BAB 18

40.3K 1.7K 53
                                    


"Awak ni kalau makan memang selalu gelojoh ek?" Terus aku berhenti daripada makan. Mataku terkebil-kebil tatap muka dia yang cuma beriak selamba itu.

Aku berdehem buat seketika.

"Gelojoh ke saya makan?" Dia angguk. Aku berdehem buat kali kedua. Aku juga beriak selamba, padahal dalam hati dah malu tahap dewa. Kau ni, Nura kalau ye pun lapar tu tak payahlah gelojoh sangat. Haish.

"Saya bukan apa, nanti dibuatnya awak tercekik macam mana? Tak pasal-pasal pula orang tuduh saya cuba bunuh awak." suaranya yang tadi lembut bertukar menjadi tegas, hampir sahaja aku ketawa bahagian 'orang tuduh saya' terbantut terus lepas dengar suara dia yang tegas itu.

Aku diam, tak balas apa-apa dengan kata-kata Dr. Kimi. Aku suakan nasi goreng aku itu semula ke dalam mulut macam biasa. Tak gelojoh sangat dan tak lembab macam siput sangat.

"Cepatlah sikit makan tu," berkerut aku pandang muka dia. Pula dah. Tadi bukan main lagi kata aku makan gelojoh. Ni aku makan macam biasa disuruhnya aku makan cepat sikit?

Ee.. aku siku juga Dr. Kimi ni.

"Maksud saya, makan macam biasalah. Tapi cepat sikit tangan tu bergerak." Dr. Kimi macam tahu-tahu saje maksud pandangan aku pada dia. Aku hanya mengangguk. Malas nak balas dengan mulut.

"Kenapa Dr. ni nak cepat sangat?" Soalku kepada Dr..

Dia menyedut capuccino yang aku belanja itu. Dua cup yang aku belanja sudah habis diminum. Dahsyat betul Dr. aku ni. Dahlah cupnya besar. Kalau akulah, dua cup tak habis langsung.

"Awak tak nak pergi solat ke? Waktu zohor dah nak masuk ni," jam di tangan aku kerling. Ya Allah! Cepat betul masa berlalu. Rasanya macam baru saje sampai Mid Valley ni. Tup.. Tup, dah dekat satu jam dah. Allah...

"Mestilah nak. Apa punya soalan lah Dr. ni, saya tak perasan dah nak masuk waktu zohor tadi." Dia menggeleng. Akhirnya habis juga nasi goreng aku ini. Alhamdulillah, kenyang dah!

"Dah jom!" Ajaknya. Hai.. kalau ye pun nantilah dulu, aku baru aje habis makan kut.

"Eh, Dr.!" Panggilku. Dia menoleh ke arahku, keningnya dinaikkan satu.

"Sabarlah dulu, bagilah saya hadamkan perut saya ni dulu."

Kataku. Dia menongkatkan dagunya dengan tangan kanannya sambil matanya merenung ke arahku.

"How many time you want?"

"Fifteen minutes only, boleh?" Dia berkira-kira dengan soalan aku. Kemudian, dia menganggukkan kepalanya. Aku tersenyum.

"Oh ye! Saya hampir terlupa. Jangan lupa pasal majlis tu ye. Awak ingat lagi kan saya nak buat kat mana?"

Aku mengangguk dengan soalan dia. Mestilah aku ingat. Majlis tu akan dibuat di dewan Hotel. Err.. tapi sebenarnya nama hotel tu aku dah terlupa. Yang aku ingat hotel tu memang bertaraf lima bintang. Tak silap akulah.

"Err.. Dr..."

"Yes?"

"Sebenarnya kan, saya terlupalah dekat hotel mana Dr. nak buat tu, apa yang saya ingat Dr. cakap nak buat dekat dewan makan hotel tu aje," dia menggeleng lagi dengan kata-kata aku. Kepala yang tidak gatal aku garu sambil tersengih.

"Grand Millennium Hotel Kuala Lumpur, Nura."

Hah! Ye ye hotel tu. Maklumlah aku mana ambil tahu sangat bab-bab hotel dekat Malaysia ni. Huhu. Grand Millennium Hotel kau. Kaya betul pensyarah aku yang seorang ini. Ke dia memang anak orang kaya? Entahlah nakk.

"You told me, fifteen minutes only right?" soalnya.

"Then let's go now!" Aku terkedu. Dah lima belas minit dah ke? Wah, sekejap betul. Tapi tak apalah, tak baik melambatkan solat. Kan?

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now