Bab 28

4.5K 248 4
                                    

Hari ini nk tak nak aku dan yang lain mesti stay back di sekolah memandangkan latihan rumah sukan bermula pada hari ini. Kesian katil aku yang sudah memanggil aku dari jauh.

Nilam (biru) - Aria dan Shafiq.

Delima (merah) - Efzan dan Alys.

Zamrud (hijau)- Iryan dan Zafran.

Baiduri (kuning)- Aryan dan Rika.

Lega sedikit selepas mendapat tahu rumah sukan aku dan Efzan tidak sama. Tapi yang memeningkan kepala aku apabila melihat Shafiq yang tersengih memandang aku kerana rumah sukan kami sama.

Perjumpaan Agung dilakukan terlebih dahulu sebelum latihan rumah sukan bermula. Aku dan Shafiq duduk di bahagian belakang sekali kerana tidak mahu dipilih dari memegang apa-apa jawatan.

Cukuplah aku sudah banyak kerja dengan kerja naib setiausaha lagi. 

" Assalammualaikum semua. Seperti mana yang kamu semua tahu, Nilam dan Delima memang bersaing kuat. Cuma itulah beberapa tahun ni Nilam macam mundur je. So tahun ni at least kita menang banyak pingat okey? " Ujar Cikgu Sakinah semangat.

" Okey! " Jerit semua ahli rumah Nilam yang bersemangat. Amboi, bersemangat sangat ni. 

" Okey ma- " Tiba-tiba ada seseorag yang terkoncoh-koncoh masuk. Dia sedikit mengah kerana terlalu penat berlari.

" Maaf saya lambat. " ujar Wafeq lalu beredar ke tempat aku kerana tempat duduk yang lain sudah penuh.

" Mari kita sambung balik. First kita nak cari pengerusi dulu. So ada apa-apa cadangan? " Cikgu Sakinah menyoal.

" Saya cadangankan pengawas kita Shafiq Ikhwan! "

" Mikael Husni! "

" Saya nak cadangkan perempuan boleh ke cikgu? " Cikgu Sakinah berpaling saat mendengar soalan itu dan tersenyum

" Boleh je. Janji dia pandai buat kerja. " ujar Cikgu Sakinah.Belum sempat budak itu ingin menyebut nama sudah ada beruk telinga capang yang menyampuk.

" ARIA EFFA CIKGU! " Jerit Shafiq kuat sampaikan satu dewan kuliah itu bergema. Sampaikan keadaaan menjadi sunyi sepi dan semua mata memandang ke arah Shafiq. Dia hanya tersengih dah memegang belakang lehernya.

" Eh kamu ni sibuklah Shafiq. Ha tadi yang nak cadang tu. Siapa yang kamu nak cadang? "

" Saya? Sama la cikgu. Saya calonkan Aria. "Cikgu Sakinah menulis nama nama yang dicalonkan sebentar tadi di papan putih.

Siapa yang calonkan aku selain Shafiq tadi? Nak jumpa sekejap. Ada hal.

" Em ad- "

Tok tok tok.

Cikgu Sakinah mengeluh. Bila dia mahu saja berbicara pasti ada yang mengacau.

" Masuk. "

" Maaf menganggu cikgu. Saya nak jumpa Ari- " Mata sang pemanggil tertacap pada nama Aria yang dituliskan di papan putih. Senyuman sinis diberikan.

" Siapa? " Soal cikgu Sakinah kembali.

" Aria Effa. " ujarnya sambil tersenyum.Dia perasan saat dia menyebut nama Aria ada saja jelingan yang diberikan oleh lelaki di dalam sana terutama Shafiq Ikhwan.

Musuh Jadi Partner In Crime?  [ ✔ ]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang