BAB 3

27K 984 4
                                    

"Assalammualaikum Tia"

"Walaikumsalam kenapa along?"

"Along tertinggal fail kat atas meja solek along, boleh tak hantarkan?"

"Okay"

"Nanti call kalau dah sampai"

"Baiklah"

Aku menuju ke bilik along untuk mendapatkan fail yang dia minta lalu bersiap.

Abah masih ditempat kerja dan aku terpaksa naik teksi ke tempat kerja along.

Selepas serahkan fail ke tangan along aku terus balik menaiki LRT.

Aku duduk sambil menyumbat earphone ke telinga dalam anak tudungku. Sambil menunggu monorel ni sampai ke stesen hilangkan bosan dengan dengar lagu.

Okay dah sampai!

Aku keluar dari monorel.

Langkahku yang melangkah terhenti apabila bahu dirempuh oleh bahu yang sasa.

"Awww!", aku memegang bahuku.

"Kalau jalan mata tu pandang depan"

Erk?

"Ehem encik sedar tak encik yang langgar saya?"

"Kalau ya pun elaklah"

"Macam mana nak elak, encik tiba-tiba rempuh bahu saya tak sempat saya nak elak. Tak ke mana pun monorel tu next time pleaselah berhati-hati jangan sampai terlanggar orang dan at least say sorry. Tak jatuh pun maruah encik kalau minta maaf"

Hah ambik kau! Salahkan aku pulak. Aku okay je jalan pandang depan, dia yang entah datang dari mana langgar bahu aku. Dah lah sakit, nasib tak kejang.

"Cik yang..."

"Budi bahasa budaya kita"

Aku berlalu meninggalkan dia.

Aku pun tak tahu apa yang dia nak cakap tadi.

Poyonya mamat tu tapi aku rasa aku pernah nampak dia sebelum ini.

Tak kisahlah malas nak fikirkan orang tak berbudi bahasa macam tu. Jelas-jelas dia yang langgar aku nak salahkan aku pulak.

"Kenapa muka masam ni?"

"Awal abah balik hari ni"

"Abah sakit kepala tadi"

"Dah makan ubat?"

"Dah. Tia ni kenapa balik muka macam tu?"

"Tia badmood sebab masa keluar dari monorel tadi ada lelaki langgar bahu Tia tapi dia nak salahkan Tia pulak"

"Bahu okay tak?"

"Sakit sikit tapi sakit lagi hati dengan mamat poyo tu nak cakap maaf pun susah"

"Biarkanlah dia tu urusan dia. Jangan layan orang macam tu"

"Susah sangat ke minta maaf? Minta maaf tu benda yang baik tak rendah pun maruah kalau say sorry. Tak fahamlah Tia dengan orang macam tu"

"Tia ni kalau membebel macam arwah ibu"

"Bukan apa abah hmmm susah kita nak hadap orang macam tu lagi"

"Biarlah. Buatkan abah kopi"

"Okay"

"Jangan marah-marah nanti muka cepat tua"

"Tak marah dah"

🌼🌼🌼
Hello gais... Vote ya if u like it❤

I LOVE YOU ADAM'S DADDY✔Where stories live. Discover now