Eliaz mematikan panggilan apabila selesai berbual dengan sepupunya, mata meliar nakal melihat gadis kegemaran yang sedang berdiri di hadapannya seperti patung.

"Ini surat tawaran yang cik Jane telah tandatangani." Kelvin memberikan fail yang terkandung surat tawaran dan peraturan, di mana Jane perlu patuhi.

"Okey kau boleh keluar." Arah Eliaz kepada Kelvin.

Kelvin memusing tubuh untuk berlalu keluar dan Jane turut memusing tubuh untuk mengikut jejaka berbangsa cina itu.

"Aku suruh dia keluar bukan kau." Eliaz serius bersuara mematikan langkah Jane.

Jane mengetap bawah bibir apabila mendengar suara menjengkelkan hatinya itu, lalu dia memusing tubuh membalas pandangan musuhnya.

Eliaz bangun dari duduk seraya melangkah ke arah Jane, lalu dia duduk di atas meja pejabat sambil kedua tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

"Kau nampak terdesak." Eliaz mengukir senyuman sinis.

"Aku bekerja dengan syarikat Stanislav dan bukan dengan kau."  Jane meluat melihat wajah musuh ketat yang seakan menyindir dirinya.

"Siapa cakap kau bekerja dengan syarikat Stanislav?" Eliaz menaikkan sebelah kening ke atas.

"Kau jangan nak main-main dengan aku." Jane mencekak pinggang.

"Kau tak baca surat tawaran sebelum tandatangan?" Eliaz mengambil fail yang terisi surat tawaran bersama senyuman jahat.

Tetiba jantung Jane berdebar kencang seakan sesuatu yang tragis bakal berlaku di dalam hidupnya.

"Kau memang bodoh dari dulu, kan?" Kutuk Eliaz yang kenal dengan sikap sambil lewa Jane.

Secara pantas, Jane merampas fail tersebut dari tangan Eliaz, lalu dia membaca jawatan yang ditawarkan kepadanya.

Pembantu rumah

"Jantan tak guna!!!" Jane membaling kasar fail tersebut, berang diri telah dipermainkan.

"Aku nak jadi pengawai kewangan dan bukan pembantu rumah." Jane memerah padam wajahnya.

"Wajah kau tak menarik nak jadi pengawai kewangan di syarikat Stanislav. Aku pasti ramai pelabur akan tarik diri bila lihat rupa kau yang selekeh dan buruk itu." Kutuk Eliaz jahat.

"Eliaz stop it okay! Kau jangan nak cari hal dengan aku." Jane berombak dada menahan amarah dari meletus.

"Well kau setuju atau tak, kau tetap akan bekerja sebagai pembantu rumah AKU." Eliaz menekankan perkataaan aku, agar Jane sedar bahawa dia adalah majikan kepada gadis itu.

"Dalam mimpi kau!" Jane menahan tangan dari melempang wajah tampan milik musuh ketatnya buat kali kedua.

"Walaupun dah dua tahun kau hidup seperti pelarian tapi sikap degil kau tetap tak berubah, kan?" Eliaz mengukir senyuman sinis.

"Bagaimana kau tahu?" Jane terjeda seketika.

"Aku Eliaz Stanislav. Semua tentang kau berada di dalam kocek seluar aku." Ujar Eliaz bersama wajah bangga.

E L I A Z  X  J A N EWhere stories live. Discover now