AKU BUKAN PEMBUNUH 17

151 15 5
                                    

"bagaimana rasanya di pukul, hah?... sedap kan papa?... sedap?.... dulu masa aku kecil kau pukul aku macam memukul seekor binatang kan? sekarang aku pukul kau pula... nah!... rasakan bangsat...", elsa terus memukul lelaki itu tanpa henti. lelaki itu menyepak perut elsa. dia terus terjatuh di atas lantai. lelaki tersebut segera merampas kayu belantan dari tangan elsa. "berapa kali aku cakap yang aku ni bukannya papa kaulah perempuan sial!!!...", serentak dengan itu dia memukul badan elsa secara bertalu talu. baru saja elsa bangun hendak melawannya tiba tiba, "bukk!...", kedengaran belakang tengkuknya di pukul dengan kayu belantan di tangan. dia terjatuh di atas tanah dalam keadaan tidak sedarkan diri.

*** *** ***

perlahan lahan elsa membuka matanya. dia lihat yang dirinya kini berada di dalam bilik papanya. tangan dan kakinya terikat. dia kini terikat di atas sebuah kerusi kayu. kelihatan ayahnya terikat di atas kerusi roda tidak jauh dari situ. dia menoleh ke sebelah kiri dan kanannya. kelihatan kakaknya emma terikat di atas sebuah kerusi kayu yang terletak tidak jauh dari situ. "adik...", kedengaran kakaknya emma bersuara dengan lemah. "kakak...", elsa menyahut panggilan kakaknya. "adik okay kan?", soal emma perlahan lahan. "i'm okay...", balas elsa. dia cuba membuka ikatan di tangannya dengan menggerak gerakkan tangannya namun ikatan di tangannya begitu kuat sekali. ikatan di kakinya begitu kuat. ini membuatkan dia sukar untuk bergerak. ketika dia terkial kial hendak membuka ikatan di tangannya kelihatan lelaki bertopeng itu melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. "awak dah sedar?... oh... baguslah tu... sekarang satu keluarga ada di sini... senanglah aku buat kerja aku... hahahaha....", kata lelaki bertopeng itu sambil ketawa dengan sadisnya. "apa yang kau nak dari kami hah?... kau nak duit ke?... kalau kau nak duit kami boleh bagi kau duit tapi tolonglah lepaskan kami dan jangan apa apakan kami sekeluarga...", kata emma. "oh... jadi kau nak bagi aku duit supaya aku lepaskan kau bersama ayah dan adik kau ni?...", soal lelaki itu sambil berdiri di depan wajah emma. perlahan lahan emma memganggukkan kepalanya. "tapi malang sekali bagi kau sayang sebab aku tak ada hati hendak mengambil duit dari kau sekeluarga... aku cuma nak tengok korang menderita di depan mata aku... itu saja...", kata lelaki itu dengan suara yang tegas sekali. "apa maksud kau ni, hah?... kau nak kami menderita?... apa kesalahan kami terhadap kau sehinggakan kau nak kami menderita di depan mata kau pula?", soal elsa pula. "oh... kau fikir korang tak ada buat salah dengan aku, eh?", soal lelaki itu pula. "iyalah... kami tak kenal kau tiba tiba saja kau buat kami macam ni... sebenarnya kau tu siapa, hah?", soal elsa dengan marahnya. "okay.... oleh kerana korang nak tahu siapa aku yang sebenarnya maka aku akan mendedahkan identiti aku pada korang... tapi sebelum tu aku nak peringatkan pada korang. jika korang sudah tengok wajah aku ni aku tak akan lepaskan korang lagi...", kata lelaki tersebut seperti mengugut pula. "aku tak peduli... aku nak tahu juga siapa kau ni yang sebenarnya...", kata elsa dengan wajah serius. "baiklah...", balas lelaki itu. perlahan lahan dia membuka topeng yang menutupi wajahnya. "gilbert???!!!!....", emma terkejut sebaik saja dia melihat wajah lelaki tersebut. "ya... akulah gilbert, puas hati?", soal lelaki itu sambil tersenyum sinis. "ke... ke... kenapa kau sanggup buat kami macam ni gilbert?... kau tahu tak betapa aku mencintai kau... isk... iskk... iskkk...,", emma bersuara sambil menangis.

"ouwh... kau menangis sayang?.... sayangnya aku ni tak lemah dengan tangisan perempuan lorh... anyway, tak payahlah kau sebut tentang cinta tu. aku dah muak mendengar perkataan cinta dari mulut kau sebab aku tahu tak ada cinta sejati di dalam dunia ni. paling paling pun hanya cinta palsu saja yang wujud dalam dunia ni... by the way, tentu korang tertanya tanya kenapa aku buat korang macam ni, kan?... sebenarnya kisah ni ada kaitannya dengan papa korang yang tak guna tu... dulu papa korang pernah mendera mamaku dan menyakiti hatinya... dia pernah tinggal sebumbung dengan mamaku tapi mamaku hanya di buatnya seperti seorang perempuan pelacur. dia bermalam di rumah kami dua tiga malam kemudian dia pergi entah ke mana... beberapa hari selepas itu dia datang lagi menemui mamaku apabila dia terasa ingin membuat hubungan seks bersama mamaku... dia hanya tahu melakukan hubungan seks bersama mamaku tapi dia tidak pernah mahu mengahwini mamaku. mentang mentanglah mamaku ialah janda kematian suami maka papa kau buat mama aku macam pelacur pula. pada suatu hari mamaku minta papa kau mengahwininya tapi dia marah lalu memukul mamaku. aku yang berumur 8 tahun masa tu hanya tahu menangis saja apabila aku melihat mamaku di pukulnya. tak cukup dengan tu dia menumbuk mamaku seperti dia menumbuk seorang lelaki... aku masih teringat lagi mamaku menjerit kesakitan sebaik saja papa korang yang tak guna ni memukul dan menumbuknya... marah betul dia bila mama bertanya bila lagi dia akan mengahwini mamaku?.. aku menangis bila aku melihat mamaku di pukuli dan di tumbuknya dengan sesuka hatinya... selepas mama puas di pukul dan di tumbuknya dia pun terus berlalu pergi macam itu sahaja. aku segera menghampiri mamaku. dia menangis dalam pelukanku. aku menasihati mamaku supaya dia jangan lagi berhubungan dengan papa korang tapi nasihatku tidak di endahkannya. keesokan harinya dia bertemu lagi dengan papa korang. lama kelamaan papa kau buat mamaku macam perempuan pelacur yang tidak ada harga diri. dia sering memukul mamaku apabila dia merasa marah. tapi last last mamaku tahu juga yang papa korang ni sudah beristeri dan ada dua orang anak perempuan. mama tanyalah kenapa papa korang sanggup membohonginya dengan mengatakan yang dia tu ialah seorang lelaki bujang tapi tahu tahu saja dia sudah beristeri. papa korang merasa begitu marah lalu di pukulnya mamaku dengan sekuat hatinya sehingga mamaku tidak sedarkan diri.... aku menangis dengan sekuat hatiku... aku fikir mamaku sudah pun mati... jadi...", gilbert berhenti bersuara.

dia berusaha menahan airmata yang bergenang di pelupuk matanya. rasa sedih mula bertamu di hatinya. "jadi aku panggil jiran sebelah rumah untuk membawa mamaku ke hospital. nasib baik jiran sebpelah rumahku ada di rumahnya. dia pun terus datang menolongku sebaik saja aku menceritakan apa yang telah terjadi. dia pun membawa aku dan mamaku ke hospital. sampai di hospital mamaku di masukkan ke dalam bilik unit kecemasan. doktor yang merawat mamaku berkata yang mamaku di sahkan koma sebab kecederaan yang di alaminya di dalam otak begitu parah sekali... ini membuatkan dia tidak sedarkan diri buat beberapa minggu. aku terpaksa tinggal di rumah jiran sebelah rumahku sebab dia pun kasihan tengok aku tinggal di dalam rumah seorang diri. jiran sebelah rumahku itu mula bertanya kenapa mamaku jadi begitu aku pun ceritalah yang mamaku di pukul oleh orang. mereka melaporkan perkara ini pada pihak polis tapi pihak polis tidak dapat melakukan siasatan sebab mamaku masih koma dan mereka tidak dapat mengaitkan kes ini dengan papa korang sebab papa korang sudah buat 'alibi' nya sendiri. pandai sungguh papa korang melarikan diri dari di kenakan sebarang hukuman. sehinggakan pihak hakim pun tidak boleh menjatuhkan hukuman ke atasnya. aku tahu papa korang bagi rasuah pada pihak hakim supaya dia terlepas dari hukuman itu. papa korang ni memang licik betul orangnya. kes itu di tutup macam tu saja tanpa ada jalan penyelesaiannya. mamaku meninggal dunia di hospital setelah 2 bulan dia di rawat di unit rawatan rapi. aku menangis kesedihan bila melihat mayat mamaku di usung keluar dari bilik rawatan rapi tu. aku terpaksa di bawa pulang ke kampung oleh bapa saudaraku. sejak dari hari itulah aku mula berazam hendak membalas dendam di atas kematian mamaku tu....", gilbert berhenti bersuara. dia seperti hendak menangis saat itu tapi di tahannya saja rasa sebak itu di dalam lubuk hatinya. segala kenangan pahitnya kini terbayang di sudut matanya...


AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now