BAB 16

21.9K 678 2
                                    

Sampai saja di restoran yang dijanjikan Mikail  yang terlebih dahulu sampai.

"Assalammualaikum, maaf saya lambat"

"Walaikumsalam, its okay. Duduklah"

Aku mengambil tempat duduk di hadapannya.

"Kita order dulu?"

"Okay"

Selepas makan kami mula berbual soal lamaran Mikail.

"Saya rasa awak dah ada jawapannya"

"Yes saya dah ada jawapan setelah hampir tujuh hari saya minta masa dengan awak"

"Sebelum tu, jika awak tak terima lamaran ni saya faham. Saya banyak kekurangan diri dan status saya juga tak layak nak jadi suami kepada wanita seperti awak"

"Okay dan jawapan yang saya dapat selama tujuh hari ni ialah saya terima lamaran kedua awak"

Wajah Mikail begitu tenang.

"Alhamdulillah. Terima kasih Tia"

Aku hanya mengangguk.

"Saya akan hantar rombongan merisik dan meminang sekali"

"Nanti awak bagitahu je bila"

"Awak jangan risau, semua saya buat saya akan bagitahu awak"

"Okay"

"Sebab saya tak nak dicakapkan gelojoh lagi"

Aku tersenyum.

"Pasal hal itu saya minta maaf"

"Tak perlu minta maaf, apa yang awak cakap itu betul"

"Sebab tu jugalah saya tak terima lamaran awak yang pertama dulu"

"Saya sedar sebab tu kali kedua ni saya buat betul-betul like a gentleman"

"Okay good"

*****

Adat merisik dan meminang berjalan dengan lancar petang tadi. Seminggu sebelum itu, Mikail sudah memaklumkan aku dan aku bolehlah bersiap sedia menyambut kedatangan tetamu hari ni.

Along dan abah juga turut membantu.

"Alhamdulillah, akhirnya Tia yang dulu kahwin dari along"

"Along ni!"

"Betullah kan?"

"Kahwin lama lagi kut"

"Mana boleh lama-lama"

"Tak naklah terus kahwin, tunang lama-lamalah sikit"

"Tak baik tau, nanti orang cakap apa asyik jumpa tapi tak kahwin-kahwin"

"Sebab tu lah nanti Tia tak nak asyik jumpa dengan Mikail tu"

"Yelah tu, entah-entah..."

"Along jangan erh"

"Tia?", abah datang menyertai kami di ruang tamu.

"Ya abah?"

"Dah fikir masak-masak ke?"

"Sebenarnya Mikail dah tanya Tia sebelum dia hantar rombongan tadi
Tia pun minta masa tujuh hari nak fikir dan solat istikharah"

"Jadi Tia dapat petunjuk?"

"Ya abah, Insyallah dialah jodoh terbaik untuk Tia. Dia pun dah tahu Tia terima dia sebab tu hari ni dia hantar rombongan meminang"

"Alhamdulillah baguslah kalau macam tu, bukan apa abah risau dia tak berputus asa lagi nak lamar Tia"

"Tak abah, kali ni dia tanya Tia dulu"

"Baguslah kalau macam tu, cara dia dah berkenan dengan Tia"

Aku menjawab dengan senyuman.

"Tak sabar nak makan nasi minyak Tia ni"

"Apa along ni? Tia plan nak kahwin lambat. Lagipun tunang belum lagi

"Yelah tu"

🌼🌼🌼
Huhuhuhu finally

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now