BAB 10

43.9K 1.9K 108
                                    


Perlawanan tamat pada pukul enam petang. Pemenangnya adalah Team Pensyarah. Bukan main bersorak lagi separuh daripada pelajar perempuan apabila Team Pensyarah menang. Sebab ada Dr. Kimi.

Cuba kalau dia ambil Team Pensyarah tu tua-tua. Tak ada maknanya pelajar perempuan nak sokong Team Pensyarah.

Seratus peratus akan sokong Team pelajar kalau bukan Dr. Kimi punya pasal. Lecturer Paling 'Hot' lah katakan.

Aku pandang kotak hadiah sederhana besar yang berada di tangan aku. Esok-esok lah aku bagi.

"Dahlah jom kita balik," rasa sengal-sengal dah tubuh badan aku ni sebab tengok perlawanan ni punya pasal.

"Ala, sabarlah baru nak tengok Dr. Kimi." Aku mengeluh perlahan. Ada juga aku jalan sorang-sorang time aku tengah demam ni karang.

"Okey." Balasku acuh tak acuh. Pastu kaki mula membuka langkah.

"Nura, tunggulah!" Dia jerit. Aku pusing belakang semula. Baru terhegeh-hegeh nak datang kat aku.

"Kata nak tengok Dr. Kimi, pergilah." Kata aku berbaur sinis. Dia mula cebik.

"Tak naklah. Nak balik!" Dia pula yang heret aku pergi. Lengan aku pula tu jadi mangsa tarikan dia. Macam tak nak lepaskan aku pergi dah gayanya.

"Nura!" Huh. Siapa pula lah yang sibuk-sibuk nak panggil aku pula ni.

"Nura!" Kali kedua dia panggil makin aku kenal empunya suara. Aku buat tak layan, sekarang aku pula yang heret si Wafa. Lengan dia aku pegang kuat-kuat supaya ikut langkah aku.

"Nura! Tunggulah!" Kali ketiga dia panggil aku. Malaslah nak layan. Bukannya sombong tapi otak dah berdenyut-denyut dah ni. Pening!

"Weh, dia panggil kau tu kan?" Soalan Wafa aku biarkan berlalu pergi. Haish. Makin menjadi-jadi pula kepala otak aku ni apa kes? Kenapa sakit sangat ni? Allah...

Aku berhenti, rasa macam tak larat dah nak berjalan laju-laju. Sakit kepala lebih menguasai diriku.

"Eh, Nura. Kau okey tak ni?" Wafa menggoncang perlahan bahu aku. Aku tahu dia risau.

Aku hulur kotak hadiah sederhana besar itu kepada Wafa untuk dipegang seketika. Cepat-cepat Wafa menyambutnya.

"Kenapa ni?" Suara orang yang panggil aku tadi pula yang aku dengar. Aku diam membisu.

Aku menggigit bibir bawah. Cuba tahan sakit kepala.

Rasa macam nak pitam. Tubuh pula rasa macam tak seimbang dan pandanganku tiba-tiba gelap.

Aku tidak pasti kenapa dengan diri aku sekarang ini.

"Ya Allah! Tolong!" Samar-samar aku dengar suara Wafa menjerit. Dan lepas tu aku terasa tubuhku diangkat.

---

Perlahan-lahan aku membuka kelopak mata. Bau ubat menusuk ke dalam rongga hidungku. Tak payah tanya, tahu dah aku sekarang berada di mana.

Orang pertama yang aku nampak ialah Qayyum. Dah kenapa dia ada dekat sini.

"Dah bangun?"

Aku diam. Tak jawab soalan-soalan dia. Bila aku tak jawab soalan dia, dia turut diam.

"Awak duduk sini diam-diam dulu, jangan menggatal nak bangun ke apa. Saya nak pergi panggil doktor sekejap," perlahan kepala aku anggukkan. Dia tersenyum sebelum meninggalkan aku.

Tak lama selepas itu, Qayyum masuk bersama seorang doktor wanita. Aku masih baring, tak bermaya nak bangun lagi.

Doktor wanita itu memeriksa aku sambil mencatat sesuatu di bukunya.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now