BAB 42

22.1K 824 41
                                    


Happy 500k viewers for Lecturer Paling Hot. Thank you semua yg sudi support, thank you for all the love and I really really really appreciated it 💕

----

Usai solat subuh, aku duduk bersimpuh di atas lantai untuk mengemas apa yang patut, memandangkan hari ini kami bakal pulang ke Kuala Lumpur.. jadi kena lah kemas dan make sure tak terlepas pandang satu pun barang yang tertinggal, kalau tertinggal mahu jenuh nak datang sini semula.. tak pun kena lah pasrah.

Aku usya telefon sekejap, aplikasi WhatsApp aku buka. Terus sahaja mata aku tertancap ke satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali, tak nak tunggu lama aku terus menekan mesej itu.

Nnti balik sini bawa lah skit ole-ole tau tau tau.. paling wajib keropok lekor, ngeee😁

Hai.. hamba Allah ni tak ada salam, tak ada apa-apa terus nak serbu aku apa hal? Siap minta aku bawa ole-ole lagi, suka hati mak ayah tiri dia nampak.

Ko jngn risau ni aq, a.k.a rakan sepraktikal ko, Nia.. Aq tukau nmbr br ni. Aq tau next week dh ad kopok lekor atas meja aq oky darling mmuah

Setelah lama berkerut seribu dahi aku, baru tahu siapa gerangan pemilik yang minta aku belikan keropok lekor setelah membaca mesej yang kedua itu. Aku menjulingkan mata ke atas. Minah ni memang, makan aje kerjanya. Tapi badan tetap maintain pula tu. Haih.

Satu per satu huruf keyboard aku tekan. Ringkas sahaja aku membalas mesej Dania.

Oky, dude.

Terus aplikasi WhatsApp aku tutup dengan cepat. Karang tak pasal-pasal dia online, mahu bertubi-tubi agaknya dia mesej tanya itu dan ini. Dania dengan Wafa dengan Zara pun perangainya lebih kurang sama aje, tiga suku. Nasib baiklah aku sayang diorang ketat-ketat.

Telefon aku ketuk sikit bila dah mula tersekat. Ala.. dia mula dah buat hal, benci betul kalau telefon ni dah mula mengada-ngada. Dah lebih kurang sebulan lebih jugalah telefon aku mula buat hal. Em. Aku punya lah sayang dia bagai menatang minyak yang penuh tapi dia tergamak buat aku begini.

"Telefon.. Oo.. Telefon. Please lah jangan buat aku macam ni, aku campak kau dalam pantai depan tu nanti baru tahu." Omel aku sendirian, baju kembali aku lipat satu per satu.

"Bebel apa tu?" Tersentak aku dengan suara yang tiba-tiba sahaja muncul dari tepi aku.

Kus semangat! Ee.. dia ni memang nak kena pelangkung dengan aku agaknya. Haih.

Aku jeling dia sambil mengurut dada perlahan. "Ee.. terkejut tahu tak?" Aku marah dia.

Wajah itu tersengih bila aku marah. Aku marah, dia sengih pula. Macam-macam hal lah laki aku ni.

"Sayang...." manja suaranya memanggil aku.

Aku pandang dia yang masih tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. Manja macam ni ada lah tu yang dia nak.

"Apa?"

"Butangkan baju abang ni sekejap, please?" Dia sengaja tayang muka comel. Ee.. mengada betul. Menyampah.

"Mana tangan? Dah tak boleh nak butang baju sendiri ke?" Perli aku, tapi dibalas dengan sengihan di wajahnya.

Hai lah suami aku ni. Nampak tak perbezaannya selepas dan sebelum kahwin? Lepas kahwin asyik sengih memanjang aje kerjanya. Tetiba rindu dia yang dulu pula.. muka dia yang macam bapak singa masa dia tiba-tiba sahaja suruh aku ambil tiga ratus paper dalam kereta dia, dah lah disuruhnya aku seorang pula tu yang pergi ambil. Tak ke gila namanya tu. Tapi yang itulah yang aku paling rindu woi.

"Tangan ada.. tapi dia malas sikit hari ni, sayang." Ujarnya, matanya berkelip manja berkali-kali. Fikir comel? Tapi memang comel pun. Ahaks!

Aku bangun dari duduk dan kini berdiri tepat di hadapannya, tangannya mula melingkar di pinggangku, aku biarkan. Laju sahaja tanganku membutang satu per satu baju yang tersarung di badannya, sampai sahaja butang terakhir.. Dr. Kimi bersuara.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now