas pada tubuh Orked dan menggantikan pakaian di tubuh gadis itu, sebelum dihalang oleh Danezell.

Danezell mengarahkan pembantu Dr. Yuko, Tiara untuk menukarkan persalinan Orked kepada pakaian imbasan khas yang berwarna hijau sebelum memulakan proses imbasan untuk mengenalpasti keberadaan berlian di dalam tubuh gadis itu seperti yang dikatakan oleh chef lelaki tersebut.

"Tukarkan pakaiannya." Arah Danezell kepada Tiara yang bersedia menjalankan tugasnya.

"Si, jefe." Tiara mengangguk dan terus menyalinkan segala pakaian di tubuh pengsan si gadis yang masih lena.

Sewaktu di dalam perjalanan kembali ke Seizza's Mansion, Danezell telah menyuntik sejenis cecair pada tubuh Orked agar gadis itu kekal pengsan dalam tempoh yang agak panjang untuk tujuan itu.

Danezell tidak mahu urusannya menjadi terganggu apabila gadis itu sedar, memberontak atau tidak mahu memberikannya kerjasama, dan menyebabkan Danezell menjadi amarah serta hilang kawalan untuk terus membunuh gadis itu.

Danezell, mahukan gadis itu terus hidup. Boleh sahaja Danezell menembak tepat di dahi gadis tersebut ketika di restoran itu sebentar tadi, tetapi Danezell tidak melakukannya, dan tidak juga Danezell mengarahkan orangnya untuk memancung kepala gadis Asia ini.

Danezell, mahukan gadis itu.

Adalah lebih baik begitu, kerana jika benar berlian tersebut berada di dalam tubuh gadis berkenaan, Danezell sendiri yang akan mendapatkan semula berliannya dengan caranya.

REBELWhere stories live. Discover now