BAB 14

40.6K 1.7K 59
                                    


"Fikir apa tu?" Aku mengurut dada. Terkejut. Pandang muka dia yang cuma selamba itu. Haish. Cubalah bagi salam dulu.

"Mana ada fikir apa-apa. Saje tengok permandangan dekat sini." Dia angguk. Ruang yang kosong di sebelahku, dia mengambil tempat.

Dia pandang aku. Dr. Kimi masih lagi segak dengan songkok di kepalanya. Sejuk perut mak dia dapat anak macam Dr. Kimi.

"Nura."

Aku pandang dia pula. Keningku angkat satu dengan panggilan dia tadi.

"Betul ke awak dengan Qayyum tu tak ada apa-apa hubungan?" Soalnya. Muka aku dipandang dengan penuh tanda tanya.

Aku senyum kelat.

"Asal cemburu ke?" Ayat itu spontan keluar dari bibir aku. Muka dia jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan soalan aku tadi.

Aku pun tak sangka kenapa aku mesti tanya dia macam tu. Tak sedar. Aku gigit bibir bawah. Tangan pula rasa ringan aje nak ketuk kepala sendiri.

Kemudian, Dr. Kimi tersenyum senget. Kening dia diangkat berkali-kali. Sengaja. Mukaku dah membahang.

"Nice question. Kalau saya cakap saya jeles, macam mana?" Usiknya.

Mulut aku dah ternganga luas. Macam tak percaya dengan apa yang baru dia cakap. Entah kenapa, dalam perut pula rasa macam ada rama-rama terbang. Gila.

Kenapa mesti aku rasa macam ni? Aku benci perasaan ni. Tolonglah jangan muncul lagi. Huwaaa.

Aku cuba kawal reaksi muka sebelum berdehem berkali-kali.

"Ehem! Ehem! Sakit pula tekak ni tiba-tiba, Dr.. Ehem! Rasa macam nak minum air pula lah sekarang. Haus! Panas terik pula hari ni kan, Dr.. Patutlah tekak tiba-tiba sakit! Haus ni haus!"

Aku terus bangun. Kipas-kipas muka guna tangan. Padahal tak panas pun sekarang, sengaja aje nak elak sebenarnya.

Baru aje aku nak tinggalkan dia seorang. Dia balas kata-kata aku tadi.

"Dah. Tak payah nak mengelak sangat! Masuk kereta sekarang. Kalau nak juga lari daripada saya, saya tinggalkan awak. Biar awak jalan kaki balik kampus sorang-sorang nanti!"

Jalan kaki? Weh, mahu tercabut tulang kaki aku kalau berjalan dari sini ke kampus.

Aku patah balik. Berlari anak ke arah kereta Dr. Kimi. Dia dah pun mula start enjin keretanya itu.

Sebaik aku memboloskan diri ke dalam kereta, aku lebih selesa pandang ke luar tingkap.

"Err.. err.. hmmm.." dari ekor mata aku nampak Dr. Kimi berkerut dahi. Mata dia sekejap toleh ke arah aku sekejap ke jalan.

"Haa.. err.."

"Awak dah kenapa? Tak habis-habis haa.. err.. haa.. err. Macam orang tercekik tulang aje saya tengok."

Selamba aje dia berkata. Muka tak ada perasaan. Macam orang tercekik tulang dia kata? Kurang asam betul.

"Dr. ni pun. Bila masanya saya makan ikan? Huh."

"Dah awak asyik macam tu aje, saya main tembak ajelah."

Aku menjeling dia.

"Nak cakap apa?" Soalnya. Pandang muka aku buat seketika.

"Tak ada lah. Saya cuma nak cakap, saya harap Dr. tak salah faham lagi. Saya dengan Qayyum tu kawan aje, tak lebih daripada tu pun. Lagipun, Dr. pun tahu kan yang saya ni dah bertunang. Apalah Dr. ni. Dahlah, tak payahlah cerita pasal dia lagi."

Akhirnya dia mengangguk. Suasana di dalam kereta kembali sunyi.

Tapi apa motif dia tanya soalan tu tadi ek? Takkan dia nak cemburu? Memang taklah.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now