Bab 73

3K 178 93
                                    

Aria telah sampai di Italy beberapa jam yang lalu. Pemandangan Italy yang indah membuatkan hatinya berasa sedikit tenang dan hampir membuatkan dia melupakan masalah yang dihadapi.

Aria melihat tawaran kerja yang dia dapat kelmarin. Pada mulanya dia sememangnya mahu menolak kerana dia telah bekerja sebagai seorang Idol. Tetapi apabila masalah ini berlaku, dia menerima tawaran ini dengan senang hati. Dia akan bekerja sebagai seorang chef di restaurant halal disini. Tawaran ini pun dia dapat kerana vlog yang disiarkan di laman Youtube miliknya.

Aria pergi ke restaurant yang dinyatakan. Aria tergamam apabila melihat sebuah restaurant yang megah dihadapannya. Amboi, besar betul. Agak-agak berapalah gajinya jika dia diterima bekerja disini. Aria mengusap perutnya yang masih belum menampakkan bentuk.

Air matanya kembali mengalir. Its okey, Aria. Kau kena kuat demi anak yang masih belum lahir. Di sini, dia hanya ada anaknya serta Allah saja. Aria mengesap air mata dengan hujung tudung. Dia telah membuat keputusan untuk meninggalkan segalanya di Korea dan memulakan hidup yang baru.

" Baby, duduk dalam perut mama elok-elok tau. Jangan nakal-nakal ya sayang? Mama sayang baby. "

Aria masuk ke dalam restaurant. Mata-mata memandang ke arahnya. Aik, ni dah kenapa ni? Kenapa mata diorang nak terbeliak pandang aku?

" Are you Ari from Strychnine?! " Ah sudah. Maaf Strychnine, dia terpaksa tolak kebenaran.

" No. What is Strychnine actually? " Sebenarnya dia rasa serba salah kerana menipu peminatnya sekarang. Dia juga sudah berjanji tidak akan melupakan Strychnine tetapi apakan daya, jika dia mahu memulakan buku baru, dia harus menipu mengenai identitinya.

" You don't know?! " Aria mengangguk. Disebabkan hal itu, dia terpaksa mendengar bebelan Fymica mengenai Strychnine. Bukan main semangat lagi mereka bercerita. Fuh, kalau beritahu Ryuha ni mesti dia excited kan?

..............

Bekerja dekat Italy memang seronok. Sudah 8 bulan dia berada di sini. Perutnya pun makin membonyot. Dengan masa sesingkat itu dia sudah menguasai bahasa Latin dan Italian. Memang susah tapi berkat Daniel selaku managernya dan Luna sebagai teman baiknya akhirnya dia berjaya. Duit dalam akaun bank dia pun semakin berkepuk. Alhamdulillah, mungkin lepas bersalin hotel miliknya akan siap.

" Daniel! "

" Sì? ( ya?) "

" Voglio uscire con Luna. ( saya nak keluar kejap dengan Luna. )  "

Daniel mengangguk. Hari ini Luna berhasrat untuk belanja Aria membeli barang baby. Beberapa bulan yang lepas, doktor telah mengesahkan bahawa bayi yang bakal lahir ialah bayi lekaki. Jadi, sememangnya dia akan meletakkan Ariefz sebagai nama anaknya.  Nama penuh? Tunggu baby lahir baru dia beritahu okey?

Aria pergi ke mall yang berdekatan dengan restaurant Daniel. Suka betul dia melihat baju baby yang comel-comel belaka! Patut ke dia borong satu mall ni? Rambang mata! Ada sesiapa yang nak belanja baju baby juga tak?

" Effa, let's go eat! "

" Va bene ! ( baiklah. ) " Aria mengikut jejak langkah Luna. Tak sabarnya nak makan, baby! Baby lapar tak? Mama pun lapar!

Luna memesan makanan mereka. Mereka cuma makan dekat Mcd. Itu pun sebab Aria teringin sangat nak makan burger double cheese burger. Yang dia tahu cheese dia meleleh bak hang!

"This one is for you and the baby, and this one is for me and my tummy! " Aria ketawa. Luna, Luna. Suka sangat buat dia geli hati. Habis keluar ilmunya nanti.

" Auch! " Aria menggosok lembut perutnya.

" Why?! Why?! Why?! " Gelabah betul Luna jadinya. Nasiblah sayang dekat Luna.

" Bambino calcio. (baby tendang.) " Aria ketawa melihat muka cemberut Luna. Dia ni memang overacting la. Sudah la kelam kabut. Nasib cuma kena tendang. Belum air ketumban pecah.

" Bambino, non far star male la tua mamma. Ne ha sofferto tutto questo tempo. Okey caro?( baby, janganlah buat mama awak sakit. dia dah cukup menderita selama ini. lahir dengan baik okey sayang?) " Luna menggosok perut Aria. Tanpa sedar dia menangis. Terharu dengan kata-kata Luna.

" Thanks Luna. " Aria menyeka air matanya. Suka buat drama la minah Italy ni. Sekeh karang.

Semasa dalam perjalanan pulang, Aria teringat akan Puan Dhiya dan Encik Affendi. Rindu pada orang tuanya. Sudah 8 bulan Aria tidak berhubung dengan ibubapanya sejak kejadian yang menimpanya . Nombor telefon pun dia sudah tukar. Tapi nombor Puan Dhiya dan Encik Affendi tidak pernah dia lupa.

Aria mendail nombor Encik Affendi. Masa masa ini selalunya Puan Dhiya dengan Encik Affendi sedang minum petang. Aria setia menunggu deringan dari dalam telefon. Perasaan gementar mula hadir. Nervousnya!

" Assalamualaikum papa. Ni Aria. " ujarnya apabila talian bersambung.

" Waalaikumussalam. Aria? Betul ni Aria? Ya Allah Aria! Kenapa kamu menghilang? Kamu tak kesian ke dekat mama dengan papa? Kamu sihat tak? Kamu kat mana? Kamu okey tak? " Soalan Encik Affendi membuatkan Aria   rasa dihargai. Rasa disayangi semula .

Bodoh punya tepung expired. Sebab kau la aku macam ni.

" Aria minta maaf pa. Aria tak hilang. Aria cuma kerja dekat Italy. Aria sihat je pa jangan lah risau okey? Mama ada tak pa? Aria rindu sangat dengan mama. "

" Aria ke bang? Aria? Ya Allah anak aku. Kamu macam mana sayang? Okey tak? Kamu makan cukup tak? " Aria sebak. Suara Puan Dhiya membuatkannya menangis.

" Aria rindu mama. " Cuma itu saja yang Aria mampu balas. Selebihnya, dia cuma menangis. Tersedu -edu Aria jadinya.

" Effa! "

" What? "

" Your water! Broke broke! " Aria tahu english Luna ni memang agak teruk. Tapi kali ini sumpah dia tak faham. Aria memandang ke arah  tempat yang ditunjuk oleh Luna.

Ya Allah.

" MA! AIR KETUMBAN AKU PECAH!  LUNA TAKE ME TO THE HOSPITAL NOW! " Aria menjerit kuat.

Ariefz, tahan kejap ya sayang?

.........

Aria membuka matanya. Sudah sehari dia tinggal di hospital setelah melahirnya anak lelakinya. Semuanya di tanggung oleh Daniel sejak semalam. Aria bersyukur kerana dia mempunyai kawan yang prihatin. Luna pula menguruskan segala pakaian anak Aria .

" Luna, where's my son? " Soal Aria. Dia cuba bersandar pada katil hospital tersebut. Sudah tiba masanya untuk bayi lelaki itu minum susu. Buat masa sekarang, Aria bercadang tidak mahu memberikan anaknya minum susu formula.

Bukan sebab apa, cuma dia lebih percayakan susu ibu dari susu buatan manusia. Biasalah, kalau ada yang dengki tu macam macam boleh jadi. Entah-entah diracunnya bayi yang baru lahir ini bagaimana? Lebih baik mencegah dari mengubati.

" Effa.. " Panggil Luna. Aria menoleh. Menungg kata-kata yang keluar dari mulut Luna.

" Can I ask something? "

" Sì, just ask. "

" Non vuoi dire al tuo ex marito di questo bambino? " ( Awak tak nak beritahu ex husband awak pasal bayi ini?)

" Nope. I don't think he cares about this baby. Aside from that, he isn't interested in the child. Luna, what can I do?" Aria menunduk. Teringat pula akan kata-kata Efzan padanya.

" Kau jangan nak tipu Aria. Kita bersama pun cuma beberapa kali. Entah-entah anak itu bukan anak aku! Kau sengaja kata macam tu sebab nak aku stay dengan kau kan?! "

Perit. Sungguh perit apabila suami sendiri tidak percayakan kau dan menuduh anak yang dikandung itu bukan anaknya.

" Effa, questo bambino ha bisogno dell'amore di un padre. " ( Bayi ini perlukan kasih sayang seorang bapa.)

" Yes, I'm aware. But now he only needs me as his mother. Only I. Not his father. Luna, you're going to help me, aren't you? " Hanya Luna saja harapan Aria sekarang. Luna dan Daniel. Tanpa mereka, mungkin bayi lelakinya tidak lahir di dunia yang serba-serbi menakutkan ini.

Realiti tak seindah fantasi.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Место, где живут истории. Откройте их для себя