ELIAZ X JANE 2

Start bij het begin
                                    

Jane mempamerkan riak wajah geliman apabila terbayangkan anak lelaki Rosnah yang tidak tampan itu menjadi suaminya.

Rosnah menjeling Jane dan berlalu pergi meninggalkan gadis itu bersama riak wajah sombong.

"Kau akan menyesal jadikan aku sebagai menantu wahai Rosnah. Aku akan sumbat dan kunci kau dalam jamban!" Marah Jane sambil melihat tubuh gempal yang semakin hilang dari pandangan.

Kemudian, Jane mengeluh perlahan memikirkan bagaimana cara untuk dia mencari wang di dalam masa singkat untuk membayar sewa rumah.

Tidak semena sesuatu menerjah di akal fikiran.

Jane menapak turun anak tangga dan menahan teksi yang terdapat di kawasan rumah pangsa buruk itu untuk menuju ke destinasi yang di mana dia boleh mendapatkan wang.

Setengah jam kemudian, tubuh langsing milik gadis bernama Jane berdiri seperti boneka di hadapan bangunan mewah 30 tingkat milik keluarga Stanislav.

Jane melepaskan keluhan berat kerana dia terpaksa menebalkan wajah dan menundukkan ego demi masalah kewangan yang sedang diri hadapi.

Jane masuk ke dalam bangunan untuk bertemu dengan jejaka yang bernama Kelvin. Jejaka yang membuat panggilan kepadanya.

"Akhirnya, cik datang juga. Sila ikut saya." Kelvin tersenyum ramah apabila melihat gadis cantik yang berwajah monyok itu.

Jane membuntuti langkah Kelvin menuju ke bilik pejabat jejaka itu, dia masih tidak tahu siapa dan jawatan jejaka itu di dalam syarikat perkapalan Stanislav.

"Sila duduk dahulu cik Jane." Kelvin menyuruh Jane duduk sementara dia mengambil fail yang terletak di rak.

"Jadi cik Jane terima pekerjaan ini?" Soal Kelvin seraya melabuhkan punggung di atas kerusi pejabat.

Jane mengangguk malas.

"Ini adalah surat tawaran dan peraturan selama tempoh cik bekerja." Kelvin memberikan kertas yang terkandung perjanjian dan peraturan yang perlu Jane ikuti selama bekerja.

"Cik boleh turunkan tandatangan di akhir surat tersebut." Sambung Kelvin lagi.

Jane mengambil kertas tebal yang diberikan oleh Kelvin. Disebabkan rasa malas ingin membaca, dia membuka muka surat paling belakang dan menandatangani surat tersebut.

Kelvin hanya diam memerhati Jane yang selamba menurunkan tandatangan sebelum membaca isi kandungan surat tawaran tersebut.

"Cik Jane sila ikut saya." Kelvin bangun dari duduk seraya membetulkan baju kemeja sebelum berlalu keluar dari bilik pejabat bersama Jane.

Jane membuntuti langkah pekerja berbangsa cina di hadapannya itu. Jane agak jejaka itu ingin membawa dia ke bilik pejabat yang bakal dia duduki.

Pada masa yang sama Jane berasa lega kerana diri sudah mempunyai pekerjaan dan dia dapat membayar hutang rumah sewa kepada si Rosnah supaya diri tidak terperangkap dengan anak wanita tua itu yang tergilakannya.

Kelvin berhenti di depan bilik pejabat majikannya, lalu dia mengetuk dan menolak pintu bilik tersebut.

"Tuan." Tegur Kelvin kepada majikan yang sedang sibuk berbual di dalam talian.

Jane merengus geram apabila mata menangkap tubuh Eliaz tetapi dia terpaksa hadapi jejaka itu memandangkan dia sudah menjadi sebahagian pekerja di syarikat keluarga musuh ketatnya.

E L I A Z  X  J A N EWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu