BAB 40

24.3K 581 12
                                    

"Sayang okay ke tak ni?"

"Okay cuma tak ready lagi"

"Janganlah macam ni"

Seperti yang Mikail mahu, dia bawa aku ke penjara melawat Taufiq untuk selesaikan masalah kami.

Kami duduk menunggu Taufiq. Tidak lama kemudian Taufiq datang diiringi oleh pegawai polis.

Kami dipisahkan dengan kaca dan Mikail mencapai telefon untuk bercakap dengan Mikail.

"Assalammualaikum Taufiq"

"Wa... Waalaikumsalam Mikail. Aku minta maaf"

Taufiq menyeka kasar matanya.

"Ya aku maafkan kau"

"Aku salah. Aku silap Mikail. Aku dah sedar semuanya dan aku terima apa yang aku dapat sekarang ni. Aku dah dapat balasannya"

"Aku harap kau sihat kat dalam ni. Apa-apa pun kau mohon ampun dekat Allah"

"Terima kasih Mikail. Boleh aku bercakap dengan Tia?"

Gagang telefon diserahkan kepadaku.

Aku teragak-agak pantas Mikail menggenggam tanganku.

"Lepaskan semuanya sayang"

Aku mendekatkan gagang telefon ke telingaku dan mendongak ke hadapan, melihat Taufiq.

Dia sudah cengkung dan bawah matanya agak gelap.

"Tia? Awak sihat?"

"Saya sihat. Awak?"

"Saya okay kat sini. Tia ampunkan salah saya semuanya. Saya akan rasa lega jika saya dengar kemaafan tu dari awak"

"Saya maafkan awak Taufiq"

"Alhamdulillah terima kasih Tia"

"Saya harap bila awak keluar nanti, awak jaga isteri awak baik-baik. Tak lama lagi awak akan ada anak"

Taufiq mengangguk.

"Terima kasih Tia. Saya dah sedar semuanya. Saya berharap saya dapat keluar nanti saya nak baiki semua kesilapan yang telah saya lakukan kat isteri saya"

"Baguslah kalau macam tu"

Pegawai polis itu memegang bahu Taufiq tanda masa sudah tamat.

"Tia, saya kena pergi dulu. Saya harap awak sentiasa sihat di luar sana. Dan bahagia bersama Mikail"

Taufiq memandang Mikail dengan senyuman.

"Awak pun jaga diri kat dalam. Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam. Terima kasih Tia"

Taufiq dibawah masuk oleh pegawai polis yang mengiringi dia.

"How you feel?"

"Tenang"

"Alhamdulillah. Abangkan dah cakap, bila kita memaafkan orang tu Insyallah Allah lapangkan dada kita"

"Terima kasih abang"

"Dah jom balik"

"Fathia kan?"

Aku memandang lama wajah orang tua di hadapanku.

"Mama Taufiqkan?"

"Ya saya. Awak buat apa kat sini?"

"Saya jumpa Taufiq tadi, datin"

"Saya nak minta maaf. Saya pun bersalah kat awak Fathia"

Tanganku dicapai.

"Saya dah maafkan semuanya datin. Hal sudah selesai dan saya pun dah lupakan semuanya. Datin janganlah risau"

"Terima kasih Fathia. Kalaulah dulu saya restui awak dengan Taufiq semua ini takkan terjadi"

"Jangan cakap macam tu datin. Semua sudah ketentuan Allah, kita terima ya?"

"Maafkan saya. Ni suami awak ke?"

"Ya ni suami saya, Mikail"

"Sama padan. Saya nak jumpa Mikail dulu, jaga diri Fathia"

"Datin juga"

Aku sempat membalas senyumannya.

"Dah jom balik. Everything sudah selesai"

Aku mengangguk lalu jalan beriringan dengan Mikail menuju ke keretanya.

"So, sayang nak makan apa-apa tak sebelum kita balik ni?"

"Nak makan coklat pula"

"No, awakkan allergic coklat"

"Tulah pasal. Anak abanglah ni nak makan. Sorry sayang mummy allergic coklat"

Aku mengusap perutku.

"Selain coklat?"

"Nak makan abang?"

Mikail pantas menoleh. Dengan matanya membulat.

Aku tahan ketawa.

"Seriuslah sayang? Abang on je"

Aku menampar lengannya.

"Gatalnya! Tia gurau je lah. Hish abang ni pantang erh bab-bab macam ni"

"Apa salahnyakan, sayang halal untuk abang"

"Abang ni... Tia tengah pregnant pun nak ke?"

"Takda lah sayang. Takut terjadi apa-apa pulak kat kandungan ni kalau abang 'makan' sayang"

"Hmm tahu pun. Kita makan pasta boleh? Nak meat ball punya"

"Boleh. Jom!"

🌼🌼🌼
Stay read gais, tak lama tamat cerita ni hehehe

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now