Cerpen 2 : Belon-Belon Dihatiku!

5.9K 244 23
                                    

Word count: 8261
12th March 2012.

Oh God, I was only 14 during this time. Please forgive me and my story hahaha 😂🙈

***

Suasana bising di funfair itu memang tidak dapat dibendung lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana bising di funfair itu memang tidak dapat dibendung lagi. Orang berlari berkejaran di sana sini. Ada yang menjerit. Ada yang ketawa. Ada yang bersembang. Yang menangis pun ada!

Tapi bagi Luna, keadaan ini sudah terlalu biasa baginya. Sudah ibarat isi dengan kuku yang tak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan juga, maka binasalah jadinya!

Bagi Luna, di sinilah segala-galanya. Di sinilah dunianya. Di sinilah kegembiraannya. Di sinilah kesedihannya. Di sinilah segalanya terjadi. Dan di sini jugalah segalanya bermula...

"Mummy, mummy, Boboi nak belon!" jerit seorang kanak-kanak lelaki kepada ibunya.

Suara seorang kanak-kanak lelaki mematikan lamunan Luna. Dia tersenyum manis memandang budak lelaki yang separas pahanya itu. Luna duduk meninggung di hadapan budak lelaki itu agar ketinggian mereka sama.

"Boboi nak belon warna apa?" tanya Luna seraya tersenyum.

"Boboi nak belon yang warna merah tu. Kawan Boboi cakap kan, warna merah tu kuat ooo!" ujar kanak-kanak kecil itu dengan mata yang membulat.

Luna tergelak kecil. "Jadi Boboi ni kuat la ye?" tanya Luna sambil tangannya merungkaikan ikatan tali belon berwarna merah pada tiang.

"Mestilah!" kata Boboi bersemangat. Luna tersenyum lagi. Dia menyerahkan belon berwarna merah itu kepada Boboi.

"Berapa harga ni, dik?" tanya ibu kepada budak lelaki tadi.

"Dua ringgit kak."

Wanita itu menyerahkan sekeping not berwarna hijau kepada Luna. Luna mengambil wang itu lalu menyerahkan tiga keping not biru sebagai ganti. Seketika kemudian, wanita itu bersama anaknya hilang dari pandangan.

Mata Luna meliar memandang sekeliling. Pada hari cuti umum seperti ini, memang selalunya funfair akan sesak dengan manusia yang dua kali ganda lebih ramai dari hari biasa.

Suara budak kecil menangis menyentakkan lamunan Luna buat seketika. Sayup-sayup suara itu kedengaran di telinganya. Suara tangisan itu agak tenggelam dengan suara manusia-manusia di sekelilingnya.

Mata Luna terpaku melihat seorang budak perempuan menangis di sebalik tiang. Wajahnya jelas kelihatan ketakutan dengan air mata yang berlinangan di pipi. Luna segera melangkah ke arah kanak-kanak kecil itu. Hatinya tersentuh melihat air mata budak perempuan itu masih mengalir.

"Kenapa ni sayang?" tanya Luna sambil melutut agar ketinggian mereka sama.

Budak kecil itu hanya menggeleng. Dia menjauhkan diri dari Luna. Takut mungkin.
"Jangan menangis lagi sayang. Mana ibu? Ayah ke?" tanya Luna lagi dengan nada yang perlahan. Kedua-dua belah bahu budak perempuan itu dipegang.

Kompilasi CerpenWhere stories live. Discover now