"Sayang tengok apa?" Arfan buat-buat tanya. Matanya melilau mencari sesuatu.

"Abang cari apa?"

"Ha dah jumpa!" Alat kawalan jauh tv diambil dan siaran ditukar ke siaran HBO.

"Abang! Kasi balik lah!" Humaira berlari membontoti langkah Arfan yang kini sudah berada di luar rumah.

"Abang!" Sambil berlari, sambil dia menjerit memanggil Arfan sehinggalah dia berhenti betul-betul dibelakang Arfan.

"Siapa punya kereta ni Abang? Ada tetamu ke?"

"Entahlah. Cuba pergi tengok." Arfan buat muka kerut-kerut. Kereta siapa ni?

Pintu kereta itu cuba dibuka Humaira.

"Eh? Tak kunci lah. Kita tengah menceroboh ke ni? " Humaira berpandangan dengan Arfan.

"Masuk je lah. Cuba cari maklumat dalam kereta tu. Ha tengok dashboard tu." Arah Arfan.

Dashboard dibuka. Ada sekeping surat. Eh?

*HUMAIRA SAYANG* itu yang tertulis di sampul surat itu. Humaira dah tau siapa. Muka Arfan dipandang.

"Ta daaa!" Segugus kunci ditayangkan ke muka Humaira.

"Abang ni! Suka buat macam ni." Humaira terharu.

Surat putih itu dibuka.

*Nor Alisya Humaira binti Mohd Izham. Ini hadiah dari abang untuk segala jasa baik sayang pada abang. Untuk segala pengorbanan sayang pada abang dan family. Sanggup hidup dengan orang jahat macam abang. Ini hadiah yang abang nak kasi setelah sayang korbankan nyawa sayang untuk wujudkan satu lagi nyawa abang didunia. Muhammad Dhafi Harraz. Anak kita...

Love you, Humaira.
Dari Darren Arfan yang kacak. (Bentuk hati)*

"Alahai abang ni. Bersemut!"

"Eh mestilah abang ni manis. Manis dengan sayang je. Takde orang lain. Suka tak? Ha siap ada car seat lagi. Comel kan?" Ujar Arfan.

Humaira melihat baby car seat di tempat duduk belakang.

"Thanks abang. Suka sangat."

"Kalau suka... kasi hadiah kat abang pula." Arfan menayang sengih. Aduh hensemnya suami Humaira nih.

"Alaa abang ni. Humaira dah la tanam anggur ja. Mana lah nak ada duit." Humaira memuncung. Macam mulut itik!

"Bukan hadiah berupa kebendaan sayang. Nak ni je." Arfan menunjukkan ke arah bibirnya. Lama dia tak dapat kiss ni hahahahah.

"Gatallah abang ni. Ye lah."

Chup!

Ciuman dari Humaira sekilas.

"Mana cukup."

"Ishhh. Seganlah orang tengok."

"Mana ada orang lain pun."

Humaira memerhati sekeliling. Memang takda orang. Hihihi.

Chup! Sekilas lagi.

Arfan tak puas hati terus muka isterinya di cium berkali-kali. Segala dahi pipi dan seluruhnya di cium. Humaira hanya mengekek ketawa kerana terlalu geli.

TUAN KING✔️ [ C ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora