AKU BUKAN PEMBUNUH 10

221 16 2
                                    

tiba tiba, "kreekkk....", kedengaran pintu bilik tersebut di buka orang. kelihatan seorang pemuda melangkah masuk ke dalam  bilik wad tersebut. elsa memandang wajah pemuda itu dengan penuh tanda tanya. "er... cik ada nampak seorang gadis berambut panjang datang ke sini tadi tak?... namanya emma lee?", soal pemuda itu padanya. "oh... dia dah pergi keluar tadi dengan mak cik rita... er... encik ni siapa?", soal elsa ingin tahu. "er.... namaku gilbert fong, boyfriend emma... er... cik ni...", belum pun pemuda itu bertanya elsa terus saja memotong perkataannya. "namaku elsa lee adik kepada emma...", balas elsa tersenyum sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda tersebut. pemuda itu terpegun di saat dia melihat senyuman manis terukir lembut di bibir gadis tersebut. baginya elsa kelihatan cantik apabila dia tersenyum begitu. "ehemmm....", elsa berdehem panjang. "oh... maaf... aku terlupa pula nak bersalaman...", gilbert cepat cepat menyambut huluran tangan gadis itu. "er... nice to meet you encik gilbert...", sapa elsa dengan lembut sekali. "oh... tak payahlah berencik-encik dengan aku... panggil saja aku gilbert... tak pun abang gilbert....", balas gilbert sambil tersenyum. "oh... okay abang gilbert.... lambat laun kau akan menjadi abang ipar aku juga, kan?...", usik elsa sambil mengenyitkan matanya. gilbert sedikit terkejut dengan usikan nakal gadis tersebut tapi dia terpaksa tersenyum kambing di depan elsa. "yalah tu... tapi aku tak tahu pun yang emma ada adik perempuan selama ini....", tutur gilbert perlahan lahan.

"eh... dia tak pernah bagitahu kau tentang diri aku ke?", soal elsa sedikit terkejut. "ya... dia tak pernah bagitahu aku tentang diri kau...", balas gilbert. elsa terdiam seketika. dia memandang wajah gilbert. "oh... mungkin dia tak nak orang lain tahu yang dia ada adik kandung yang teruk macam aku ni... but oh well whatever!....", elsa bersuara sambil memutarkan bola matanya. baru saja gilbert membuka mulutnya untuk bersuara kelihatan pintu bilik wad itu di buka orang dari luar. kelihatan emma bersama mak cik rita melangkah masuk ke dalam ruangan itu. "eh... kau sudah sampai sayang?.... oh... what a surprise... aku fikir kau masih dalam perjalanan ke sini tadi...", tegur emma dengan riangnya. "ya... aku baru saja sampai di sini... kau pergi ke mana tadi?", soal gilbert ingin tahu. "oh... aku keluar sekejap dengan mak cik rita.... er.... korang sudah berkenalan ke?... aku tengok korang tengah berbual tadi...", emma bersuara seraya memandang wajah kekasihnya dan juga elsa silih berganti. "yep... kami sudah berkenalan tadi kak... tapi aku hairanlah kenapa akak tak bagitahu bakal abang ipar aku ni yang akak ada seorang adik perempuan?", soal elsa sambil berpeluk tubuh. dia memandang wajah kakaknya dengan wajah yang serius. "oh.... yang sebenarnya akak nak bagitahu si gilbert ni yang akak memang ada adik perempuan tapi akak tak berkesempatan pula untuk berbuat demikian....", tutur emma dalam nada suara yang serbasalah. "oh yakah?.... ingatkan akak dah lupa tentang adik akak yang seorang ni...", tutur elsa sambil mengangkat kening kirinya ke atas. emma terus terdiam kaku di situ. "er.... elsa, mak cik ada belikan buah apple untuk kau.... kau makanlah buah apple ni ya...", mak cik rita terpaksa bersuara demi menutup suasana dingin di antara dua orang gadis itu. dia menghulurkan seplastik buah apple pada gadis tersebut. perlahan lahan elsa menyambut plastik berisi buah apple itu.

dia meletakkannya di atas meja kecil yang terletak tidak jauh dari situ. baru saja dia ingin bersuara muncul pula doktor yang merawat tuan lee di situ. dia datang bersama seorang jururawat. dia memeriksa keadaan tuan lee. selepas memeriksanya dia kembali menulis sesuatu di dalam kertas diagnosa di tangannya. "macamana keadaannya, tuan doktor?...", soal mak cik rita ingin tahu. "keadaannya semakin baik... dia boleh di bawa pulang ke rumah... tapi dia perlukan penjagaan rapi di rumah. contohnya semasa dia makan... memandangkan beliau tidak dapat makan makanan secara normal, pihak keluarga haruslah memberi dia makan melalui tiub kecil di hidungnya mengikut masa yang di tetapkan. makanan pun haruslah dalam bentuk cecair agar ianya mudah di hadam. berikannya bubur yang sudah di blender halus. barulah beri dia makan. selain daripada itu beliau haruslah di mandikan sekurang kurangnya sekali dalam sehari. dua kali mandi pun boleh, itu pun kalau korang rajinlah kan... anyway, beliau tidak boleh di biarkan duduk di atas katil dalam masa 24 jam tanpa mengalihkan tubuh badannya. takut nanti belakang tubuhnya akan menggelupas akibat kepanasan. sebaiknya korang alihkan tubuhnya dua tiga kali dalam sejam. contohnya kalihkan tubuhnya ke kiri atau pun ke kanan apabila dia berbaring di atas katil supaya kulit belakang tubuhnya tidak kepanasan...", tutur doktor muda itu dengan panjang lebar sekali.

"oh... begitu.... kami boleh melakukannya tuan doktor... jadi dia di benarkan untuk pulang ke rumah ke tuan doktor?", soal emma ingin tahu. "ya... sekejap lagi saya akan siapkan segala preskripsi dan dokumennya... cik boleh membayar kos perubatan ayah cik di kaunter di luar sana tu... cik perlu ikut saya sekejap sebab saya nak serahkan cik surat preskripsi dan dokumen yang di perlukan...", tutur tuan doktor tersebut. "oh... baiklah tuan doktor...", balas emma perlahan lahan. dia pun segera mengekori doktor muda itu dari belakang. mak cik rita melangkah keluar dari ruangan tersebut sebab dia terasa seperti ingin membuang air kecil pula. manakala gilbert melangkah keluar dari bilik wad itu sebab dia teringin hendak merokok. tinggallah elsa bersama papanya di situ. elsa memandang wajah papanya, "hm... tak sangka pula papa di benarkan pulang ke rumah hari ini... thats good. sekurang kurangnya papa tidak lagi terus terperuk di dalam bilik wad yang kecil ni. apa apa pun aku gembira apabila aku mendengar perkataan tuan doktor tu tadi. bagiku ianya satu berita yang menggembirakan. anyway, bila papa keluar dari wad ini aku janji akan menjaga papa dengan baik sekali... seperti mana papa menjagaku semasa aku kecil seperti itu juga aku akan menjaga papa... tapi papa jangan bimbang aku tak akan mendera papa seperti mana papa menderaku di suatu ketika dulu... aku bukannya kejam sangat macam papa... sebenarnya aku cuma ingin melihat papa menderita seumur hidup macam ni... bagiku inilah saat saat yang aku nantikan... melihat orang yang berlaku kejam terhadap diriku dan juga mama menderita sakit di depan mataku sehingga dia mati di dalam penderitaan yang di tanggungnya sendiri...", tutur elsa sambil tersenyum meleret sampai ke telinga.

tuan lee seperti hendak bersuara tapi mulutnya terkunci rapat. dia langsung tak boleh berbicara walau sepatah kata pun. cuma airmata saja yang mengalir perlahan membasahi pipinya. "ouwhhh.... papa menangis?.... aku tak mendera papa pun papa sudah menangis macam tu sekali?... oh... tak payahlah papa menangis macam tu... aku tak akan merasa simpati pada tangisan seorang lelaki yang telah mendera anak perempuannya dan juga isterinya sehingga menyebabkan isterinya mengalami keguguran dan bunuh diri... ianya satu kebodohan jikalau aku merasa simpati pada tangisan seorang lelaki yang kejam seperti papa ni... you know what?... apa yang papa telah lakukan di masa lalu akan memburu papa sehingga ke akhir hayat papa... betul kata mak cik rita yang memberikan pengajaran kepadaku di suatu ketika dahulu.... dia kata padaku macam ni... apabila kau ada anak sendiri kelak kau janganlah mendera anak kau dengan sesuka hati kau sebab apabila dia membesar nanti dia akan memberontak terhadap diri kau dan lebih parah lagi dia akan berdendam terhadap kau... jadi kau didiklah anak kau dengan penuh kasih sayang. jangan lepaskan kemarahan dan kegeraman kau pada anak anak apabila kau merasa stress dan sebagainya sebab itu tidak baik tapi apa yang aku tengok papa bukannya mendidik aku dengan penuh kasih sayang pun. malah papa mendidikku dengan kekerasan yang berlebihan. ini membuatkan aku membesar menjadi seorang gadis yang memberontak... aku mulai membenci papa lebih dari segala galanya...", ucap elsa dengan penuh emosi. dia menggetapkan giginya dalam kegeraman. tuan lee hanya menangis di saat dia mendengar semua perkataan anak gadisnya itu. perasaan bersalah kini menghantui dirinya.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now