Bab 10🥀

39.6K 1.4K 70
                                    


"Jom balik budak." Arfan bergerak ke arah Humaira dan Aqif.

Dia kemudian menarik lengan Aqif. Maira yang memegang lengan Aqif juga turut hendak beredar dari situ.

Baru saja kaki hendak melangkah, suara seseorang kedengaran.

"Jadi, girl yang aku jumpa dekat club haritu sebenarnya barang Darren? Heh." Bent tersenyum sinis. Tak sangka yang dunia ini sangat kecil.

"Dia bukan girl aku" Arfan membetulkan persepsi Bent terhadap Maira.

Maira ni bukan perempuan simpanan Arfan dan Maira bukan pelacur okey.

Baru dua langkah berjalan.

"Aku dah bayar untuk khidmat dia haritu. Kalau dia bukan barang kau, jadi bagi akuu!" Selesai berkata Bent terus bertindak menarik lengan Maira.

Maira yang terkejut dengan tindakan Bent, tidak mampu mengelak. Dia kini sudah dibawa Bent.

"Lepaslahh, aku bukan barang orang. Lepasss!" Humaira meronta minta dilepaskan.

Makin kuat dia meronta, makin kejap pegangan Bent membuatkan lengannya berasa sakit. Tulangnya bagai nak patah. Tak berhati perut lelaki ni.

"Selangkah lagi kau mara, kau tau lah nasib kau Bent." Arfan memberi amaran.

Amaran itu berjaya menghentikan langkah Bent.

Sesaat

Dua saat

Bent tersenyum sinis lalu menyambung langkahnya.

Arfan jadi bengang dengan tindakan Bent yang tidak menghiraukan dirinya. Dia bergerak pantas ke arah Bent lalu menarik kolar baju Bent untuk menghadapnya dan tak sampai sesaat...

DUSH!

Satu tumbukan padu hinggap di batang hidung Bent.

Bent jatuh terlentang. Orang ramai yang lalu-lalang berasa takut. Ada juga yang menjerit kerana terkejut.

"Takguna kau Darren! Arghhh!" Bent memegang hidungnya yang bagai nak patah. Berdarah hidung Bent dibuat Arfan.

"Kau jangan cari nahas dengan aku Bent. Aku masih berdendam dengan kau pasal kau rompak kontena aku! Sekali lagi kau dekat dengan barang aku, siap kau!" Arfan memberikan amaran keras.

Setelah itu, Arfan membawa Humaira dan Aqif untuk mengambil barang-barang yang dibeli tadi lalu melangkah ke lif berdekatan.

Mereka turun ke parking lot bawah tanah.

Setibanya mereka ke kereta Arfan. Aqif cepat-cepat memasukkan barang.

Ketika mereka mengangkat beg yang terakhir...

Ting!

Bunyi besi bertemu besi kedengaran.

Nampaknya Bent sengaja mencari masalah. Kali ini tiga orang lelaki bersut hitam sedang memegang batang besi. Salah seorang dari mereka memegang pisau.

"Masuk kereta dan kunci pintu." Arfan memberikan arahan kepada Aqif untuk membawa kakaknya masuk kereta.

"Ambil perempuan tu!" Bent juga bukan orang yang cepat mengalah.

Lagipun, dia takpernah lagi tengok Arfan baik sangat dengan mana-mana perempuan. Sekali dia baik tu mesti ada makna kan?

Selepas mendengar arahan, dua daripada lelaki itu menyerbu Arfan manakala seorang lagi bergerak ke kereta Arfan.

Arfan yang diserang lelaki yang bersenjatakan pisau cuba mengelak serangan. Begitu juga lelaki yang asyik melayangkan palang besi ke tubuh Arfan.

Ketika Arfan sedang bergelut dengan mereka. Bent mengikut lelaki yang sedang mengetuk cermin kereta Arfan.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now