AKU BUKAN PEMBUNUH 20

194 7 7
                                    

gilbert segera membuka tali yang mengikat tangan elsa. kemudian dia membuka tali di kaki gadis itu. sebaik saja tali di kaki elsa terbuka elsa terus saja menyepak kepala gilbert dengan kakinya. gilbert terjatuh di atas lantai. "hey... kenapa kau tendang kepala aku pula?", soal gilbert cukup terkejut. "sebab kau terlalu bodoh mempercayai perkataan aku tadi... sebenarnya aku tak ada hati nak berkongsi harta kekayaan aku dengan kau... satu sen pun aku tak nak bagi sebab kau ni seorang penyangak yang tak guna. so sekarang tibalah masanya untuk aku mendera kau sama seperti kau mendera papaku tadi...", tutur elsa dengan wajah yang bengis sekali. cepat cepat dia meraih tali pinggang milik gilbert yang terletak di atas lantai lalu di pukulnya tubuh lelaki tersebut tanpa rasa belas kasihan. "ouwhhh.... arrgggghhhh.... sakiiitnya....", kedengaran gilbert menjerit kesakitan. "oooh... baru sekarang kau rasa sakit, eh?... tadi kau pukul papa aku macam binatang dan sekarang kau akan terima balasannya...", tutur elsa dengan perasaan marah. "arrgghhh.... tapi tadi kau sudah berjanji padaku yang kau akan berkomplot dalam menyelesaikan misi aku ni tapi kenapa sekarang kau mungkir janji pula?...", soal gilbert dalam kesakitan. "bila masa pula aku berjanji dengan kau, hah bangsat?... setahu aku kan aku tak pernah pun berjanji dengan penyangak yang tak guna macam kau ni... you know what?... you are the foolish guy in this planet earth... aku cuma mempermainkan kau tadi tapi tak sangka pula kau mudah di permainkan... hahaha... orang bodoh macam kau memang mudah di permainkan... anyway, macamana rasanya di pukul ar?... seronok tak?...", soal elsa sambil ketawa dengan sadisnya. "seronok kepala otak kau!... tak sangka pula kau sanggup mempermainkan aku macam ni... arrggghhh...", balas gilbert dalam kesakitan.

"hey... kau sudah mempermainkan perasaan kakak aku so aku pun boleh mempermainkan kau juga. anyway, tak sangka ya penyangak seperti kau ni sangat mudah di permainkan dalam sekelip mata...", kata elsa sambil memukul belakang lelaki itu dengan sekuat hatinya. gilbert menggetapkan giginya menahan kesakitan di tubuhnya akibat di pukul oleh gadis itu. Dalam keadaan dia yang kesakitan itu tangannya meraih hujung tali pinggang di tangan elsa. "kau jangan fikir ya yang aku tak pandai melawan balik... aku boleh buat kau lumpuh sama seperti papa kau tu tau...", bentak gilbert. serentak dengan itu dia menarik tali pinggang yang di pegang oleh elsa sehingga menyebabkan gadis itu terjatuh di atas tubuhnya. elsa terbaring di atas tubuh gilbert. wajahnya dan wajah gilbert hampir saja berlaga. nasib baik dia cepat mengangkat sedikit wajahnya. kalau tidak mungkin mereka bercium kat situ kot. mereka terdiam seketika. saling berpandangan buat beberapa ketika. "elsa... cepat lakukan sesuatu!...", kedengaran suara kakaknya emma bergema di ruang bilik yang kusam itu.

bagaikan tersedar dari alam khayalan elsa segera melepaskan tali pinggang yang di pegangnya. kemudian di tumbuknya wajah pemuda itu dengan sekuat hatinya. tumbukannya mengenai sasaran. darah merah mengalir keluar dari dalam hidung gilbert. "arrggghhh...", gilbert mengerang kesakitan. elsa tidak berhenti di situ. dia terus menumbuk kepala gilbert dengan buku limanya tapi tumbukannya tidak mengenai sasaran. gilbert terus menumbuk wajah elsa sehingga menyebabkan gadis itu terjatuh dari atas tubuhnya. gilbert terus bangun dari atas lantai. elsa pun turut bangun dari atas lantai. tanpa membuang masa gilbert terus menumbuk dada gadis itu tapi elsa pantas mengelak. ketika gilbert ingin menyerangnya semula elsa terus menumbuk dada lelaki tersebut dengan buku limanya. gilbert terjatuh di atas lantai. "well... well... well... tak sangka ya gadis seperti kau ni pandai bertumbuk... macam lelakilah pula...", komen gilbert sambil tersenyum sinis. "for your information aku pernah join kelab tinju di kota NY sebelum aku berhijrah ke sini beberapa tahun yang lalu. sekarang aku boleh gunakan segala kemahiran yang aku ada untuk menumpaskan kau...", tutur elsa dengan wajah yang serius. "oh really?... kalau macam tu mari kita berlawan tanpa menggunakan sebarang senjata... aku nak tengok sejauh mana kemahiran kau tu boleh membantu kau untuk menentangku...", tutur gilbert dengan senyum sinis terukir di bibir. darah yang mengalir di hidungnya di kesatnya dengan lengan baju panjang yang di pakainya. kemudian dia mula bersiap sedia hendak menyerang elsa. perlahan lahan elsa menggenggam erat buku limanya. biarpun jari jemarinya terasa sakit akibat menumbuk wajah lelaki itu tadi tapi dia tahan saja rasa sakit itu di lubuk hatinya.

sementara itu emma sedang berdoa kepada Tuhan agar Tuhan menolong adiknya menentang lelaki yang tak guna itu. "Tuhan, kau tolonglah adikku... berikan dia keberanian dan kekuatan untuk menentang lelaki jahat itu sama seperti Kau telah memberikan keberanian dan kekuatan kepada Daud untuk menentang Goliath. aku mohon pada Mu Tuhan agar keluarga kami terhindar dari segala malapetaka ini. Dalam nama Mu aku berdoa...", ucap emma dalam doanya. setelah berdoa dia kembali berusaha membuka ikatan yang ada di tangannya itu. kelihatan darah merah mengalir setitis demi setitis dari pergelangan tangannya yang melecet akibat geseran yang terjadi. sakit tu memanglah sakit tapi dia tidak peduli akan itu semua. yang penting sekarang dia perlu melepaskan diri dari ikatan yang membelenggu dirinya. elsa dan gilbert mula bertarung dengan sengitnya. pelbagai cara di buat agar pihak lawan cepat cepat mengalah tapi tak ada seorang pun daripada mereka yang mengaku kalah. masing masing berusaha hendak menang. elsa tidak mahu mengalah walaupun tubuhnya terasa sakit akibat bertumbuk dengan lelaki tersebut. gilbert pun tidak mahu mengalah walaupun tubuhnya terasa sakit setelah bertarung dengan gadis tersebut. "kenapa kau tak nak mengalah, hah perempuan sial???...", soal gilbert sebaik saja dia menumbuk dada elsa dengan sekuat hatinya. elsa terjatuh di atas lantai tapi dia bangun sambil memegang dadanya yang terasa sakit. "sebab aku bukannya seorang gadis yang mudah mengalah... aku mesti menang dalam pertarungan ni jika tidak kau akan membunuhku dan keluargaku...", ucap elsa dengan wajah yang serius. "you know what?... aku pun tak nak mengalah dengan perempuan yang lemah macam kau ni...", tutur gilbert sambil menggenggam erat buku limanya. "selemah lemah aku pun aku boleh menewaskan kaulah bangsat...", tutur elsa dengan geram sekali. "oh really?... kalau macam tu apa kata kalau kita bertarung dengan menggunakan senjata pula... tentu selepas ni kau akan mati di tanganku...", tutur gilbert sambil tersenyum sinis. "okay... alright... kita gunakan senjata... mari kita tengok siapa yang akan mati duluan...", kata elsa dengan beraninya. "eh... kau serius ke ni?", soal gilbert sengaja memancing reaksi dari gadis itu. "yeah... i'm serious...", balas elsa dengan suara yang tegas. "okay... sekarang kita gunakan pisau...", gilbert menarik keluar sebilah pisau belati dari dalam begnya. kemudian dia melemparkan sebilah pisau belati lagi ke arah elsa. cepat cepat elsa meraihnya. kini mereka bertarung menggunakan senjata pula...

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now