Part 14 : Permainan

31 3 2
                                    

Situasi Pahlawan Nashir, Ellya dan Ayu.

Hari yang cerah tiba tiba bertukar gelap dan kilat mula sabung menyabung. Nashir, Ellya dan Fitri masih lagi berjalan menuju ke perkampungan seperti yang diperkatakan oleh pohon-pohon pada bab yang ke12. Ya, Fitri masih lagi diangkat dengan menggunakan api Ellya. Dan saya masih lagi berfikir auch itu pasti sakit.

"arh, gelapnya hari. Sekejap lagi mesti hujan ni" ujar Nashir

"dan kita masih lagi belum lagi sampai ke kampung tu" ujar Ellya pula

Ellya memandang wajah Fitri yang berkerut seribu itu. Difikirannya hanya bermain perkataan 'bertahanlah fitri'

Setelah berapa lama berjalanan akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan yang...erh agak sunyi.. namun mereka tetap berjalan dan berjalan sehingga mereka berhenti disebuah rumah dua tingkat berkayu. Di depan rumah tersebut menunjukkan sebuah papan tanda yang bertulis 'DOCTOR HIN'

PAP!

Nashir bertepuk.

"ini dia, aku pasti ni!" ujarnya sambil megetuk pintu rumah itu

Prek!

Pintu terbuka. Kelihatan seorang lelaki tua yang berjanggut putih panjang hingga ke perut dan tingginya mungkin dalam kira-kira 95cm?

Diam. Tiada apa apa ucapan yang diperkatakan olehnya. Matanya terus melihat kepada Fitri.

"Masuk cepat" ujarnya lelaki tua itu

Nashir dan Ellya terus masuk dan membawa Fitri. Kemudian, Fitri dibaringkan di atas sebuah katil kayu.

"Ini panah beracun" lelaki tua itu bersuara. "dan kamu pahlawan-pahlawan yang hangat diperkatakan itu. Betulkan?" sambungnya lagi. Nashir dan Ellya hanya mengangguk.

"Eh. Kenapa.." Ujar lelaki tua itu  kehairanan apabila urat-urat hitam Fitri mula berubah seperti biasa secara perlahan-lahan.

"Kenapa ni pakcik? Dia dah nak mati ke?" soal Nashir. Lelaki tua itu berdiam. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Tangannya mengeluarkan cahaya hijau dan urat-urat hitam pada badan dan muka Fitri telah hilang sepenuhnya.

"Sangat pelik" Ujar lelaki tua itu setelah selesai. Kepalanya mendongak semata-mata untuk melihat Nashir yang agak tinggi itu. "Kawan kamu sudah sembuh. Bagi dia berehat sebentar, dia akan sihat" sambungnya lagi. Nashir dan Ellya memandang antara satu sama lain.

"Panah itu bukan panah racun. Panah itu biasa digunakan untuk orang berburu. Kesannya tidak lama keatas manusia." Sambung lelaki tua itu lagi.

Nashir dan Ellya tersenyum. "Jadi, kawan kami tak apa apa lah?" Tanya mereka dan lelaki tua itu mengangguk.

"Terima Kasih!" ucap mereka serentak.

"Sama-sama. Berehatlah untuk beberapa hari disini. Kamu semua mesti penat" kata lelaki tua itu sebelum keluar dari bilik tersebut.

HUSH BUM BOOM

Hujan terus turun dan kilat terus sabung menyabung. Fitri masih lagi tidak sedarkan diri. Ellya tertidur sambil duduk di atas kerusi di sebelah Fitri manakala Nashir pula tertidur di kerusi berdekatan tingkap. Penat agaknya.

Situasi Putera dan Aina:

"Longtime no see anakku" ujar seorang perempuan cantik kepada Putera sambil tersenyum. Aina terlopong. Mungkin terkejut melihat kecantikkan wanita dihadapannya.

"Eh, acah speaking pulak! Hello? Engkau siapa hah? Nak panggil aku anak?" Ujar Putera sambil menggerak-gerakkan tangan sebelum mencekak pinggangnya. Aina terlopong sekali lagi melihat ulah Putera dihadapannya.

Ini kali pertama dia melihat Putera bersikap seperti itu. Ini sangat mengejutkan ujar Aina dalam hati. Ah, sudah pasti.

"Haha.." wanita atau lebih dikenali Black Queen ketawa. Kemudian dia senyap dan menatap Putera dihadapannya.

"Anakanda, kalau anakanda bagi kunci itu kepada bunda.. semua ini akan berakhir" Ujar Black Queen dengan suara yang sangat lembut. Jika kalian mendengarnya sudah pasti kalian akan terbuai-buai mendengar suara itu.

"Tidak! Aku takkan bagi! Engkau dah cuba musnahkan Fairyland. Engkau tak nampak?!" Gertak Putera. Putera seolah-olah tidak dapat membuat dirinya tenang. Kehadiran wanita cantik itu membuatkan marah dan hilang ketenangan.

Aina memegang bahu Putera

"Tenang Putera. Jangan bazirkan air liur kau. Tidakkah kau tahu air liur kau berharga..." Kata Aina. Black Queen memandang Aina dengan pandangan yang sungguh "bright"

"Oh!" Katanya.

"Mizu? Ah! Air... Jadi engkau pahlawan yang kawal air. Ah, seronoknya. Hahahahah!" Kata Black Queen.

"(-_-) Engko dah kenape. Heh, aku tampo gak muka cantik engko tu baru engko tau langit tinggi ke rendah" kata Aina dalam hati sambil memandang Black Queen yang entah apa apa perangai itu.

Black Queen mula mendekati Aina. Aina pula hanya berdiri dan memandang Black Queen yang semakin mendekat.

"Tidak hairan wajahmu seperti wajah orang yang selalu ku lihat. Ah, memori berputar kembali. Apa kau masih menyimpan harapan terhadapnya anakku?" Ujar Black Queen. Aina kehairanan. Putera pula cuba membawa Aina menjauh dari Black Queen. Tindakan Putera itu membuatkan Black Queen ketawa.

"Aku melihat dirimu masih lagi menyimpan harapan, anakku. Aku tahu mereka semua dari dunia lain. Lebih baik kau hantar mereka pulang" Ujar Black Queen dengan dingin.

"Tapi terasa bosan bila aku tidak bermain terlebih dahulu dengan mereka. Ah, air lawannya apa ya... Cuba kau rasa ini dulu..." Kata Black Queen dan menghalakan tangannya ke arah Aina. Asap-asap hitam keluar dari tangannya.

Zapp!

Tidak sempat asap hitam tersebut mencapai Aina tiba-tiba kilat menyambar.

"Ah, ada yang menganggu!" Gertak Black Queen. Melihat keadaan Black Queen yang terganggu Aina mengangkat tangannya dan mengarahkan air ke arah Black Queen.

Namun demikian Black Queen bukanlah calang-calang. Dia tahu akan niat Aina dan memecahkan arah air kepada dua arah. Setitis air pun tidak ada menyentuh badan Black Queen.

"Ini ke Black Queen. Not bad"

Huuuu

Udara dingin.. kilat..

"Korang okey ke?"

Aina dan Putera menoleh. Mereka berdua tersenyum.

"Aku dah hentikan sihir ni"

Terlihat kelibat Izha muncul, bersama-sama Alien, Nurul dan Hafiz.

Black Queen menepuk tangannya.

"Hahaha.. hebat.. aku telah silap. Mari kita jumpa lagi di lain hari ya. Jaga diri. Hahahaha!"

Hush... Black Queen hilang dalam kepulan asap hitam. Putera dan yang lain juga hanya mampu melihat.

Mereka tahu, Black Queen bukan seorang yang mudah untuk dilawan. Biarpun mereka lebih banyak, tetapi Black Queen lebih kuat kerana sihir yang dimilikinya.

"Punca tentera bernombor tu dah hilang." Ujar Izha. Mereka semua kehairanan.

"Macam mana..." Ujar mereka semua secara serentak.

Senyap...

Beberapa saat selepas itu baru Izha tersedar dan bersuara. Kedengaran Putera juga mengeluh panjang.

"Ini bukan sihir terlarang. Tetapi ini sihir yang mempunyai masa tertentu.." ujar Izha. "Aku rasa Black Queen hanya mahu bermain-main sahaja." Sambungnya lagi.

"Ya" balas Putera

"Kenapa pula dia nak main-main?" Tanya Nurul pula

"Sebab dia nak lihat siapa kita..." Balas Hafiz.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Adventure in The FairylandWhere stories live. Discover now