BAB 13

23.1K 822 14
                                    

Aku senyum. Mana taknya hari ni aku sudah mendapat gaji.

Gaji pertamaku aku berikan separuh kepada abah dan along separuh lagi aku simpan.

Gaji pertama orang cakap kena sedekah supaya gaji seterusnya kita terbiasa untuk sedekahkan dengan orang lain terutamanya ibu bapa.

Barulah rezeki yang kita terima itu berkat, Insyallah.

"Hey mummy!"

Aku mengucap panjang.

"Kenapa main sergah macam tu? Terkejut saya tau"

"Sorrylah mummy"

Aku memandang wajah ayahnya untuk meminta penjelasan kenapa mereka berdua ada di sini.

"Maaf jika mengangganggu awak tapi Adam desak saya nak jumpa awak. Hampir sebulan dia tak jumpa awak dan saya pun tak tahu nak jawab apa lagi kat dia"

"Tapikan sekarang ni waktu saya tengah bekerja"

"Sekarangkan lunch hour"

"Itupun termasuk dalam skop waktu saya kerja", kataku tidak mahu mengalah.

"Kat sini je saya tahu awak ada dan time sekarang ni je saya rasa masa yang untuk bawa anak saya jumpa awak"

"Mummy jom makan", ajak Adam.

"Its okay, Adam pergi makan dulu dengan daddy Adam okay"

"Alah tak best! Daddy banyak diam aje, kalau mummy mesti banyak cakap dengan Adam"

"Patutlah dia tak nak awak sebab awak layan dia tak betul. Awak kena banyak layan dia supaya dia tak merengek cari saya", ujarku kepada ayahnya.

"Saya jenis yang tak pandai layan budak-budak"

"Encik jangan nak buat ceritalah, dia anak encik and now dia semakin membesar takkan awak tak tahu lagi cara nak layan anak?"

"Dulu dia banyak habiskan masa dengan mummy dia aje, dengan saya dia tak rapat"

"Thats way lah kena banyak belajar sebab sekarang awak je yang akan jaga dia sepenuhnya"

Lelaki itu diam.

"Mummy jomlah, please. Adam rindu mummy"

"Its okay Adam, Adam boleh makan dengan daddy", pujuk lelaki itu.

"Taknak, nak mummy ada sekali"

"Baiklah, jom", aku bersetuju.

"Yeay, lets go!", sorak Adam.

"Tapi kita makan kat area sini aje"

Lelaki itu mengangguk tanda bersetuju dengan permintaanku.

"Hai Tia, buat apa kat sini?"

Aku menjeling. Kurang senang dengan kehadirannya.

"Awak tu buat apa lagi muncul depan saya"

"Lupa ke? Fiq takkan mengalah untuk dapatkan Tia semula"

"Cukuplah Taufiq saya dah penat layan awak, move on lah"

"Tia makan dengan lelaki ni? Actually kau ni siapa?"

"Taufiq jangan buat hal kat sini"

Suara aku kawal.

Nanti terjerit buat malu je.

"Mummy nak suap"

Aku memberikan senyuman kepada Adam lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Tia siapa dorang berdua ni? And budak ni kenapa panggil Tia mummy?"

"Just go Taufiq janganlah buat hal"

"Hey bro kau tahu kan aku nak Tia and kau jangan nak try dia", kata Taufiq kepada ayah Adam.

Lelaki itu pula hanya diamkan diri.

"Taufiq awak takda hak beri amaran macam tu, saya dan awak sudah takda hubungan"

"Fiq tak kisah Tia. Fiq takkan benarkan sesiapa dekat dengan Tia"

Taufiq keluar dari restoran.

Aku hanya mendiamkan diri.

"Awak okay?"

Aku hanya mengangguk.

"Janganlah awak fikirkan sangat pasal dia tu"

"Its okay, saya pun tak fikirkan dia. Lantak dialah nak buat apa yang penting dia tak cederakan saya"

"Makanlah tak lama lagi lunch hour awak habis"

Aku makan dan layan karenah Adam.

"Saya ada permintaan"

"Apa dia?"

Aku memandang dia yang duduk di hadapanku. Pandangan kami bertaut pula alahai. Tak biasa aku tengok mata lelaki lama-lama.

"Awak nak minta apa tadi?"

"Boleh saya kenal dengan awak? Itupun kalau awak tak kisah"

"Saya ingatkan awak ni jenis yang tak tahu minta kebenaran"

"Maaf dulu saya gelojoh paksa awak untuk  berkenalan dengan saya"

"And tak berbudi bahasa", tambahku.

Lelaki itu tersenyum malu.

"Yes, thats my bad and I am sorry"

"Its okay kalau awak dah sedar"

"Boleh saya berkenalan dengan awak?"

"Boleh, takda salahnya kita nak mulakan perkenalan yang penting caranya itu"

Dia mengangguk.

"First of all, nama saya Mohammad Mikail panggil Mika. You?"

"Nama saya Nur Fathia, just call me Tia"

"Saya nampak awak ni macam lepas graduate, umur 24?"

"Tepat sekali"

"Masih muda, saya dah tua umur dah 28"

"Okay, lega rasanya dah berkenalan. Bukan apa kita dah berkali-kali keluar dan bercakap tapi nama tak tahu"

Dia mengangguk.

"Salah saya juga tak pernah minta salam perkenalan dari awak"

Aku hanya memberikan senyuman nipis. Tak tahu nak balas apa.

🌼🌼🌼
Hey gais. Kalau awk2 semua suka dgn cerita ni votelah yeah😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now