"Aduh! Sakitlah Aria! "

" Eh maaf encik... Efzan?! Kau buat apa dekat sini ha?! " Patutnya aku hempuk kuat-kuat tadi. Menyesal aku berhenti. But wait, mana dia tahu aku dekat sini?

" Aku nak hak aku sebagai ayah dia. " kata-kata Efzan buat aku hampir tak bernafas. Kenapa kena ambil Elvin? Elvin tu nyawa aku!

" Tak semudah tu Efzan. Elvin hak aku. Aku mama dia. Kau siapa nak amik dia dari aku?! " aku bawa Elvin ke belakang aku. Aku tak nak dia tengok muka aku tengah marah. Aku risau Elvin takut dengan aku .

" Mudah Aria. Kahwin dengan aku. Jadi isteri aku balik. Kau dan Ariefz takkan berpisah. Mudah kan? " suara dingin dia buat aku gerun. Tapi sikit lah.

Well, Aria dah kental bro. Kau tu je bila nak kental.

" Tak. Aku takkan jadi isteri kau lagi. Dengar Efzan, peluang kedua aku terlalu mahal untuk orang macam kau. Elvin hanya layak untuk dapat papa baru. " aku menutup pintu bilik dengan kuat. Takdelah kuat mana sampaikan Elvin terkejut. Aku mengurut dada. Aku patut balik Italy harini juga.

" Mama, betul ke dia papa Evin? "  Soalan ni buat aku lemah.

" Iya sayang. Dia papa Elvin. "  aku terpaksa. Aku tahu satu hari nanti Elvin akan tahu. Dan waktu itu mungkin Elvin akan memberontak. Aku tak mahu semua itu terjadi.

" Kenapa papa tak tinggal dengan kita? Papa tak sayang Evin ke mama? "

" Papa sayang Elvin. Cuma papa sibuk sikit sayang. Dah jom kita siap okey? "

Disebalik pintu bilik itu Efzan mencuri dengar. Air mata jatuh menitik. Perasaan serba salah mula hadir. Ya selama ini dia buta mana berlian dan mana kaca. Perasaan cinta dan sayang pada Aria masih ada cuma kian menipis apabila dia mengenal Kim Sora. Gold Digger yang  membuatkan hidupnya musnah.

Berita tentang kehamilan Aria sudah diketahuinya sebulan selepas dia menceraikan Aria. Itu pun kerana Iryan dan Aryan menyergahnya semasa di rumah Violence. Habis mukanya ditumbuk dan dibelasah oleh kembar itu . Sudah puas dia pujuk dan merayu pada kembar itu supaya memberi tahu dimana keberadaan Aria.

Flashback

" Efzan Naufal! Keluar  kau sekarang!" Jerit Iryan dari luar rumah Violence. Nasiblah ahli Violence yang lain ada shooting dan dia hanya berehat di rumah.

" Kau nak apa datang sini? " Soalnya saat keluar dari  rumah. Tidak semena-mena pipinya ditumbuk kuat oleh Aryan. Wah Aryan, bila pergi gym?

" Kau kenapa tiba-tiba tumbuk aku?! " sifat dinginya mula hadir menguasai diri.

" Kenapa kau ceraikan adik aku masa dia mengandung ha setan?! Kau tahu tak dia tu sayangkan kau! Sebab kau adik aku hilang! Kau ni binatang ke apa ha?! " amarahnya menguasai diri. Iryan cuba menahan Aryan dari menumbuk Efzan sekali lagi.

" Ari..Aria mengandung? " tubuhnya kaku. Dia mengandung anak aku? Omelnya di dalam hati.

" Kau memang bodoh! "

" Dah Aryan, jom kita pergi. Tengok muka dia buat sakit hati. " Iryan menarik badan Aryan. Dia tahu pergaduhan takkan dapat putarkan masa. Memang dia marah dengan sikap Efzan. Tapi Efzan boleh ke bawak balik Aria?

" Aria....dia dekat mana? " Efzan cuba menahan kembar itu dari pergi. Perasaannya semakin dihimpit dengan rasa bersalah. Aku tak patut ceraikan dia! Zuriat aku. 

" Buat apa kau nak tahu ha?! Nak sakitkan hati dia lagi? " Aryan masih lagi dikuasai oleh barannya. Dia sendiri tak sanggup nak sakitkan Aria tetapi lelaki di hadapannya ini dengan mudah menyakitkan adik kesayanganya yang  dijaga dengan baik  .

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now