BAB 45

20.6K 689 47
                                    


"Sayang jaga diri tau, kalau nak rehat.. pergi aje rehat. Jangan mengada nak paksa diri sayang tu sangat. Lagipun, hari ni kan hari terakhir sayang praktikal, tak payah buat apa sangat hari ni pun tak apa.. Im pun faham punya." Nasihat Dr. Kimi panjang lebar.

Aku sekadar mengangguk sahaja dengan nasihatnya. Sejak aku berbadan dua ni, memang dia selalu nasihat aku macam-macam pun.. sampai kadang-kadang aku rasa nak mencebik setiap kali dia banyak nasihat itu dan juga ini. Tangannya aku capai untuk dicium sebelum keluar daripada kereta.

"Ingat ni pesan, abang." Pesannya buat kali kedua.

"Ye, abang.. Ura tahu lah jaga diri. Dah, abang tu pergi kerja cepat nanti lambat pula sampai kampus." Aku mengingatkan dia pula.

"Okay, sweetie." Ringkasnya.

Kepalanya didekatkan dengan perut aku. Sebelah tangannya pula mula mengusap perut aku yang masih kecil itu dengan begitu lembut.

"Sayang anak daddy.. jangan nakal-nakal tau. Nanti jaga mommy untuk daddy, ya? Daddy dah nak pergi kerja ni.. nanti kita jumpa lagi, ya sayang?" Ujarnya, perut aku dicium.

Aku senyum dengan kata-kata Dr. Kimi. Tangan aku naik mengusap lembut rambutnya yang sedikit basah itu. Alala.. daddy nya pun.

"Abang.."

"Ye, sayang?"

Aku pandang dia dengan wajah sengihan. Tiber je kan? Entah lah tiba-tiba tekak aku ni terasa macam nak makan asam pedas pari. Dah lama kut rasanya tak makan asam pedas pari tu, kalau dapat memang nikmat habis. Buat makan tengah hari memang syok weh. Ehek.

"Kenapa sayang pandang abang macam tu? Sayang nak apa? Nak duit ke?" Soalnya bertubi-tubi, ayat terakhirnya buat aku sedikit muncung.

Muka aku ni nampak macam nak minta duit ke? Heh. Apa lah suami aku ni, isteri abang ni nak makan asam pedas pari tahu?

"Bukanlah. Ni.. tengah hari abang ambil Ura dekat sini, please? Ura nak makan tengah hari dengan abang, tekak ni terasa nak makan asam pedas pari lah, sayang." Ujar aku, sambil bahagian tekak digosok perlahan. Nasib baik tak meragam minta asam pedam pagi-pagi ni, kalau tidak jenuh nak pergi mencarinya.

"Allahu.. abang minta maaf sangat, sayang. Hari ni abang tak boleh lah. Abang ada buat extra math class. Kita makan sama-sama lain kali, okay?" Beritahu Dr. Kimi, aku muncung sedepa. Pula dah!

"Ala.. please." Aku tak mahu mengalah, siap tayang muka comel lagi depan dia.. kasi cair sikit hati dia tu.

Bukannya tak boleh buat hari lain pun extra class dia tu. Boleh aje kalau nak batalkan, diorang pun happy gila nanti bila extra class dibatalkan. Aku dulu pun happy gila kut bila dengar class dibatalkan. Siapa aje yang tak happy, kan? Kan? Kan? Benda boleh batalkan buat apa nak adakan? Hehe.

"Sayang tengah goda abang ke apa ni?" Wajah itu dirapatkan dengan wajah aku. Bibirnya disengetkan sedikit buatkan hati aku sedikit bergoncang.

"I like it. It's.. sexy." Aku tolak wajah dia lembut. Pipi aku mula merona merah. Tulah.. siapa suruh buat gaya versi cair dekat dia? Tapi aku suka. Ehek. Gatal.

Ala, tak salah pun nak gatal dengan suami sendiri. Ya tak?

"Abang.. boleh tak bila Ura cakap tu serius sikit? Kalau tak dapat nak temankan Ura makan asam pedas pari tu tak apa lah. Ura boleh ajak Nia nanti, abang memang selalu busy memanjang pun." Protes aku, malas nak layan suami aku yang sweetnya tahap kuasa dua tu nanti aku jadi cair pula.

Baru sahaja aku ingin membuka pintu keretanya, tangan Dr. Kimi lebih pantas menahan tangan aku daripada membuka pintu keretanya itu. Aku senyum, tahu pun takut aku merajuk. Macam ni dari awal kan senang, acah merajuk nanti mesti dia akan setuju punya. Ahaks!

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now