BAB 27

20.8K 622 9
                                    

"Abang sibuk ke?"

Aku mendekati Mikail.

"Takdala, kenapa?"

"Saya nak tanya sesuatu"

Telefon bimbitku ku letak di hadapannya. Gambar di mana dia dengan seorang perempuan petang tadi. Perempuan itu memegang lengannya.

"Boleh saya tahu siapa dia?"

"Err.. Tia abang"

"Its okay, explain je. Tia dengar"

Aku cuba untuk tidak sentap. Berlagak cool tapi dalam hati sakit. Sebab? Cemburu? Aku cemburu?

"Okay, itu client abang. Abang dah lama kenal dia dan dia pun client yang terbesar dalam syarikat. Dia jumpa abang kat mall ni sebab nak bincang hal kerja aje"

"Mall? Kenapa tak kat office abang je? Hal kerja kan?"

"Permintaan client sebab time tu dia lepas shopping"

"Pasal pegang tangan abang tu pula"

"Abang pun tak tahu kenapa dia tiba2 pengang lengan abang. Sumpah!"

"Betul ni?"

"Betul, abang tak nak Tia salah faham"

Tanganku digenggam.

"Saya percayakan abang"

Aku memberikan senyuman.

"Terima kasih, risau abang kalau Tia marah kat abang. Jujur abang takda perempuan lain kat belakang Tia"

"Asalkan abang jujur, saya takkan marah abang and more thing"

"Apa dia sayang?"

"Kalau dia buat lagi pastikan abang cakap abang dah kahwin dan takkan kahwin lagi, boleh?"

"Boleh. Anything for you"

"Thank you abang"

Mikail mengucup lembut pipiku.

*****

"Tia?"

Aku tanpa menoleh ke tepi terus membuka pintu kereta. Tangan Taufiq menghalang aku membuka pintu kereta.

"Apa lagi awak nak ni? Awak tak faham2 ke? Saya tak nak balik semula kat awak!"

Aku geram sangat dengan lelaki ini.

"Janganlah marah"

Aku merengus.

"Macam mana saya tak marah kalau awak ganggu saya. Saya dah ada suami Taufiq, move on"

"I cant Tia"

"Hey apa ni lepaslah"

Aku meronta2 melepaskan lenganku dari pegangan Taufiq.

"I miss you so much"

"Awak buat apa ni? Lepaslah!"

"Saya dah minta maaf kat awak, saya sedar kesilapan saya tapi kenapa awak kahwin juga dengan duda tu?"

"Kau takda hak nak halang aku kawin dengan sesiapa. Kau pergilah dari sini"

"Taufiq!"

Mama kepada Taufiq muncul.

"Mama?"

Pegangan dilenganku terlepas.

Aku menjarakkan diri dari Taufiq.

"Taufiq buat apa dengan dia kat sini?"

"Mama, Fiq..."

"Fathia, kenapa awak masih bersama Taufiq? Awak tu bekas tunang dia aje"

"Datin, saya..."

"Tak malu ke? Awak tu dah lama putus dengan Taufiq, kalau dah bekas tunang tu buat cara bekas tunang"

"Mama, please"

"Taufiq diam. Perempuan macam Fathia ni memang nak menggatal dengan lelaki kaya macam Taufiq. Dengar sini erh, jangan harap jadi menantu dalam keluarga kami"

Aku menghembus nafas panjang.

"Datin, seeloknya awak tanya Taufiq sendiri. Taufiq selalu datang kacau saya"

"Betulkah ni?"

Dia memandang wajah anaknya yang sudah tidak tentu arah tu. Habislah kalau mama tahu.

"Saya dah lama move on dengan hubungan kami sejak kami putus dulu dan saya pun sudah ada suami. Saya harap datin dapat nasihatkan Taufiq supaya dia biarkan saya hidup bahagia dengan suami saya"

Mamanya menjeling Taufiq.

"Saya pergi dulu, assalammualaikum"

Aku masuk ke dalam kereta lalu meninggal dua beranak itu.

"Apa yang Fiq buat ni?"

"Ini semua salah mama. Kenapa mama tak suka Fathia?"

"Mama tak suka sebab dia tu bukan setaraf dengan kita"

Ya, mereka ada pangkat. Mama dan papa Taufiq bukan calang2 orang, ada gelaran dato' dan datin.

"Fiq tak kisahlah mama dengan taraf ni semua, sebab mama Fiq hilang Fathia. Fiq hilang kebahagian Fiq"

Taufiq meninggalkan mamanya.

Datin Suria hanya mengeluh.

"Haish apasal dengan Taufiq ni? Susah sangat nak move on", bebelku.

Telefon bimbitku berbunyi. Earphone ditekapkan ditelinga.

"Assalammualaikum"

"Waalaikumsalam abang"

"Tia kat mana?"

"On the way abang. Sorry buat abang lama tunggu, saya singgah farmasi tadi beli ubat selsema untuk Adam"

"Okay, abang tunggu"

Hari ni Mikail ajak aku makan tengah hari bersama.

"Sorry abang buat abang lama tunggu"

"Its okay, kita order ya abang laparlah"

"Kenapa tak order aje?"

"Abang tunggu Tia"

"Kalau lapar, order aje"

"Tak gentlemanlah abang"

Aku hanya tersenyum.

"Tadi Taufiq ada jumpa Tia"

"Dia nak apa? Dia buat apa-apa ke?"

Aku tersenyum melihat Mikail yang kalut tu.

"Eh senyum pulak?"

"Dia tak buat apa-apa pun and macam selalu masih nak pujuk Tia"

"Tak habis-habislah budak tu"

"Budak?"

"Dia kan muda dari abang, so budaklah"

"Macam mana abang tahu?"

"Adalah. Yang penting abang tak boleh bila dia kacau Tia"

"Janganlah bengang sangat. Tadi pun mama dia turut ada sekali. Entah dari mana datangnya nak marah Tia pula sebab still ganggu Taufiq"

"Habis tu sayang cakap apa?"

"Of courselah Tia backup diri bila mama dia marah dan tuduh Tia. Siap bagi tahu mama dia supaya nasihatkan anak dia tu supaya move on"

"Abang takut sangat Taufiq buat benda tak baik kat Tia. Gugat keselamatan Tia"

"Dia takkan beranilah buat macam tu. Jangan risau okay. Sekarang kita makan dulu, Tia dah lapar"

"Lapar erh? Ciannya"

Aku ketawa. Gaya Mikail macam layan Adam je.

🌼🌼🌼
Hehehehe sorry kalau korg dah bosan baca part ni😅

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now