AKU BUKAN PEMBUNUH 16

148 7 0
                                    

elsa cuba membuka pintu jendela bilik tidur tetamu itu tapi ianya tidak boleh di buka pula. ianya seperti stuck pula. ketika dia sedang terkial kial hendak membuka pintu jendela tersebut tiba tiba, "dammmm!....", kedengaran daun pintu itu di tendang orang. elsa cepat cepat bersembunyi di dalam almari pakaian yang ada di situ. dalam waktu yang sama daun pintu bilik tersebut terbuka luas. kelihatan lelaki bertopeng hitam dengan berjaket hitam dan berseluar jeans hitam melangkah masuk ke dalam bilik itu. kayu belantan tergenggam erat di tangannya. dia mula mencari elsa di dalam bilik tidur tetamu tersebut. elsa terpaksa bersembunyi di dalam almari sambil menutup mulutnya. dia cuba mengintai bayang kelibat lelaki bertopeng itu dari celah celah pintu almari pakaian tersebut. kelihatan lelaki bertopeng itu sedang sibuk mencarinya di bawah katil dan di bawah meja yang terletak tidak jauh dari situ. setelah puas mencarinya di bawah katil dan di bawah meja dia beralih pula ke arah almari pakaian. elsa menggeletar ketakutan. dia sebenarnya ketakutan yang amat sangat. kalaulah lelaki itu tahu yang dia berada di situ sudah tentu dia akan di bunuh oleh lelaki tersebut. elsa cuba mencari idea bagaimana caranya dia melarikan diri dari situ. dia lihat lelaki itu ingin membuka pintu almari pakaian tersebut. cepat cepat elsa membuka daun pintu almari itu dengan sekuat hatinya. akibatnya daun pintu almari tersebut terkena tepat di wajah lelaki bertopeng itu. dia terjatuh di atas tanah. elsa terus berlari sambil memijak tubuh lelaki tersebut. dia pijak wajah lelaki itu seperti memijak sebatang kayu di atas tanah pula. "aarrgghhh...", lelaki bertopeng itu menjerit kesakitan. cepat cepat elsa mengambil kayu belantan milik lelaki tersebut lalu di pukulnya tubuh lelaki itu dengan sekuat hatinya. "ouuwhhh... ouwhhh....", sekali lagi lelaki tersebut mengerang kesakitan. ketika elsa terdengar suara erangan lelaki tersebut dia merasa 'seronok' pula. apatah lagi bila dia melihat lelaki itu menyeringai kesakitan.  perasaan aneh itu membuatkan dia semakin bersemangat ketika memukul lelaki tersebut. dia rasa yang dirinya tak ubah macam papanya pula yang suka memukul dan menderanya ketika dia masih kecil. baru saja dia ingin memukul badan lelaki tersebut untuk ke sekian kalinya tiba tiba saja lelaki itu bangun lalu memegang hujung kayu belantan yang di pegangnya. dia menarik kayu belantan tersebut dengan sekuat hatinya. elsa pun turut menarik kayu belantan itu. maka mereka saling menarik kayu belantan tersebut. tanpa di duga oleh elsa lelaki itu menolak hujung kayu belantan itu ke arahnya sehingga dia terpaksa berundur ke belakang. elsa lihat yang tubuhnya hampir saja berada dekat dengan dinding yang ada di situ so dia pun terus melepaskan hujung kayu belantan itu. dia tidak mahu lelaki itu menyucuk tubuhnya dengan kayu belantan sampai ke dinding. jikalau tubuhnya di tucuk dengan kayu belantan itu sudah tentu riwayatnya akan tamat di situ juga. so dia pun terpaksa melarikan diri dari situ.

lelaki bertopeng tersebut terus mengejarnya dari belakang. elsa terpaksa berlari dan terus berlari. semasa dia berlari menuju ke tingkat atas dia nampak lelaki itu mengambil pisau belatinya lalu di lemparkannya pisau belati tersebut ke arahnya. nasib baik pisau itu tidak mengenai tubuhnya kalau tidak tak tahu lagilah apa akan jadi padanya. elsa sampai di tingkat atas. dia segera mengangkat kerusi kayu yang ada di situ lalu di lemparkannya kerusi itu ke arah lelaki bertopeng tersebut. lelaki bertopeng itu sempat mengelak. elsa merasa sungguh sakit hati sebab serangannya tidak menjadik. dia terpaksa mencari barang lain untuk di lemparkan ke arah lelaki bertopeng tersebut. kali ini dia mengambil meja hiasan kecil yang ada di situ lalu di lemparnya meja kecil tersebut ke arah lelaki itu. kali ini lelaki tersebut tidak dapat mengelak. dia terjatuh di atas tangga lalu dia bergolek golek ke bawah. kedengaran jeritan kesakitan bergema di ruangan tersebut. dalam diam elsa merasa seronok pula. entahlah kenapa dia merasa seronok pun dia sendiri tidak tahu. yang pastinya jeritan kesakitan lelaki sial itu telah membuatkannya merasa seronok yang amat sangat. sebenarnya elsa tidak tahu apa sudah jadi pada dirinya sendiri. dalam perasaan takut takut tu ada juga perasaan sedikit berani di tambah lagi dengan perasaan seronok sebab dia berjaya membuli lelaki jahat tu. rasanya dia perlu 'membuli' lelaki jahat tu, fikirnya. so dia pun cuba membuang perasaan takutnya jauh jauh dari lubuk hatinya. elsa nelihat lelaki tersebut bangun lalu dia berjalan menaiki anak tangga yang ada di situ satu persatu. elsa segera mengambil photo frame familynya lalu di lemparkannya ke arah lelaki tersebut tapi lelaki tersebut sempat menangkis photo frame itu dengan tangannya. elsa segera melempari lelaki tersebut dengan pasu bunga yang terletak tidak jauh dari situ. lelaki itu terus mengelak lalu dia berlari meluru ke arah elsa yang sedang berdiri tidak jauh dari situ.

mereka jatuh bergolek di atas lantai. lelaki tersebut segera menumbuk wajah elsa dengan buku limanya tapi elsa cepat cepat mengelak. dia segera menyepak di celah kelangkang lelaki tersebut. "arrgghhhhh...", lelaki itu menjerit kesakitan. alat sulitnya terasa sakit setelah di tendang oleh gadis tersebut. dia terbaring kesakitan. elsa terus bangun lalu di sepak terajangnya wajah lelaki itu dengan kakinya. tak cukup dengan itu dia sepak lagi perut lelaki tersebut dengan sekuat hatinya. semakin kuat lelaki itu mengerang kesakitan semakin kuat pula elsa menyepak tubuh lelaki tersebut. baru saja dia hendak menyepak badan lelaki tu kakinya pula di tarik oleh lelaki itu. ini menyebabkan dia terjatuh di atas lantai. "ouwhhh...", kali ini giliran dia pula mengerang kesakitan. lelaki tersebut bangun lalu menyepak tubuhnya. tak cukup dengan itu dia memukul elsa dengan kayu belantan di tangannya. elsa mengerang kesakitan. dalam keadaannya yang kesakitan itu dia menjerit, "papa tolong jangan pukul aku!... jangan pukul aku... arrggghhhh....", namun lelaki tersebut berdiri di depan wajahnya sambil tersenyum jahat. "apa?.... kau panggil aku papa?.... kau fikir aku ni papa kau ke?.... i'm not your papa lah, bongok!....", bentak lelaki itu dengan marah sekali. serentak dengan itu dia memukul belakang elsa dengan lebih kuat lagi. kelihatan darah merah keluar dari mulut gadis itu setelah tubuhnya terkena pukulan bertalu talu dari lelaki tersebut. "macamana?... bagus kan rasanya kalau kena pukul macam ni?... hahahaha...", kata lelaki bertopeng itu sambil ketawa dengan sadisnya. dalam keadaannya yang kesakitan itu elsa masih juga tidak mahu menyerah kalah. dia menyepak kaki lelaki tersebut dengan sekuat hatinya sehinggakan lelaki tersebut jatuh di atas lantai. elsa segera menyambut kayu belantan yang jatuh dari tangan lelaki itu lalu dia terus bangun. kini gilirannya pula yang memukul lelaki tersebut. "bukkk!... bukk!....", kedengaran pukulan demi pukulan mengenai sasaran. "argggghhhh... argghhhh....", jerit lelaki itu kesakitan. jeritannya membuatkan elsa bersemangat pula. senyuman jahat mula terukir di bibirnya. dalam diam dia merasa semakin seronok pula. maklumlah dia memukul lelaki itu secara bertalu talu sama seperti papanya memukul dirinya semasa dia masih kecil dulu. tiba tiba saja dia lihat topeng lelaki itu bertukar menjadi seperti wajah papanya pula. tangannya semakin rancak menghayun kayu belantan tanpa henti....

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora