Bab 37

4.8K 264 18
                                    

Hari ini mereka akan berkumpul di padang sekolah memandangkan mereka akan bertolak ke kem pada hari ini. Aria? Sudah pasti dia ikut. Senang saja nak pujuk Efzan. Dengan mengugut untuk membakar semua anime collection miliknya. 

Sayang sangat:"

Madam mengarahkan pelajar tingkatan 3 untuk menaiki bas. Manakala Aria dan rakan-rakannya akan menaiki kereta bersama Sir Zaed. Masing-masing hanya mendiamkan diri disepanjang perjalanan. Mereka dipisahkan mengikut suka hati cikgu. Efzan, Aria, Aryan dan Alys satu kereta bersama Sir Zaed. Manakala Rika, Iyan, Shafiq dan Zafran satu kereta bersama Sir Redwan.

Kereta Sir Zaed berhenti di petronas kerana minyak masih belum diisi. Kalau mati tengah jalan siapa saja nak tolak?

Semestinya bukan aku!

" Kamu semua jangan bising eh. Sir keluar kejap saja. " Pesan Sir Zaed. Aria membuat keputusan untuk mendengar lagu. Dia mula menyelongkar beg sandang milik. Mencari earphone namun masih tidak kelihatan. Takkan tinggal kut?

Aria menjeling pada Efzan. Rasanya si suami itu  ada membawa earphone memandangkan Efzan memang suka mendengar muzik di telefonnya.

" Fal, bawak earphone tak? " Efzan memandang. Dia mengambil keluar earphonenya lalu memberikannya kepada Aria. Matanya terbuntang. Tawa ditahan.

" Pink? Serius ah?! Jambu gila Fal HAHAHA. " Tawa Aria kuat sehingga membangunkan Alys dan Aryan yang sedang lena tidur.

" Aria, diam sebelum aku-  " 

" Okey, okey. Aku diam. " Seram la dia ni.

Aria cuba menahan tawa. Tetapi apakan daya, lawa sangat colour pink earphone milik Efzan. Dengan muka dingin tapi ada benda pink. Ya Allah dugaan apa ini.







........






" Beratur semua. Saya nak ambil kehadiran semua ni cepat! " Gesa Madam. Dengan muka penuh air liur basi dan tergesa-gesa akhirnya pelajar tingkatan 3 beratur dengan tidak berapa kemas. Mungkin ramai yang masih mamai lagi. Think positive!

Selepas mengambil kehadiran, akhirnya mereka dibahagi kepada 4 kumpulan besar yang diketuai Aria dan yang lain. kumpulan pertama iaitu diketuai oleh Aryan dan Zafran. Kedua pula Alys dan Iryan. Ketiga Efzan dan Rika. Dan akhir sekali Aria dan Shafiq.

Dengan mamat ni lagi..

Terdapat 20 ahli dalam setiap kumpulan yang dibahagikan. Jadi jumlah keseluruhan adalah 80 orang saja yang terpilih untuk menyertai kem ini. Bukan semua yang mampu masuk kerana ini hanya untuk pelajar yang kurang dalam pembelajaran.

Dalam kumpulan pertama, Aryan dan Zafran dikelilingi ramai gadis di dalam kumpulan itu. Rata-rata merupakan peminat setia Ares selama ini.

Kumpulan dua? Alys dan Iryan juga dikelilingi dengan para peminat mereka. Tak menang tanganya jadinya. Sekarang kita fokus part Efzan ya?

" Hai awak semua. Nama akak. Ceh dah tua. Okey nama akak Narika Yarin. Panggil je Kak Rika. " Rika memberikan satu senyuman saat memperkenalkan diri. Dia memang mudah untuk bergaul dengan orang ramai. Tetapi Efzan? Heh dia hm.

Kini semua mata ditumpukan pada Efzan yang asyik memandang kumpulan 4. Eh  dia ni, tak boleh pisah betul.

"Hm abang tak nak bagi tahu nama ke? " Soal gadis tingkatan 3 itu. Efzan terpinga-pinga. Dia memandang ke arah semua mata yang leka memandang dirinya. Efzan sedikit tersengih kecil tetapi masih mempamerkan muka dingin.

" Efzan Naufal. " Ujar Efzan lalu memandang semula ke kumpulan 4 yang agak rancak perbualannya.

.........

" Akak! Akak ni kak Aria kan? Yang pengerusi Nilam tu kan? " Soal jejaka tingkatan 3. Aria terkejut. Memang ramaikah yang mengenali dirinya yang gojes-gojes girl itu?

" Oh ya. Aah. Mana kenal? " soal Aria yang  cuba bermesra.

" Mestilah semua kenal kak. Sebab gosip haritu la. " Sampuk pelajar perempuan.

" Gosip? Yang mana? " Ah, sudah. Gosip apa pula ni?

" Ala yang Abang Efzan dukung akak pergi bilik sakit tu la. Sweet sangat tapi tu la. Patutnya saya yang dukung akak. " Sampuk pelajar lelaki yang lain. Rata-rata sudah mengebuukan pelajar itu. Baru tingkatan 3 ada hati nak bercinta. Ceh pt3 pun tak lepas.

Aria hanya mampu diam. Mana mungkin dia lupa gosip akan itu kerana sudah terang-terang memang Efzan yang mengangkat badannya.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Where stories live. Discover now