BAB 19

21.6K 664 1
                                    

"Abah, Tia ada hal nak bincang dengan abah"

"Ada apa?"

"Macam ni, Mikail nak cepatkan majlis kahwin kami"

"Kenapa nak percepatkan?"

"Ya abah sebab dia risau sebab Taufiq masih kacau Tia"

"Taufiq masih kacau Tia?"

"Tia minta maaf tak bagitahu abah pasal Taufiq tapi Mikail nak cepatkan sebab nanti Taufiq akan jadi penghalang"

"Baiklah kalau macam tu"

"Abah setuju?"

"Majlis baik elok kita percepatkan lagipun Mikail tu baik orangnya. Family dia dah tahu?"

"Mikail nak Tia bincang dulu dengan abah then baru dia bagitahu family dia"

"Abah setuju"

"Terima kasih abah"

"Amboi! Along dengar ada orang tu tak sabar nak kahwin"

"Along ni! Mana ada. Tia kalau boleh tak nak kahwin cepat tapi nak buat macam manakan"

"Eloklah kahwin supaya Taufiq tu tak kacau Tia kalau dah ada suami"

"Tia harap dia boleh move onlah bila dia tahu Tia dah ada suami nanti"

"Bila majlisnya?"

"Dua bulan lagi"

"Okay, kita kena cepat nak cari barang ni"

"Nikah kita buat simple je along kat sini"

"Mana boleh buat simple, Tia tu anak dara dan bekerjaya kena buat grand sikit"

"Along..."

"Takpa along akan tolong buat yang grand okay?"

"Yelah, Tia ikut along aje. Baju nikah Tia dah tempah hari tu"

Nasib baik ada along yang bantu aku hiaskan barangan hantaran, cari wedding planner untuk pelamin akad nikah nanti dan hiasan-hiasan lain.

*****

Hari ni Mikail bawa aku untuk menempah kad jemputan pula untuk kedua-dua pihak.

Selepas itu dia bawa aku menempah awal dewan hotel untuk majlis persandingan kami nanti yang akan dilakukan seminggu selepas majlis pernikahan.

"Okay dua perkara penting dah settle hari ni, anything else?"

"Hmmm... Tu jelah kot"

"Okay nanti kita datang hotel lagi bila majlis sanding dah nak dekat nak discuss apa yang patutlah"

"Baiklah encik Mikail"

Mikail tersenyum bila diusik begitu.

*****

Majlis pernikahan kami berjalan lancar dengan sekali lafaz berwalikan abah.

Seminggu lepas pernikahan, Mikail dan aku masih tinggal dirumah abah sehinggalah ke hari majlis persandingan kami. Manakala lepas majlis itu, aku dan Mikail tinggal pula di rumah keluarganya.

"Abah, along jaga diri tau"

"Tia ni kenapa? Bukannya tinggal jauh pun", kata along.

Kami berjumpa lepas majlis persandingan selesai.

"Lepas ni bukan selalu Tia nampak along dengan abah"

"Tia janganlah sedih, nanti datang rumahlah selalu", kata abah.

"Insyallah abah"

"Tia ingat Tia da ada suami, taat dengan suami"

"Baik abah"

"Mikail?"

"Ya abah?", jawab Mikail.

"Jagalah Tia baik-baik, tegurlah jika dia ada buat silap"

"Insyallah abah. Abah pun jaga diri dan Insyallah kalau saya ada masa saya akan selalu bawa Tia datang rumah"

Aku berpelukan dengan along. Abah pula bersalaman dengan ayah Mikail.

"Inilah bilik saya, buat macam bilik sendiri okay"

"Baiklah, barang saya nak letak mana ni?"

"Tu almari ada, kemas je barang awak dalam almari saya. Semua yang saya ada milik awak juga"

Aku mengangguk lalu membuka bagasiku.

Selepas Mikail siap mandi, giliranku pula masuk bilik air.

Kami begitu penat sangat sehingga lena tidur.

"Tia?"

"Ya?", aku terpisat-pisat bangun.

"Solat subuh"

"Sorry, saya tak boleh solat"

Aku tersengih malu. Mukaku pun rasa panas.

"Jangan nak malu lagipun saya suami awak. Kalau macam tu saya solat dululah"

Aku hanya mengangguk.

Aku terus masuk ke bilik mandi untuk bersihkan diri lepas tu turun ke bawah untuk buat sarapan.
Segan pula tinggal rumah mertua tak buat apa-apa.

"Eh awal betul Tia bangun, lena ke tidur?"

"Alhamdulillah Kak Mai lenalah juga"

"Bagus Tia ni kan, kalau pengantin lain time macam ni masih tidur. Yelah semalam majlis sanding penat tau"

"Tia okay je, nak tolong kak Mai buat sarapan"

"Eh tak payah susah, kak Mai boleh handle"

"Tak pa, hari ni biar Tia yang buat sarapan. Kak Mai duduk aje"

"Betul ni?"

Aku hanya mengangguk.

Kalau tak boleh memang tak tahulah, sebulan sebelum kahwin dengan Mikail aku ambil kelas memasak dan along yang menjadi gurunya.

Macam-macam hidangan aku belajar masak dengan along.

Harap-haraplah kali ni masakan aku buat orang suka.

Hidangan sarapan aku masak untuk 6 orang termasuk Adam. Anak kak Mai masih kecil lagi, makan bubur je.

Aku masak nasi goreng, telur goreng, dan sediakan roti bakar. Minuman pula susu segar dan teh O panas yang menjadi pilihan keluarga itu bila bersarapan. Selesai masak dapur aku bersihkan.

"Biar aje dapur tu, nanti kak Mai kemaskan"

"Takpa sikit je"

"Kak Mai panggil yang lain turunlah"

"Okay"

Kak Mai memanggil semua untuk turun sarapan selepas menghidangkan makanan di atas meja.

Aku pula memanggil Mikail dan Adam.

🌼🌼🌼
Sorry again gais. Part kahwin diorang ni hambar n ringkas aje😅😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now