Bab 2🥀

47.8K 1.8K 49
                                    

"Tuan Darren! Kitorang dah dapat detect location kumpulan Dragon. Tengok ni."

Darren Arfan melihat titik merah yang berkelip- kelip di skrin macbook itu.

"Ok good, now all of you get ready. Kita gerak pukul 11 malam ni. Go!" Arfan memberikan arahan kepada anak buahnya.

Dia tak perlu cakap banyak sebab anak buahnya semua bijak-bijak belaka. Kalau tak bijak, takdak maknanya nak bekerja di bawah Darren Arfan!

Selepas menghabiskan ayat terakhir untuk draft kertas kerja pejabat, Arfan terus berlalu ke biliknya. Nak mandi. Nak tukar baju. Nak pergi balas dendam!

*****

11.42 pm, markas Dragon.

"4 orang di tingkat satu,2 ke bahagian Utara, 2 lagi ke Selatan tingkat satu. 3 orang lagi ikut aku ke tingkat 2. 2 ke Utara, sorang ikut aku ke Selatan. 3 orang lagi jaga bahagian luar, cover kitorang. Kalau sesiapa jumpa Bent bagitau aku." Arfan memberi arahan ringkas kepada 10 orang anak buahnya dalam keadaan separuh berbisik.

"Ok now move!" Sekali arah, semua anak buahnya bergerak mengambil posisi masing-masing.

Seorang anak buah Arfan yang berbangsa cina memanjat sebatang pokok yang tingginya hampir menyamai gudang besi di dalam hutan tersebut. Dia menyelesakan dirinya diatas sebatang dahan yang agak besar.

Muncung Sniper Riflenya di halakan ke tingkap atas gudang besar itu. Suasana malam yang sunyi itu membuatkan dia semakin fokus.

Dari skop yang dipasang di badan Rifle tersebut, dia dapat melihat Arfan dan Kimi yang sedang meninjau kawasan musuh itu.

Tret.

Seorang musuh yang berjalan menghampiri tempat Arfan dan Kimi yang sedang menghendap musuh berjaya ditembak dengan sekali cubaan.

Bunyi yang dikeluarkan hanya perlahan kerana muncung Rifle itu telah dipasang alat pencegah bunyi.

"Good Hans." Kimi memuji kawannya yang bernama Hans itu melalui alat komunikasi ditelinga.

"Thanks."

*****

Situasi Arfan didalam gudang.

Arfan dan Kimi menghendap musuh yang nampak khayal didalam bilik luas itu. 10, 12... , 19 orang terdapat didalam bilik itu.

Hanya beberapa kerat yang bekerja menyusun puluhan kotak kayu yang besar.

BANG!

BANG! BANG!

BANG!

Bunyi tembakan dari tingkat satu berjaya menarik perhatian mereka semua yang berada didalam gudang itu.

Nampaknya kehadiran mereka telah diketahui musuh. Lagi senang nak bertindak!

"Cover aku!" Arfan memberitahu Kimi yang berada dibelakangnya sebelum dia menerjah masuk ke dalam bilik itu.

PANG!

Pintu besi yang sedikit terbuka tadi terus ternganga luas akibat ditendang Arfan.

Arfan melepaskan berdas-das tembakan ke batang tubuh pihak musuh. Kimi pun sama. Dia kan nak cover Arfan dari ditembak!

Beberapa saat kemudian, bilik itu mula berbau hanyir. Tubuh-tubuh manusia yang bergelimpangan itu dilangkah satu persatu.

"Bent takde tuan." Suara anak buah Arfan berkata melalui walkie talkie ditelinganya.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now