10|Lari atau Mati

Start from the beginning
                                    

"Hello Mrs Kay, it's me Peter."

"Oh my God! Please tell me you're fine Peter?"

"I'm fine Mrs Kay. Is my Mom with you? May I talk to him?"

Mrs Kay terdiam disebalik panggilan itu. Kebimbanganku semakin bertambah.

"Cassandra is not here. She we--. They go to--" Panggilan terputus.

Aku cuba melakukan panggilan kedua namun tidak bersambung.

Bang! Bunyi hentakan kuat dan jerit pekik dapat kami dengar. Kami semua terdiam dan kaku. Annie menunjuk ke arah pintu kecemasan berhampiran pantri.

Dengan pantas, kami bergerak ke arah pintu itu. Belum sempat tangan Kris mencapai tombol pintu itu, pintu pejabat dilanggar kuat dan dipecahkan.

"Run! Run!" Jeritku.

Langkah seribu diatur menuruni tangga di balik pintu kecemasan itu. Kami tiba di kawasan parking pejabat dan kereta van Ford F5550 berlambangkan Exivian Orders Corp berhenti dihadapan kami.

"Masuk!" Arah Aiman daripada tempat duduk pemandu van tersebut.

Usai kami mengambil tempat duduk, van tersebut memecut keluar daripada perkarangan pejabat.

" Exivian Orders Corp pun ada armoured mini bus ke? Ingatkan armoured SUV je ada." Kata Danish sambil melihat persekitaran dalaman van itu.

"Mereka tu bukan ada armoured vehicles je. Never underestimate Exivian Orders Corp. Hospital, makmal kajian, gudang senjata and also their own military units." Penjelasan daripada Kris cukup membuatkan aku semakin berhati-hati dengan syarikat besar itu.

Saat aku berpaling untuk memeriksaan Esme, aku melihat Ana sedang tidur di bahu kakaknya selang beberapa tempat duduk daripadaku.

"She's unconscious. Kami terpaksa tidurkan dia or else susah nak control dia." Bicara Sarjan Khairyl.

"Is something happened?"

"Her blood dropped. Saya rasa awak dah tahukan yang dia merupakan bahan kajian Exivian Orders Corp. They took her blood to turn it into a cure. That's what AE16." Jelas sarjan muda itu lebih lanjut.

"So basically they just drained her?! Macam vampire tu!" Izzara mencelah setelah hampir beberapa jam aku tidak mendengarnya bersuara.

"Kau orang, abang nak bagitahu. Kami takkan bawa kau orang pergi kat pusat pemindahan tu." Aiman bersuara daripada tempat duduk pemandu.

Reyna dan rakan-rakannya yang lain terkejut. Mereka saling berpandangan. "But why?"

"Kau orang takkan selamat kat sana." Balas Annie.

"Sekarang ni aku rasa semua tempat memang tak selamat pun."

"Kami tahu. Dan ini juga untuk family kau orang. Since you guys dah bersama dengan kami, Exivian Orders Corp yakin yang kamu akan tahu rahsia mereka and mereka akan buat apa saja untuk tutup mulut kau orang. Abang tahu kau orang memang banyak tengok movie so you guys know what I mean."

Baru sahaja Werdi hendak bersuara, brek mati ditekan secara mengejut menyebabkan kami terhumban ke hadapan.

Tanganku pantas refleks menahan daripada diriku terhumban ke bangku hadapan. Saatku mengangkat kepala memandang ke hadapan, beberapa Infected menghalang jalan kami.

Ada antara mereka yang memakai seragam sekolah, uniform pejabat serta pakaian kasual. Luka-luka memenuhi badan mereka. Air liur bercampur darah meleleh keluar daripada mulut. Anak mata kelihatan tidak keruan. Aku melihat sekeliling, bangunan pejabat, rumah kedai serta kereta-kereta berlanggaran antara satu sama lain. Terdapat juga masih survivors yang berusaha menyelamatkan diri. Kami di tengah-tengah kekecohan Bandar Kota Kinabalu.

Infected-infected dihadapan kami mula mendekati mini bas kami. Semua panik.

"We're gonna die!"

"Don't let them in! Kunci bas ni!"

"Mereka akan makan kita!!!"

"We need to get out"

"Kita mesti lari! Takkan nak mati kat sini!"

Aku terasa kepalaku berat. Pandanganku berpinar. Tangan aku angkat ke kepala. Seperti ribuan jarum tiba-tiba muncul dan menusuk. Jemariku terasa sejuk dan kebas. Aku dapat merasakan sepasang tangan Esme memegang bahuku dan bertanyakan keadaanku dengan nada risau. Suara-suara itu semakin kuat di telingaku dan semakin menyesakkan.

"Just shut up and hit the damn gas! We need to run or die here!" Jerit Kris sekaligus mematikan suara-suara panik.

Aiman menekan gas, dengan itu kereta meluncur laju ke arah infected-infected itu.

Mereka tidak lari menyelamatkan diri malah bertambah lari ke hadapan. Bunyi besi kereta bertembung badan manusia cukup mengerikan. Reyna dan Izzara saling berpelukan sambil menjerit.

Beberapa infected sempat menyangkut pada bumbung kereta serta di sekeliling kereta. Cermin kereta dikotori oleh darah infected yang terpalit.

Aku menundukkan kepala sehingga di antara kedua lututku. Kepalaku seakan-akan membunuhku.

Setelah beberapa minit memecut berusaha untuk melarikan diri daripada infected yang masih mengejar, Aiman memperlahankan sedikit larian kereta.

"Man, hit the break!" Arah Sarjan Khairyl.

Aiman menurut. Brek ditekan secara mengejut. Kereta berhenti di tengah-tengah persimpangan cross. Satu infected yang masih menyangkut di atas bumbung terhumban ke hadapan. Tubuhnya terseret beberapa meter daripada kereta dan tidak bergerak lagi.

Pelajar-pelajar SM Franxx bersorak manakala Sarjan Khairyl menepuk bahu Aiman yang tertawa. Kris melepaskan nafas lega, begitu juga dengan Esme.

Aku turut berasa lega, mata aku tutup dan kepala aku sandarkan pada tingkap kereta.

Saat itu aku melihat sebuah lori truck daripada simpang bertentangan menuju ke arah kami, hanya beberapa meter daripada kereta kami. Aku tidak sempat memberi amaran.

Tubuhku terasa terlambung ke udara. Serpihan-serpihan kaca berterbangan, ada yang hinggap pada wajahku. Impak hentak sangat kuat membuatkan kedua-dua telingaku berdesing kuat. Aku memejamkan mataku rapat. Menanti nasib seterusnya.

Kereta berhenti berguling-guling di atas tar panas dengan keadaan terbalik. Bau minyak dan asap dapat aku hidu.

Aku memaksa mataku buka apabila aku mendengar seseorang mungkin beberapa orang menghampiri kami. Dengan pandangan berpinar juga samar-samar, aku dapat melihat beberapa orang memasukkan sesuatu me dalam SUV hitam dan bergerak pergi.

Exivian Orders Corp.

Aku juga dapat mendengar beberapa jerit pekik infected yang kedengaran cukup dekat. Aku hanya sempat mencapai tangan Esme yang kini pengsan sebelum duniaku gelap.

»Abolition« [ERROR#2]Where stories live. Discover now