Bab 12

5K 283 12
                                    

Aryan sudah gelisah. Siapa saja yang tak gelabah bila adik sendiri hilang. Mahu tercabut jantung. Kalau mama dengan papa tahu, confirm diaorang gelisah.

" Aryan Aryan! Ria ada dekat depan. " Aryan segera mendapatkan Aria yang berada dalam dukungan Iryan.

" Mana kau jumpa Ria? "

" Bukan aku yang jumpa tapi Efzan. Dia nampak Ria dekat semak time kitaorang tengah cari kayu api. " Aryan pelik. Bukan ke tempat yang Iryan cari tu jauh? Macam mana Ria boleh sampai dekat situ dengan cepat?

" Kau tak tanya Ria ke macam mana dia ada dekat sana? "

" Aku ada tanya. Dia cakap time lilin tiba-tiba padam dia ada rasa macam something dukung dia. Sebab tu dia jerit. Bila buka mata je dia dah sampai dekat semak. Memang tak masuk akal tapi time Ria cerita tu, memang dia takut sangat. " Semua yang mendengar sudah seram. Ya Allah jauhkanlah mereka dari syaitan dan sekutunya.

" Kau nampak ke benda tu Fal? " Semua mata memandang Efzan. Efzan hanya beriak selamba.

" Ada la juga. "

" Korang cakap apa ni? "

" Efzan ada sixth sense. "

" WHAT!?" Jerit semua orang. Sampaikan Aria yang tengah tidur pun terjaga dengan bunyi bising. 

Comel je tonyoh mata.

Eh?

" Kenapa bising ni? "

" Kau tidur je la dulu. Nanti kitaorang gerak. " Selepas saja memastikan Aria tidur, semua mata kembali fokus pada Efzan.

" Ada lagi ke dekat sini? "

" Ada, dekat Aria. " Matanya tidak lepas memandang Aria yang sedang lena tidur di paha Iryan. Iryan pula sudah kecut. Benda ghaib ni tak boleh bawa main.

" Kau tak boleh ke suruh dia pergi? "

" Aku dah cuba tapi benda tu degil. "

" Dah tu nak buat macam mana? " Soal Iryan resah. Patut la ,sejak Aria ada dekat dengannya, dia terasa sejuk. Bulu romanya juga naik.

" Aku boleh bakar dia tapi korang kena pegang Aria. Iryan dengan Aryan kau pegang Aria. Yang lain nanti tolong baca ayat kursi. " Iryan dan Aryan duduk bersebelahan dengan Aria. Walaupun sedang tidur, mereka meletakan Aria ditengah-tengah. Betul tidur mati budak ni. Tadi orang jerit, bangun pula. Manakala yang lain duduk dibelakang Aria dan Efzan.

Efzan mula membacakan surah-surah Al Quran. Ketika itu juga Aria tersedar. Mata Aria merenung tajam wajah Efzan. Namun, Efzan hanya beriak selamba. Malas nak takut dekat benda yang masuk dalam badan Aria.

" Dah kemaruk sangat ke nak dekat manusia? Sampai tenung aku pun nak tembus. " Mereka yang mendengar sudah menepuk dahi. Kuatnya perasan Efzan ni.

" Kau ingat aku terpikat dekat kau? Maaf, aku terpikat dekat budak ni. Aku perlukan dia dan dia juga perlukan aku. Kau jangan nak kacau. " Yang lain sudah mula gelabah.

" Kau nak aku bakar kau ke? " Aria sudah mengilai tanda dia tidak takut dengan ugutan Efzan. Matanya meliar memandang ke arah semua orang yang berada dalam pondok itu.

" Sakit lah bodoh! "

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now