Part 11: Suku Binasa

134 14 8
                                    

"So korang ada rancangan?" Soal Putera.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Aina menongkat dagunya, Ellya mencuit bahu Nurul, Fitri meneruskan sesi penghabisan aiskrim yang dicurinya dari peti ais Aina, Nashir menyentuh belakang lehernya, Hafiz membuat muka tiada perasaan.

"-_- aku faham maksud itu. kau orang tiada rancangan kan?" soal Putera.

mereka tersengih. Aina memandang Alien.

"Alien? kau ada rancangan?" soalnya terhadap Alien.

"-_-'' dah agak kau akan tanya. Hm sebenarnya.." Alien mengambil alat kawalan jauh dan menekan nekan punat di atasnya. Skrin televisyen terbuka. Terpapar di dalamnya bilangan tentera nombor yang tak terkira bilangannya.

"...bila nampak tentera sebanyak ni. Aku tiada idea..." ujar Alien itu.

Mereka semua terlopong.

"Biar betik! banyak gila!" kata Ellya

"Memang patut dinamakan tentera bernombor..hmm" ujar Nashir

"Aku rasa........" kata kata Fitri terhenti lalu menyambung menghabiskan aiskrimnya.

Tuan Putera memetik jarinya.

"Aku tahu.. Ini mesti sebab tentera tu diklon kan melalui sihir Permaisuri Hitam!" Ujarnya dengan muka yang serius.

"Huuu.. Main sihir juga Permaisuri Ketam tuu.." bicara Hafiz dengan muka menyampah.

"Biasala inikan Fairyland.." Kata Izha sambil bermain bakul bunga.

"Tapi, Tuanku tahu guna sihir juga kan??" soal Aina kepada Tuan Putera. Putera memandangnya sambil mengangkat kening.

"Aku tak pandai guna sihir dan ayah aku larang aku guna sihir heheh" terang Tuan Putera.

"Takpa...kita ada seorang ahli sihir dekat sini hehehehh" kata Fitri sambil menjeling Izha. Mereka semua mula mempamerkan sengihan yang berniat jahat berpadu.

"ohyeh.. Benar sekali kan?" ujar Ellya sambil menepuk bahu Izha.

"Kalau macam tu.. Tugas kita nak sekat tentera lemah ni senang hahaha" ujar Alien pula

"Izha kau pandaikan macam mana nak sekat pengeluaran tentera nombor kan?" soal Aina. Izha mengangguk.

"serahkan kat aku.. Semua ni kacang.. Asalkan Black Queen tak guna sihir terlarang nak hasilkan klon tu" kata Izha sambil memandang skrin yang memaparkan keadaan di luar Istana Kaca.

TUNG!!! TONGG!! BOOM!!

Istana Kaca mula bergegar.

"Tuanku!!!!" pengawal masih lagi memekik.

"shh diamlah! Aktifkan pendinding Istana" arah Aina sambil menenggelamkan Istana Kaca miliknya sebelum hancur dibinasakan oleh tentera nombor.

"Sudah Tuanku.. Tapi, tentera itu berjaya memecahkan pendinding.." kata pengawal itu lagi.

"Apa?! Tak mungkin.. Mereka klon je kot.. Lagipun pendinding Istana mana boleh dipecahkan!" ujar Aina dengan suara keras.

"Oh...ini tak bagus.." ujar Alien. Izha mula menggeleng.

"Black Queen guna sihir terlarang." ujar Izha.

Kesemua mereka diam. Tak juga takut. Melawan pun tidak.

"hahh..leceh lah Black Queen" kata Nurul sambil menguap.

"Nak lawan susah.. Tak lawan pun susahh" kata Ellya.

"Hmm.. Aku cadangkan kita pun serang juga Istana Black Queen macam mana?" soal Tuan Putera. Hafiz menjelingnya.

"nak mati awal ke apa" Kata Hafiz

CING!! PRAK!!

Istana Kaca Aina mula pecah. Bala tentera mula maju kehadapan.

"Ahh..aku tak dapat tenggelamkan istana ni kalau pecah.. Weyh! Gile ugagagagaga bukan senang nak bina Istana kegemaran aku niiii!" Aina mula bengang.

"Kita. Patut. Guna. Plan. Putera" Ujar Nashir lalu lesap. Fitri mengulingkan matanya keatas.

"tak percaya aku Nashir ikut plan Putera. Rasanya aku akan ikut Nashir" Fitri pula yang lesap dari pandangan.

"Aku pun akan ikut Nashir dan Fitri" Ujar Ellya pula.

BUSH!!!

Asap muncul dan Ellya pula lesap.

"okey.." Aina memandang yang lain. Tuan Putera, Alien, Izha, Nurul dan Hafiz.

"Izha,...kau pergi Istana Black Queen dan musnahkan punca klon tu dicipta. Nurul, Hafiz dan Alien akan bantu kau" arah Aina.

"yea.. Rasanya itu yang terbaik" Kata Izha lalu lesap bersama-sama Nurul, Hafiz dan Alien.

"huh.." Aina mengeluh sambil memandang jam. Putera memandang Aina.

"Biar aku teka... Pergi ke Barat Fairyland?" kata Putera. Aina mengangguk dan lesap.

"Budak ni memang tak pernah nak tunggu aku kannnn.." ujar Putera sambil menggelengkan kepala dan lesap.

Suasana ruang tempat mereka berkumpul tadi kini sunyi sepi. Pap! Pap! *anggap ni bunyi org tepuk tgn*

----------------

Peluh mula menitis di dahi Nashir. Sudah hampir dua jam mereka melawan tentera nombor. Tetapi, bilangan tentera nombor tetap sama. Malah, makin dilawan, makin banyak!

Fitri mula memusingkan tanganya dalam bentuk bulatan dan Tornado mula tercipta. Ellya pula mengeluarkan api dari tanah. Nashir pula membelit tentera dengan akar pokok yang berduri yang muncul dari setiap sudut.

Mereka terlihat seperti Pahlawan yang berpengalaman walaupun hakikatnya mereka cuma remaja yang matang sikit je kot.

Jika mahu digambarkan dengan minda, luar Istana Kaca itu kelihatan sangat hancur. Nasib baik Istana Kaca itu masih megah berdiri dengan adanya pendinding yang terakhir.

Tandus.

----------------------
To be continued

Adventure in The FairylandWhere stories live. Discover now