Cerpen 3 : Terbang Melayang

5.3K 285 9
                                    

Word count: 5999
2 February 2014

***

"Balik sat pun tak boleh ka?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Balik sat pun tak boleh ka?"

Aku dah garu kepala. Alahai adik aku yang sorang ni... bikin ribut! Tiba-tiba nak bertunang! Tak ada angin tak ada ribut, taufan lagilah tak ada!

"Ucu cerita baik-baik, ucu kena tangkap khalwat ke?"

"Choiiiii! Uda merepek apa ni?"

"Habis tu awat tiba-tiba nak bertunang ni? Ucu toksah buat terkejut lagu ni... sakit jantung bapak tu nanti ucu..."

Agaknya ucu aku ni dah tersampuk dek hantu raya kot!

"Bapak dah tau. Mak pun dah tau. Ala uda... uda marah ke ucu nak langkah bendul uda ni?"

Aku nak marah? Mampuih pi kat hang la nak langkah bendul ka, langkah silat ka, ada aku kisah?

"Tak marah, tapi awat cepat sangat???"

"Abang Man dah masuk meminang. Uda balik la eh?"

Aku dah geleng-geleng kepala.

"Memang tak dapatlah ucu! Orang kerja...! Lain kali kot nak bertunang ka, nak nikah ka, habaq awai-awai, bukan lagu ni!"

"Siapa lagi penting, kerja ke ucu?" Ucu dah macam nak mengugut.

"Ucu, kalau ditakdirkan syarikat ni laki uda yang punya, dah lama uda balik! Masalahnya bos uda kedekut taik hidung masin! Pekerja punya cuti dia control! Menyampah!" Aku perlahankan sikit suara bila mengutuk bos. Takut-takut dia terdengar pulak. Tapi semua yang aku cakap tu memang betul! Bos memang taik hidung masin!

"Uda ni memang payah nak bawak berbincang la! Ucu nak bertunang ni... takkan tak nak bagi moral support? Balik la sat, teman apa yang patut, tolong apa yang mampu. Tak kesian kat mak ke? Ni anak perempuan bongsu dia nak bertunang ni!"

"Moral support apa benda pulak? Takkan nak suruh uda datang majlis ucu buat persembahan pom pom pulak! Memang tak dapat la!!!"

"Uda!!!!!"

"Habis tu? Nak persembahan poco-poco ka?"

"Ayu Mardhiah!!!!!!!" Ucu dah jerit dekat hujung talian.

Aku garu kepala lagi. Nilah ucu...! Suka sangat bagi surprise! Bukan aku marah dia langkah bendul aku, tapi cepat sangat!

"Along balik tak?"

"Balik!"

"Angah?"

"Balik, semua balik!"

"Uda cuba la! Tapi tak janji...! Uda cuba balik mana yang sempat!"

"Jangan lupa uda! Ucu tunggu kedatangan uda! Uda, kaulah penyelamat nusa dan bangsa, penasihat dua puluh lima persen ucu setiap masa!" Ucu dah terkekeh-kekeh di hujung talian.

Kompilasi CerpenWhere stories live. Discover now