Part7: Timur Fairyland

323 32 12
                                    

"Arghhhh! Banyaknya nyamuk!" Adu Nurul. Dia seakan akan mahu meletup disitu akibat nyamuk yang banyak sangat mengigit kulitnya.

Ellya merasa kasihan melihat Nurul memberi cadangan kepada Nurul.

"Eh, apakata kau bekukan diri kau. Mungkin nyamuk tu akan beku" cadang Ellya. Walaupun, cadanganya tak logik akan tetapi, masih menepati keadaan.

"Kau... yelah.. kenapa aku tak terfikir pun pasal tu..?" Tanpa melengahkan masa lagi, Nurul terus menbekukan dirinya. Asap asap sejuk mula keluar menyelubungi seluruh badannya. Ellya hanya memandang dan terus berjalan kedepan.

Kini dunia Nurul sudah aman kerana nyamuk itu tidak berani lagi mendekatinya. Mana-mana nyamuk yang berani berbuat sedemikian, nescaya, nyamuk itu akan beku.

Mereka meneruskannya perjalanan sehingga menjumpai sebuah rumah agam yang agak usang. Walaupun usang, rumah agam tersebut masih lagi dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan yang berwarna warni lagi berbau harum.

"Ini ke selatan Fairyland?" Soal Ellya. Nurul mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Selepas kita redah hutan banyak nyamuk tu...rumah agam ni yang kita jumpa.. mungkin rumah ini kot." Ujar Nurul.

"Ok. Jom masuk" pelawa Ellya lalu, mereka berdua pun masuk tanpa memikirkan risikonya. (Disini, beta ingin mengatakan...dua manusia ini sangat berani. Beta tabik xD)

Setelah masuk, mereka berdua memasuk pertengahan rumah itu. Terlihat sebuah kolam renang dan airnya berwarna agak keruh. Tepi-tepinya penuh dengan tumbuhan yang melilit. Lantai lantai, kelihatan agak retak juga.

"Swimming pool dalam rumah. Amazing" ujar Ellya.

"Rumah ni macam tempat tinggal raksasa pemakan sayur je" kata Nurul.

"Baguslah tu, pemakan sayur maksudnya..dia sihat" kata Ellya.

Tiba tiba bunyi tapak kaki orang entah dari mana membuat Ellya dan Nurul berhenti melangkah dan memandang belakang.

Dari jauh terlihat sesuatu yang sangat terang dan pantas bergerak. Puas sudah dua manusia itu memerhati...

"Apa benda tu?" Soal Nurul.

"Entah?" Jawab Ellya.

Satu cahaya terang cepat menuju ke arah mereka.

"Oh maigadd!! Nurul elak!" Jerit Ellya. Nurul pun cepat mengelak.

"Benda tu.. kilat?" Kata Nurul dengan terkejut. Ellya pun turut terkejut. Macam mana kilat boleh ada dalam rumah agam?

"Macam mana... ?"

---

Timur Fairyland:

Nashir masih lagi ingi mengetahui siapakah manusia yang berkelubung dan membawa bakul itu.

"Hoi, cepatlah bagitahu sapa kau!" Tempik Nashir. Entah kenapa dia suka sangat menjerit hari ini_(._.)_

"Aih, biar betul kau.. takkan kau tak kenal aku" kata manusia yang berkelubung itu.

"Macam mana aku nak kenal kalau kau tak bagitahu" bidas Nashir.

"Okay, aku bagi clue eh. Aku ni Ahli Sihir tau." Kata manusia berkelubung itu. Nashir cuba meneka.

"Takkanlah kau ni.. Harry Potter? Wow.. betulkah kau ni Harry Potter?" Kata Nashir.

"Eeeeei, bila masa Harry Potter boleh masuk dalam tajuk ni. Eish, aku ni Izha lah!" Kata Manusia berkelubung itu lalu menunjukan mukanya.

"Lah, Izha rupanya. Aku ingatkan Harry Potter je tadi. Huhuhu. Aku harapkan Harry Potter je tadi(ಥ_ಥ)" ujar Nashir.

"Yupp. Aku Izha"

"Ye Iz--. Eh, jap! Macam mana kau boleh datang sini?! Dunia Fairyland?! Dan jadi ahli sihir?! Macam mana?!" Soal Nashir dengan terkejut sekali.

"Eh, ingatkan kau dah tahu. Aina tak bagitahu ke?" Soal Izha pula.

"-_- Aina?" Soal Nashir.

---
Utara Fairyland:

Aina dan Fitri masih lagi berada didalam pokok gergasi di tengah tasik itu.

"Apa yang ada dalam pokok tu?" Soal Fitri.

"Okay. Biar aku ceritakan, tiga malam yang lalu.. aku perhati pokok ni ada aura-aura untuk selamatkan Fairyland ni. Dan aku pasti.. yang manusia yang dah tarik kita ke dunia Fairyland ni tinggal kat sini" terang Aina. Fitri cuma mendengar sahaja tanpa mempedulikan apa yang dibebelkan oleh Aina.

"O" itu sahaja yang dibalas oleh Fitri.

Tanpa disedari, pokok tempat mereka berdua berada sekarang bergegar dan air mula memasuki pokok itu. Aina dan Fitri berasa risau.

"Aduh, air masuk.. habislah" ujar Fitri. Aina mengeleng.

"baik kau terbang. Biar aku je yang tinggal kat sini" kata Aina.

"Heh. Macam mana kau nak tinggal sini? Nanti kau lemas?" Soal Fitri. Aina senyum.

"Oh please, aku pahlawan air. Aku boleh berada dalam air. Cepatlah terbang." Kata Aina. Fitri mengeleng.

"Takkan dan tak pernah aku nak tinggalkan kau. Kau ingat aku tak tahu ke had kemampuan kau dalam air?" Kata Fitri. Aina tersentap. Ya, Aina ada had kemampuannya di dalam air, jikalau dia berada didalam air tanpa rantai berlambang air, Aina boleh lemas.

"Alah, aku boleh handle semua ni! Cepatlah pergi sebelum air ni lagi naik! Kalau aku tak balik dalam masa 30 minit, datang balik cari aku k!"

Fitri mengerutkan dahinya.

"Oh pleas--"

"Tolong dengar kata aku :) jaga sahabat kita. Tolong jenguk Nashir di Timur Fairyland. Izha ada bersama kita. Dan, mungkin kita akan jumpa Ahli baru dengan kuasa kilat. Ohhh flufff--~~" Kata Aina lalu tengelam di dalam tasik itu. Fitri mengangguk lalu terbang.

"Timur Fairyland"

<TBC>

heyyy.. miss me? ヽ('▽`)/

Hahaha joke joke. Sorry tau buat korang tertunggu〒▽〒

Adventure in The FairylandWhere stories live. Discover now