Cerpen 1 : Dia Pilihan Hati

9.1K 299 15
                                    

Word count: 6252
Written in 2014.

***

Keadaan di pintu utama Universiti Teknologi Petronas itu sesak sungguh dengan lautan manusia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keadaan di pintu utama Universiti Teknologi Petronas itu sesak sungguh dengan lautan manusia. Di sana sini dapat dilihat graduan-graduan yang memakai jubah dan topi sibuk bergambar pada hari konvekesyen mereka.

Laili yang baru sahaja menjejak kaki ke dalam pintu utama terus ternganga melihat perpustakaan universiti itu yang tersergam indah.

"Library je dik, tak payah la kau nak nganga sangat. Kang masuk lalat!"

"Serius ni library?" Mata Laili dah membulat. "Gila cool! Adik ingat ni Hogwards!"

Lukman tergelak. Itu juga yang dia rasa bila pertama kali menjejakkan kaki ke universiti ini. Perpustakaan yang tersergam indah di pintu masuk utama yang menjadi tumpuan utama universiti ini memang amat mengagumkan!

"Tu la, dulu ibu suruh masuk UTP macam abang tapi adik tak nak. Boleh abang jaga-jagakan adik. Degil sangat anak perempuan ibu ni!" Puan Linda berpura-pura memarahi anak gadisnya itu.

"Tak dapat scholarship la, bu." Sengaja Laili bersuara sedih.

"Kan babah dah kata babah boleh sponsor. Adik yang tak nak." Encik Dahlan menyampuk.

Laili hanya tersengih. "Ala, UTM pun okey apa? Asalkan engineering jugak... kan abang kan?" Dia mengerdipkan mata kepada Lukman.

Lukman tergelak. Comel sungguh adik aku yang seorang ni!

"Dah la, jom kita masuk! Karang sesak pulak kat dalam tu nanti!" ajak Lukman.

"Memandangkan adik tak boleh nak masuk sekali, adik nak pergi jalan-jalan!"

"Nak jalan-jalan pi mana? Nanti sesat baru tau!"

"Ala, abang tak payah la risau. Adik tau la macam mana nak datang balik!"

"Yelah, tapi jangan pergi jauh-jauh! Apa-apa nanti call abang, tau!" Lukman mengingatkan Laili seperti budak tadika.

Laili mengangguk. "Ibu tolong bawak masuk beg tangan adik eh. Beratlah." Laili sengih.

Laili menunggu sehingga mereka betul-betul masuk ke dalam Dewan Canselor itu dahulu sebelum dia mula melangkah. Ada lagi satu jam sebelum majlis bermula, jadi boleh la aku tengok-tengok kawasan universiti ni kejap!

Laili terus berjalan sekitar kawasan universiti. Dari satu tempat ke satu tempat dia jelajah. Sampai masuk ke dewan kuliah orang pun ada! Walaupun kawasan universiti ini tidaklah sebesar kawasan di UTM, tetapi penat jugalah berjalan!

Laili sempat singgah di kafeteria untuk membeli minuman sebelum meneruskan perjalanannya. Makin lama makin jauh Laili berjalan tanpa dia sedar yang dia sudah jauh dari tempat asalnya. Apabila habis sahaja Coke di tangan, Laili baru tersedar yang dia sudah jauh tersasar dari Dewan Canselor.Dia sendiri tak tahu dia berada di kawasan mana sekarang. Laili menggaru kepalanya.

Kompilasi CerpenWhere stories live. Discover now