BAB 29

20K 568 22
                                    

"Tia tunggu. Dengarlah dulu apa yang saya nak cakap ni"

Aku berhenti lalu menoleh ke belakang.

"Apa lagi ni Taufiq?"

"Kejaplah, ada benda nak bagitahu awak ni"

"Apa dia?"

"Saya minta maaf atas apa yang saya dah buat kat awak"

Aku diam.

Taufiq minta maaf? Dah move on ke dia?

"Betul Tia, saya sedar kesilapan saya. Maafkan saya"

"Betul ke ni?"

Aku rasa ragu-ragu.

"Betul, saya dah move on dengan semua ni. Awak dan mama saya banyak sedarkan saya"

"Alhamdulillah"

"Saya minta maaf Tia selama ni saya kacau awak, kacau perkahwinan awak"

"Saya maafkan asalkan awak dah betul-betul sedar kesilapan awak"

"Terima kasih Tia"

"Sama2"

"Kirim salam kat suami awak dan sampaikan maaf saya untuk dia juga"

"Insyallah"

"Lepas ni saya harap kita boleh jadi kawan"

"Boleh, apa salahnya kan"

"Terima kasih Tia, itu je saya nak cakap. Saya pergi dulu sebab ada hal"

"Okay"

Aku menghembus nafas lega. Lega Taufiq sudahpun berubah. Tak sabar nak bagitahu mikail.

"Abang nak tahu something tak?"

Aku terus mendaparkan Mikail di ruang tamu.

"Eh datang-datang je dah ada gosip? Kata tadi beli barangkan?"

"Ya saya beli barang tadi"

Aku menunjukkan beg plastik.

"Okay so pa dia yang something tu?"

"Tadi, Taufiq ada jumpa saya"

"Dia kacau Tia lagi ke?"

Mikail fokus ke arahku.

"Eh tak, kali ni dia datang nak minta maaf"

"Minta maaf pulak?"

"Dia dah sedar bang, mama dia turut nasihatkan dia. Dia mengaku kesilapannya"

"Boleh percaya ke?"

"Maksud abang?"

"Takda apalah, baguslah kalau dia dah move on kan"

"Dia kirim salam dgn abang dan minta maaf"

Mikail mengangguk.

"Lepas ni takda siapa lagi dah ganggu kita"

"Alhamdulillah sayang"

*****

"Assalammualaikum Tia"

"Waalaikumsalam Taufiq, eh ada urusan ke kat sini?"

"Tak saya datang sini sebab nak jumpa awak boleh?"

"Tapi sekarang ni saya tengah kerja, orang pun ramai ni"

"Lepas awak kerja?"

"Owh boleh"

"Saya tunggu awak nanti kat depan"

"Okay"

"Ada apa awak jumpa saya?"

"Saya pun tak tahu nak cakap benda ni macam mana kat awak"

"Ada apa ni sebenarnya ni?"

"Macam ni, saya ada kawan kerja kat syarikat suami awak"

"Okay... Lepas tu?"

"Hmmm... Saya just nak bagitahu sebab nak selamatkan awak"

"Cakap je lah ada apa"

"Okay, kawan saya terdengar suami awak bercakap dengan someone dalam telefon"

"Suami saya cakap apa?"

"Dia cakap dengan orang tu, dia kahwin dengan awak pun sebab dia nak lepaskan rindu dia dengan bekas isteri dia"

"Apa awak cakap ni?"

"Bekas isteri dia yang meninggal dunia tu muka dia seiras dengan awakkan?"

"Ya..."

Aku sudah tidak keruan.

"Apa yang kawan saya dengar tu saya rasa suami awak tu masih tak boleh lupakan bekas isteri dia. Dia pun mungkin kawin dengan awak sebab muka korang sama"

"Hah?"

"Suami awak tak cintakan awak Tia, kenapa awak tak sedar semua ni?"

"Awak jangan nak fitnah suami saya"

"Jadi kawan saya tu tipu sayalah? Sudah jelas Tia, dia anggap awak seperti bekas isteri dia. Muka korang sama so dia pun anggap awak ialah isteri dia sebelum ini"

Ya Allah apa semua ni?

"Sedar Tia. Dia just nak ambik kesempatan dengan awak"

"Taufiq please"

"Saya minta maaf tapi saya nak bagitahu awak yang sebenarnya"

"Tak mungkin Mikail macam tu"

"Awak selesaikanlah bagus2 Tia, saya tak nak awak hidup dengan orang yang salah"

Aku diamkan diri. Betulkah apa Taufiq cakap ni.

Selama aku kahwin, Mikail tak pernah ungkapkan rasa cinta untuk aku.

Mungkin juga dia masih tak dapat lupakan arwah isterinya dan mengambil kesempatan atas wajah kami yang sama ini.

Hari tu juga, aku nampak dia masih menyimpan gambar-gambar arwah isterinya di dalam laci meja kerjanya.

Patutlah dia tak nak aku masuk dalam biliknya itu.

🌼🌼🌼
Sorry kalau ada rasa bosan n ada part yg pndek je hehehek😅😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu