Bab 9🥀

39.3K 1.4K 83
                                    

"Alex, kau dah umpan dia sampai sini ke? Berapa lama lagi?"

"Ya la Bob, dalam 5 minit lagi dia lalu situ. Ingat, dia naik BMW ma. You sama Jo boleh get ready dah. Buat kerja betul-betul! Jangan sampai dia terlepas lagi ma. Chaww!"

Selepas talian dimatikan oleh lelaki cina itu, Bob menyuruh Jo menghidupkan enjin lori ais tersebut.

Kini, mereka sedang menanti masa untuk meneruskam misi.

"Aku dah nampak BMW tu Bob."

"Ha, cepat!"

Setelah mendengar arahan, Jo menekan pedal minyak sekuat hati. Lori itu bergerak laju lalu...

BUM!

*****

Didalam BMW Arfan

"Bak sini, kenapa bukak dashboard? Kau nii sajee laa..." Arfan terleka sesaat, tiba-tiba...

BUM!

Bampar BMW nya dilanggar dari arah sisi tempatnya duduk sekarang. Kereta itu berpusing 180 darjah sebelum melanggar pembahagi jalan.

Beruntung Humaira kerana hanya Arfan yang terkena hentakan kuat manakala dia dan Aqif hanya terhentak pada seat kereta. Huu ingat kawan-kawan, naik kereta pakai seatbelt tau!

Kepala Arfan yang terhentak pada stereng terasa berdengung. Dia memejamkan matanya dan mengurut sedikit kepalanya.

Telinganya berdengung...

Seperti ada suara yang memanggil dirinya...

"Awak." Humaira melepaskan seatbelt lalu menggoncang bahu Arfan.

Sebelum itu, dia sempat melihat keadaan adiknya. Aqif tidak cedera tapi mungkin dia pengsan akibat terhentak tadi.

"Awak, awak! Bangun!" Humaira mencuba lagi.

Arfan menepis tangan Humaira lalu keluar dari perut kereta.

"Tunggu sini." Arfan berpesan.

"Hah? Ya baik." Maira tidak tahu apa-apa tetapi dia hanya mengikut arahan.

Humaira melihat sebuah Honda Civic putih yang mengekori mereka tadi berhenti dihadapan kereta Arfan.

Kemudian, lori yang melanggar mereka tadi turut berhenti diekori oleh sebuah lagi Honda Accord hitam pekat.

Humaira berasa takut apabila dua orang lelaki dari lori ais tadi keluar dan ya dia kenal dua orang itu. Seorang lelaki gempal berkulit gelap dan lelaki keding yang menculik dan menembak ibunya sebulan lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Felix iaitu pemilik F Club bersama dua orang lelaki berjaket hitam yang tidak dikenalinya keluar dari Honda hitam. Lalu diekori oleh Alex yang keluar dari Honda Civic putih.

6 orang kesemuanya, macam mana Arfan nak melawan seorang diri?

*****

Felix keluar dari kereta lalu berjalan dan dia berhenti betul-betul dihadapan Arfan.

Dia memandang Arfan dari atas kebawah. Bagai memandang rendah si Arfan.

Lelaki berkemeja hitam. Curf linknya dilipat paras lengan. Ditangannya terdapat sepucuk pistol Glock 19 yang diambil dari Maira tadi.

"Kau nak apa?" Arfan menyoal sambil tangannya mengacu pistol kearah kepala Felix.

"Hahahahah, you tanya wa nak apa? wa nak ambil balik wa punya barang maa. You sudah curi sama wa. Ini girl, wa punya! Bapak dia manyak hutang sama waa!" Felix berkata kuat sehingga didengari oleh Maira.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now