Bab 42

4.7K 264 29
                                    

Dekat 20 minit, Aria masih tak buka mata. Malu kut. Dah la suami kau cakap macam tu. Pernah rasa? Oh lupa. Dia saja yang sudah kahwin. Dia menyelak selimut hospital dengan perlahan-lahan. Kut-kut la ada benda tak kena ke boleh la jadi protection aku ye tak?

" Dah tak payah nak menyorok sangat. " Suara Efzan memenuhi ruang bilik hospital itu. Dari jauh dia duduk di atas sofa yang menghadap Aria. Sambil matanya memandang tepat pada Aria dan tangannya bersilang. Ingat garang ke husband?

Aria hanya mendiamkan diri. Rasa sakit hati masih ada lagi. Dia tidak mahu bercakap dengan Efzan buat masa sekarang.. Tengok muka dia lagi la Aria tak mahu. Baik tengok muka Suga ke Jungkook ke senang sikit hati dari tengok muka husband sendiri. Astaga. Dosa dah.

" Ingat aku tunggul kayu ke dekat sini? "Ha memang kau tunggul pun. 

Tapi dia tak berani la cakap. Sebab dia ni macam Firash Arshad dalam novel Sebenarnya Saya Isteri Dia. Susah nak dijangka. Aria hanya melihat dance practise DNA BTS. Comel je tengok Rapmon punya lesung pipit. Tapi sayang, Efzan takda lesung pipit. Tak boleh nak berangan dia jadi Rapmon. Tabah jela Aria.

Aria yang tak perasan Efzan sudah duduk di kerusi sebelah katilnya. Dengan perangai tak semengahnya, Efzan terus merampas telefon Aria. Siap off lagi tu. Jealous la tu. Gedik.

Aria memandang Efzan dengan muka yang tidak berpuas hati. Efzan pula masih memandang Aria tanpa sebarang reaksi muka. Robot eh?

" Buka mulut. " Efzan menyuakan sudu berisi bubur ayam tanpa sayur dan ditambahkan dengan lada. Ya Allah! Fav Aria. Takpa Aria. Kau kena kuat! Dekat rumah mama nanti, makanlah banyak-banyak. Aria dengar Efzan mengeluh.

 Tapi kau tahu dia buat apa?

" Adududuh! Sakit la. " Efzan bertindak untuk menarik cuping telinga Aria. Dengan tidak semena-mena, Aria tertampar kepala Efzan lalu jatuh. Gedebuk bunyi dia. Aria cuba menahan dirinya dari ketawa. Tapi lawak punya pasal dia bantai gelak.

" Baik diam sebelum aku cium. " Cis dia ugut. Serta merta Aria berhenti ketawa. 

Tapi kepalanya asyik terlayar saja cara Efzan jatuh dan lagi sekali dia gelak. Kali ni serius kuat. Efzan menahan rasa. Dan akhirnya Efzan mencium Aria. Tepat pada bibir. Matanya terbeliak.

Kurang ajar! Aria mengelap ciuman itu dari bibirnya. Mata Aria menjeling Efzan. Suka hati saja mencium orang tanpa izin. Habis sudsh first kissnya disambar oleh Efzan.

" Buka mulut. Makan. " Senang hati Efzan mengarahkan isterinya. Dia tahu tindakannya yang drastik mengotorkan otak isterinya. Bukan dia tak tahu yang Aria memang innocent. Untung juga dia dapat isteri yang otaknya masih lagi suci.

" Aku boleh makan sendirilah. " Aria memberontak. Dia masih malu dengan kejadian tadi. Dia juga tidak suka dipaksa sebegitu.

" Aku suap atau kiss? " Aria pasrah. Mahu tak mahu dia harus juga mendengar setiap patah kata yang keluar daru mulut Efzan. Ini semua kerana dia tidak mahu Efzan mengambil kesempatan ke atas dirinya.

..........

Esok mereka harus kembali ke sekolah semula. Dan Aria baru saja nak 'check out ' dari hospital hari ini. Dia sebenarnya tak berapa nak rajin pun nak mengemas barang-barang yang diberikan oleh kawan-kawanya. Sebab Efzan ada untuk kemas. 

" Pa, ma, umi, walid jom la gerak. " Tak sabar rasanya dia mahu pulang. Dia rindukan katilnya.

" Siapa cakap Ria balik dengan mama dengan papa? "

" Habis tu? Ria balik dengan umi dengan walid la macam tu? " Puan Mariam dan Encik Qusyairi menggeleng. Baik tak payah beli kereta besar-besar macam itu. Jual lagi bagus dapat duit pergi shopping. 

Geram ni geram.

" Kau balik dengan aku naik motor. " Efzan yang entah mana baru muncul bersama barang-barang Aria.

" Ala mama papa. " Aria membuat muka kesian. Tak mahu la naik dengan Efzan. Sudah la naik motor. Nasib la dia memakai seluar pada hari ini. Kalau kain? Mau free show orang dekat belakang.

" Ria sayang, Ria kena ikut suami. Janganlah macam ni. " Pujuk Encik Affendi. Akhirnya dia mengangguk. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka atau isteri derhaka.

Aria menyalami tangan mertuanya dan Puan Dhia serta Encik Affendi. Selepas mereka pergi, Efzan menyarungkan helmet di kepala Aria secara tiba-tiba. Siap tolong ikat lagi tu.

" Kau dah kenapa sweet semacam. Terlebih makan gula ke? " Aria memerli. Efzan menjeling Aria.

" Kalau tak nak kena kiss, baik kau diam atau lebih dari tu aku buat. " Berderau darah Aria jadinya.

Kalau Aria melawan tu sajala credit dia. Tak habis-habis ugut nak kiss. Kang aku kiss dia baru takut. Tapi logik ke Aria kiss dia? Heh tunggu Alys beranak pun Aria tak berani buat.

Efzan sudah membonceng motornya. Macam mana pula Aria nak naik ni? Tempat pemijak dia tak jumpa. Dan akhirnya Efzan mendukung Aria dan meletakkan Aria di belakang. Pftt ramai tengok sia.

" Jangan peluk aku. "

" Tak hingin la! "

........

Aria duduk di tepi sungai dan merendam kaki. Suka dia melihat ikan gappi dalam sungai ni. Lawa-lawa. Ikan laga pun ada. Efzan yang membawa dia ke sini sebenarnya. Efzan mengambil tempat disebelah Aria. Sambil kepalanya dilentokkan pada bahu Aria. Saja nak menggedik la tu. Aria membiarkan saja sebab tengah asyik tengok ikan-ikan kecil yang menarik perhatiannya. 

" Kalau aku jatuh dalam sungai, kau selamatkan aku tak? " Efzan bersuara memecahkan kesunyian.

" Tak, sebab aku tahu kau pandai berenang. " Mereka kembali senyap sebelum Efzan sekali lagi bersuara.

" Kau tahu maksud 143? "

" Tahu la. 143 tu nombor yang digunakan dalam mata pelajaran Math kalau- "

" Bukan tu maksud aku. " Aria terdiam. Dah kenapa mamat ni tiba-tiba sweet semacam? Atau Aria saja ke yang rasa macam tu?

" Macam mana nak tunjuk rasa sayang? " Efzan masih lagi bersuara. Matanya memandang tepat mata Aria. Wajahnya sudah bertukar warna.

" Buat saja apa yang kau rasa confident dekat dia. Tapi jangan benda tak- "

Kata-kata Aria terhenti apabila Efzan mencium bibirnya.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now