BAB 7

46.9K 1.9K 29
                                    


"Kau cakap dengan aku sekarang, kenapa kau bagi nombor aku dekat dia?"

Lepas saje aku menyeru nama Wafa, aku terus heret dia masuk bilik. Boleh dikira semua orang dalam rumah terkejut dek kerana jeritan aku tadi.

"Ala.. sorry lah weh. Tapi, bukan aku main saja-saja aje bagi nombor kau. Dia yang minta aku bagilah!" Bidas Wafa. Aku tepuk dahi, sejak bila kawan aku ini lurus sangat bagi nombor aku dekat orang lain?

"Habis tu? Kalau orang lain yang minta kau pun bagilah?" Perli aku.

"Huish. Kau ni pun agak-agaklah, aku bagi orang yang aku kenali aje. Kalau Dr. Kimi tu ajelah yang aku bagi."

Aku jeling Wafa. Muncung pun dah pun ke depan. Saje nak tunjuk rajuk.

"Nura, maaflah. Okey fine, lepasni aku janji aku tak buat dah. Janganlah macam ni, Nura. Sorry..sorry.." aku tengah bersedih boleh pula dia menyanyi lagu Korea. Sorry Sorry daripada kumpulan Suju itu atau nama panjangnya Super Junior.

"Nura.."

"Ye ye, aku maafkan kau. Tapi kau kena janji dengan aku ye lepas ni, jangan buat lagi macam tu. Kalau tidak, aku takkan maafkan kau."

Wafa hanya sengih pastu angkat tangan persis mengangkat ikrar.

"Eh, apa yang dia WhatsApp kau ek?" Wafa senyum meleret. Apa? Ingat dia WhatsApp aku dia nak goda aku ke apa?

Hell no. Sebelum dia nak goda aku, meh sini aku bagi taekwando aku satu. Berani buat? Buatlah. Ini, Nura Ariana lah.

"Jangan sibuk boleh tak?"

"Hek eleh minah ni. Dengan aku pun nak berahsia. Adalah tu 'bunga-bunga' dia WhatsApp kau." Nak aje aku cili mulut makcik depan aku yang 'terlebih radio' ni. Memandai aje buat andaian.

"Ingat sikit. Dia tu suami orang dan aku pula tunangan orang, ada faham?" Wafa mencebik.

"Yelah,"

"Asal aku rasa sekejap kita dah nak balik kampus dah ek?" Soalku tak berpuas hati. Sedih. Tak puas nak bermesra dengan keluarga. Terutama sekali ma.

"Sabarlah. Kita ni pun dah nak habis belajar dah, sikit aje lagi. Beberapa bulan aje kita dah nak habis belajar." Pujuk Wafa. Aku tahu Wafa turut sedih apabila mengenangkan kedua-dua ibu dan bapanya.

"Pembetulan, belum habis belajar lagi. Kita belum melangkah lagi alam praktikal." Aku nampak Wafa mengangguk perlahan.

"Aku harap dapat tempat praktikal sama dengan kau lah kan?" Aku diam aje. Aku pun harap macam apa yang Wafa cakapkan itu. Tapi aku rasa itu semua mustahil.

"Eh, jomlah sambung tolong ma aku, kesian pula ma aku buat karipap sorang-sorang."

Aku ubah topik. Tak nak mood sedih bagai. Muka Wafa terus berubah ceria.

"Jomlah!"

---

"Ehem!" aku berdeham sebaik melihat pasangan dua sejoli ini.

Patutlah aku cari kawan aku tak jumpa-jumpa rupanya tengah sibuk berdating dengan along aku. Kantoi.

Selamba aje diorang ni berduaan dekat depan rumah. Malam pula tu. Kalau jiran tetangga tengok boleh menimbulkan fitnah.

"Err.. Nura kau jangan fikir bukan-bukan ek. Kitaorang tak ada apa-apa pun," aku senyum meleret. Boleh percaya ke alasan dia tu?

Mata aku beralih pula ke arah along. Daripada tadi asyik tundukkan kepala aje. Malu lah tu.

Lecturer Paling 'Hot' Where stories live. Discover now