BAB 47

18K 775 57
                                    


Tasik yang tenang itu sedikit sebanyak mengubat hati aku yang sakit ini. Aku dah puas menangis, rasanya air mata aku pun dah kering gamaknya. Tapi hati aku masih belum pulih sepenuhnya, Dr. Kimi langsung tak ada call aku, mesej apatah lagi.

Aku mula jauh hati. Nak meraung pun tak ada guna juga. Baby.. daddy dah tak sayang dekat mummy ke, sayang? Omelku dalam hati, perut aku usap perlahan.

Tahulah dah lama tak jumpa sepupu dia tu, tapi sekurang-kurangnya call lah aku ni kalau tak ada masa nak call mesej pun jadilah.

"Nah." Aku toleh ke arah suara dari tepi aku, huluran botol mineral itu aku sambut perlahan.

"Thanks, sorry kalau aku dah susahkan kau." Ucap aku, senyuman manis aku lemparkan untuknya.

Wafa. Kebetulan dia call aku tadi dia datang nak jumpa aku. Alang-alang dia ada dekat sini, aku ajaklah dia keluar lepak dekat sini dan aku nak luahkan apa yang aku rasakan sekarang, bukan nak buka aib rumah tangga tapi aku perlukan seseorang untuk aku luahkan rasa, dan Allah tahu apa yang aku rasa.. Allah menghantar sahabat aku ke sini.

Air mineral itu aku teguk perlahan, bagi menghilangkan sedikit rasa panas yang masih berbekas di hati.

"Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau ni." Wajah seolah serba-salah itu aku pandang.

"Kau nak cakap apa.. kau cakap ajelah, Wafa." Balas aku, teguk lagi air mineral itu sehingga tinggal suku.

Aku hanya memerhati tingkah laku Wafa yang sedang bermain dengan hujung kedua jarinya itu. Bibirnya sekejap digigit sekejap tak seolah sedang menyusun ayat untuk berkata-kata.

"Aku.. aku bukan lah nak sebelahkan sesiapa. Tapi.. aku tak setuju kalau kau nak tidur hotel. Lebih baik kau bincang dulu baik-baik dekat rumah nanti dengan Dr. Kimi.. aku tak suka kalau kau bersikap terburu-buru macam ni, lari tak boleh selesaikan masalah, babe. Yes, aku tahu hati kau sakit, tapi.. kan lebih elok kalau kau dengan Dr. Kimi berbincang dulu pasal hal ni." Ujar Wafa dengan nada yang cukup lembut sekali, tangannya pula mengenggam erat tangan aku.

Aku diam malah cuba menghadam kata-kata yang dilontarkan oleh sahabat aku itu. Aku bersikap terburu ke? Tapi aku tak nak tengok muka dia sekarang, sakit hati aku ni masih belum pulih lagi. Makin bertambah ada lah, call aku pun tidak. Huh.

"Nura, kau balik lah. Tak baik tau kau keluar tanpa izin suami. Aku tahu Dr. Kimi dah buat hati kau sakit.. tapi kita ni janganlah ego sangat dengan ikut kata hati tu.. in shaa Allah dengan berbincang kuranglah sakit hati kau tu, sebab kau dah dengar dari mulut dia. Kita tak tahu mungkin ada sebab Dr. Kimi buat macam tu, well.. manusia tak pernah lari dari buat kesilapan, kan.." sambung Wafa lagi, bahu aku pula ditepuk perlahan.

"Tapi kenapa dia seolah pilih kak Hani berbanding aku? Dengan tinggalkan aku yang terpinga-pinga dekat restoran tu pastu naik teksi sorang-sorang, ada dia fikir tentang keselamatan aku?" Dalih aku pula, mula lah nak emosi. Mata aku mula panas, maka jatuhlah air mataku ke pipi dengan perlahan, namun aku pantas menyekanya.

Boleh rasa tak apa yang aku rasa masa tu? Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu bila kena tinggal oleh suami hanya kerana nak hantar wanita lain ke hospital.

"Macam yang aku cakap tadi, kita tak tahu mungkin ada sebab kenapa Dr. Kimi buat macam tu. Kau tak boleh lah nak tuduh Dr. Kimi dan sebab tu aku nak kau balik rumah then bincang dengan dia baik-baik, jadi kau akan tahu perkara sebenar dari mulut dia, Nura." Jelas Wafa satu per satu.

Tak. Aku tetap dengan keputusan aku, Wafa. Aku tak nak balik, sakit hati aku nak tengok muka dia. Aku ego.

"Aku tak nak balik," putus aku.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now