Kompilasi Cerpen untuk Semua :)

3.3K 71 7
                                    

Assalamualaikum babysayang (mohon baca dalam nada Mira Filzah 🤣)

Salam sahur ke 11! ❤️

Semalam saya ada post sesuatu di Message Board saya. Bagi yang dah baca post tu mungkin dah tahulah tentang apa yang saya nak cakap kat sini hehe. Bagi yang belum baca, saya ulangsuara ya 😂

Saya nak beri peluang kepada penulis-penulis yang berbakat di luar sana untuk serlahkan bakat anda! Gittewwww 🙈 Daripada buku Kompilasi Cerpen ni dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali dan tergantung sepi, lebih baiklah saya buka je kep...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saya nak beri peluang kepada penulis-penulis yang berbakat di luar sana untuk serlahkan bakat anda! Gittewwww 🙈 Daripada buku Kompilasi Cerpen ni dibiarkan begitu saja, terikat namun tak bertali dan tergantung sepi, lebih baiklah saya buka je kepada semua kannn? 🤣 Barulah meriah sikit bila ada pelbagai karya daripada pelbagai penulis kat sini! Tak adalah bersawang sangat buku cepren ni nanti 😅

Jadi, sesiapa yang rasa berminat untuk publishkan cerpen anda di bawah buku Kompilasi Cerpen saya ni, saya amat mengalu-alukannya. Mari kita jadikan buku cerpen ni milik rakyat Wattpad! 💕

Jika anda ada karya (cerpen sahaja) dan anda mahu karya anda dipublish bawah Kompilasi Cerpen ni, jangan segan silu untuk emelkan kepada saya melalui alamat emel di bawah ini.

myladyv19@gmail.com

Jangan risau, cerita anda akan tetap menjadi milik anda. Saya akan tag dan mention anda di dalam cerita tersebut and all rights are reserved to you 😊

Tapi, mestilah ada sikit syarat. Ala, sikit jeee demi kesejahteraan kita bersama hehehe...

Syarat-syaratnya ialah:

1. No explicit content. Tolonglah yaaa... kita buat buku ni mesra rakyat sahaja. 🥰

2. Saya akan tapis dahulu sebelum publish. Dalam erti kata lain, izinkan saya untuk perbetulkan apa yang perlu dibetulkan. Saya takkan sentuh jalan cerita korang, tapi hanya akan betulkan kesalahan tatabahasa/grammar (jika ada). Ini untuk memastikan buku cerpen kita semua ni terjaga kualitinya gittewww 🤪

3. Kalau bolehhhh, word count untuk cerpen anda di atas 4000 (4K) patah perkataan dan di bawah 10 000 (10K) patah perkataan. Tapi kalau awak punya cerpen lebih pendek dari tu, tak apa send je dulu. Nanti kita tengok macam mana. Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh kan 😂🙈

5. Cerpen anda mestilah disertakan dengan TAJUK, COVER CERPEN (jika ada), NAMA PENA dan USERNAME WATTPAD anda.

6. Hantar cerpen anda dalam bentuk Microsoft Word. Jangan paste di ruangan body emel, jangan hantar bentuk pdf or gambar. Tergaru kepala sis nanti kalau korang hantar dalam bentuk gambar.jpg hahahahaha

7. Dilarang keras sekeras-kerasnya untuk ciplak karya orang lain. No plagiarism yaaa! Ticer babap satgi!

8. Tiada tarikh tutup. Boleh hantar bila-bila masa sahaja. Ini bukan pertandingan pun yaaa l. Tak ada hadiah tau hehe ☺️🙈

Itu jelah kot buat masa ni. Tak susah pun kan? Senang kan iya kan iya kannn? 🤪🤪🤪 Kalau ada apa-apa soalan, komen dekat sini ataupun DM saja saya.

Apa lagi, jomlah cuba! Kita buat collab together-gether! The more the merrier!🌹

Kompilasi CerpenWhere stories live. Discover now