18: Mama dan Papa

94 17 6
                                    

🍁🍁🍁

Kerana tidak mahu memalukan diri sekiranya muncul di hadapan ahli keluarga Toni dengan tubuh yang lencun dek keringat, Ella mengambil inisiatif untuk menaiki kereta Grab sahaja.

Setibanya di hadapan restoran yang cukup dikenali itu, Ella tersenyum senang. "Terima kasih," ucapnya kepada si pemandu wanita yang sentiasa ramah sepanjang perjalanan singkat itu. Wanita itu gigih memperkenalkan beberapa tempat menarik yang katanya wajib dikunjungi sekiranya berada di Sabah.

Ella membuat nota mental untuk nama-nama tempat itu.

Sebaik sahaja keluar dari kereta, pandangan matanya memusat ke arah laut. Indahnya. Lama dia terpegun sebelum hatinya tersentak untuk berpaling ke arah restoran. Hampir dia terlupa akan tujuan asalnya.

Langkah diatur perlahan menuju ke pintu hadapan restoran sebelum terhenti apabila perasan akan susuk tubuh seorang lelaki berdekatannya yang cukup dikenali. Lelaki itu kelihatan baru sahaja keluar dari restoran dan kini berjalan menuju ke arah bertentangan di sisi kanan Ella.

Mulut Ella terbuka untuk memanggil nama lelaki itu. "Abang Trent ...." Dia ingin memanggil dengan nada yakin tetapi bertukar goyah di saat akhir, malah kedengaran seperti bisikan sahaja. Tangan di sisi yang tadinya diangkat lalu dijatuhkan perlahan.

Anak matanya menuruti langkah Trent yang kini memasuki sebuah kereta. Satu keluhan kecil meluncur keluar dari mulutnya.

Dia masih ingat akan perbualannya dengan Trent. Perbualan itu masih berlegaran di benaknya. Kata-kata Trent masih membuahkan tanda tanya. Entah kapan dia bisa merungkainya. Mungkin suatu hari nanti ....

Ah, Xander kata suatu hari nanti. Aku pun kata suatu hari nanti, kata Ella dalam benaknya.

"Indeed, the future holds many surprises," gumamnya sebelum memasuki ruang restoran.

Setelah berurusan di kaunter, Letta mengiringinya ke ruang VIP yang dikhaskan untuk keluarga Toni.

"Assalamualaikum, mama papa." Ella memberi salam yang kemudiannya disambut oleh kedua-dua ibubapa Toni dan juga Toni sendiri.

"Ella! Lama mama tak nampak Ella. Come here, give mama a hug," kata Puan Taminah dengan mesra.

Encik Colton kemudiannya menghulurkan salam kepada Ella. "How have you been holding up Ella?" soalnya dengan nada penuh kasih.

Sebak rasanya Ella apabila mendengar soalan itu. Itulah yang sering disoal oleh Encik Colton di setiap pertemuan mereka. Encik Colton tahu dia tidak memiliki sesiapa lagi kecuali nenek dan keluarga pak ciknya di AS.

Neneknya atau lebih mesra dipanggil Nana sahaja adalah seorang wanita yang lembut dan berhati baik. Tetapi dia tidak boleh katakan hal yang sama apabila melibatkan pak ciknya, Uncle Daus.

Uncle Daus tidak pernah sukakannya sejak hari pertama dia menjejakkan kaki ke rumah mereka di AS. Kehadirannya yang dibawa oleh Aunty Kayla menyebabkan Uncle Daus dan keluarganya sanggup berpindah rumah dan membiarkan Nana seorang diri menjaganya.

Nana sangat sayang dan protektif akan Ella. Katanya Ella tidak bersalah dilahirkan dalam keluarga mereka. Uncle Daus tetap tidak suka akan layanan baik Nana kepada Ella. Kerana itulah hubungan Uncle Daus dan Nana bertambah renggang.

Hal itu membuatkan Ella merasakan dirinya adalah punca kepada perpecahan keluarganya. Lantas, Ella mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah Nana sebaik dia mendapat tawaran kolej.

Sempat dia merayu kepada Uncle Daus untuk tinggal semula bersama Nana. Dia sayangkan Nana. Kasihan sekiranya Nana tidak berteman. Uncle Daus bersetuju dan dengan baik hatinya, dia mengugut Ella agar tidak lagi menjejakkan kaki di rumah itu.

Nota Cinta Untuk CintaWhere stories live. Discover now