Bab 16🥀

37.4K 1.4K 63
                                    

'GOT YOU!'

Dia mengangkat kertas putih itu perlahan-lahan keluar dari kotak. Apakah?

Kemudian, dia terperasankan sesuatu... ada benda lain lagi! Dibawah potongan kertas kecil berwarna hitam, Humaira dapat melihat sesuatu yang gebu berwarna putih. Tapi baunya sangat sengit dan busuk!

Walaupun takut, tapi perasaan ingin tahunya melangkaui takutnya. Dia memegang benda gebu itu. Seperti tangan sebuah teddy bear yang kecil comel.

Dia mengeluarkan perlahan-lahan teddy bear mini itu, sedikit-demi- sedikit dia dapat melihat keadaan teddy bear itu yang terkoyak sana sini dan yang paling gerun sekali ialah ianya dipenuhi darah! Patutlah baunya busuk semacam! Tah berapa lama darah itu terperap didalam ni. Tapi darah apa? Siapa? Kenapa ia dihantar ke sini?

"Humaira!" Arfan yang datang ke bilik terkejut melihat Humaira yang terketar-ketar memegang 'hadiahnya' itu. Mukanya memerah menandakan yang dia takut. Bagitahu saya siapa ja yang tak takut kalau dapat hadiah wedding macam ni?

"Arfan...ni..." Belum sempat Humaira menghabiskan ayatnya, Arfan sudah datang merampas kotak serta teddy bear tersebut. Dia membawa Humaira yang masih terkejut itu ke bilik air untuk membasuh tangan yang dipenuhi darah itu.

Perlahan-lahan tangan Humaira dicuci menggunakan sabun bagi menghilangkan bau darah yang tersisa. Kesian Humaira kerana terjebak dalam keluarga tersebut.

Humaira tidak berkata apa selain dari memandang ke arah lelaki yang selama ini menjadi pelindungnya. Memang pada mulanya dia benci dengan lelaki itu kerana asyik nak menderanya tapi lama-kelamaan, dia dapat melihat sisi baik lelaki itu.

Apabila Arfan memanggungkan kepalanya, dia dapat melihat Humaira yang tersenyum nipis ke arahnya.

"Kenapa?" Arfan bersuara.

"Kenapa awak ajak saya kahwin?" Humaira bertanya.

Terpana Arfan sebentar dengan soalan itu. Akhirnya Humaira tanya...

Dia berfikir sejenak sebelum menjawab.

"Ehmm, saja... suka-suka."

"Mana boleh macam tu. Kita dah kahwin pun. Awak ingat benda ni main-main?!" Humaira dah angin dengan jawapan Arfan. Tambahan pula Maira tengah datang bulan kan, memang saja cari pasal lah kacau otak orang tengah datang bulan ni.

"Ish, kan aku dah cakap sebelum kahwin haritu? Kalau kita halal, senanglah aku nak jaga kau."

"Takkan sebab tu ja. Kalau Bent tak kacau saya dah macam mana? Awak nak lepaskan saya? Macam tu?" Tak tahu lah kenapa, tapi Humaira rasa terkilan dengan jawapan Arfan. Takda langsung cinta kah disebalik tirai perkahwinan ini?

"Humaira...jangan la macam ni." Arfan sudah lemah melihat air mata Humaira yang bergenang di tubir mata.

"Apesal senang sangat kau menangis ni? Dulu kan kau kuat memberontak? Ganas? Kasar? Jangan lah macam ni..." Pujuk Arfan lagi.

Namun, air mata Humaira tetap juga brgenang. Cuma tak tumpah lagi.

"Humaira... kau ingat tak dulu aku ada cakap yang takda sape boleh sentuh barang yang aku dah sentuh. Kau ingat kan?" Arfan bertanya lembut. Lembut sangat...

Humaira mengangguk sekali.

"Jadi..." Arfan tersengih kecil lalu melangkah ke arah Humaira.

"Awak nak buat apa?" Humaira dah terbuntang mata apabila tangan Arfan menolaknya ke dinding bilik air tersebut.

Arfan tidak bersuara malah bertindak memegang kedua belah pipi Humaira.

"Stay still." Arfan berbisik.

TUAN KING✔️ [ C ]Where stories live. Discover now