Bab 8🥀

42.4K 1.4K 26
                                    

Arfan's POV

"Aku nak bawak Maira jumpak adik dia."

"Weyh, kau seriusla Fan?" Kimi yang sedang berendam bagai badak air dalam kolam renang dihalaman rumah mereka sudah terpancing dengan topik perbualan Arfan.

Arfan hanya mengangguk tanda mengiakan

"Nanti kalau dia lari dari kita macam mana? Pastu orang kampung dia semua tau macam mana? Takpasal-pasal diorang kata kita culik dia." Kimi membangkang sebelum naik ke tebing kolam dan duduk disebelah Arfan.

"Habistu kau nak suruh aku buat apa? Aku dahla tak habis lagi rasa bersalah dekat dia pasal hal semalam. Sekarang dia rindu pulak dengan famili dia. Argh semak aku!" Arfan menyerabutkan rambutnya tanda tidak puas hati dengan pendapatnya sendiri.

Kimi yang melihat Arfan juga jadi serabut. Hmm. Seketika kemudian,dia terpandangkan dua orang anak buah Arfan yang lain. Mereka nampaknya sedang lawan berenang. Macam macam gaya ada. Kuak lentang, kuak kupu kupu semuaa adaa. Perangai macam apa lagi 😑

"Woi Aniq, Sam. Sini kejap" Kimi menggamit mereka berdua.

"Laaa, apasal? Ishh aku nak menang dah tadii" Aniq berkerut dahi manakala Sam hanya buat taktahu, dia menghabiskan satu pusingan renang tersebut.

"Sinii laa, ehhh banyak mulut kau ni Aniq kan. Sam tuuu datang laa sini. Pekak ke?" Kimi mula bercekak pinggang gaya mak mak panggil anak yang ketegar taknak ikut cakap.

"Ish, semak laa kau ni Kimi. Suara nyaring macam tercekik mic" Sam berkata meluat tapi langkahnya tetap ditala ke arah sisi kolam yang sedang diduduki bosnya dan Kimi. Aniq hanya berenang dari belakang.

"Ape?" Sam dan Aniq bertanya serentak apabila tiba dihadapan Arfan dan Kimi.

"Pasal Maira. Dia nak jumpa adik dia sekarang. Well aku pernah cerita kat korang kan pasal apa jadi dekat dia dengan family dia? Walaupun kita taktau kisah penuh dia." Kimi berkata.

Arfan hanya mendengar.

Selepas Arfan cerita kat Kimi pasal Maira masa dekat pejabat haritu, terus kimi mulut kepochi ni bergosip dekat satu isi rumah agam diorang. Tak hairanlaa semua orang tau pasal siapa Maira sekarang. Takpalah, lagi senang nak buat kerja.

"Apa kena mengena dengan kitorang?" Aniq bertanya.

"Aku nak bawak Maira jumpa adik dia." Arfan yang dari tadi mengelamun pula menjawab.

"Nak bawak jumpa je? Kalau dia taknak balik sini dah? Bos nak biarkan je ke? Habis nanti kalau kumpulan Feux dari F Club cari dia balik." Aniq bertanya panjang lebar.

"Ha ah kan Fan. So sekarang ni bila pikir balik...aku ada satu plan ni! Tapi korang berdua kena ikut aku. On?" Bagai ada mentol kecil sedang menyala diatas kepala Kimi, dia dengan senangnya mendapat idea!

"Ape?" Tiga manusia lain bertanya tentang idea Kimi itu. Kadang kadang idea Kimi boleh pakai ,kadang kadang hmmmm.

"Okey macam ni......"

*****

10. 30 p.m, Pulau Pinang.

Di sebuah kedai makan yang sudah tiba ke waktu kemuncak perniagaan, seorang remaja sedang menyelesaikan tugasnya membuang sampah di belakang kedai.

"Aqif, kitorang balik dulu ya? Balik cepat sikit, nak hujan ni." Seorang lagi pekerja dari kedai makan itu menyapa Aqif yang sedang bergegas ke dapur untuk membuang beg sampah terakhir pada malam itu.

"Okey, bawak moto elok elok" Aqif berpesan dari belakang dapur.

Apabila dia selesai membuang sampah, dia mengambil hoodienya dari loker pekerja di belakang dan bergegas untuk pulang.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now