AKU BUKAN PEMBUNUH 15

148 10 7
                                    

elsa rasa macam nak bunuh saja papanya tapi ada sesuatu yang menahan dirinya dari berbuat demikian. jika dia bunuh papanya bagaimana jika semua orang tahu perbuatannya tu? bagaimana dia nak larikan diri dari hukuman jikalau dia di ketahui bersalah membunuh papanya sendiri????... persoalan itu muncul di mindanya. "bunuh saja papa kau tu... dia buat kau menderita... buat apa kau biarkan dia hidup lagi?... kalau dia mati kau boleh bolot semua hartanya. lepas tu kau boleh hidup senang...", tiba tiba saja ada suara yang bergema di dalam mindanya. selepas itu ada satu lagi suara lain bergema di dalam hatinya. "jangan elsa... jangan... kalau kau bunuh dia kau akan di tangkap oleh polis dan kau akan di penjarakan!... dia tu papa kau... kau jangan menganiaya papa kau sendiri...", kata hati kecilnya. "alah!!!... jangan buang masa lagi... cepat kau bunuh saja papa kau tu sebelum orang lain tahu yang kau ada di sini...", kata suara tersebut di dalam mindanya. "jangan elsa!... tak baik bunuh orang... berdosa!...", kata suara dalam hati kecilnya pula. elsa jadi tidak menentu. dia mundar mandir di dekat katil papanya sambil berfikir. dia memandang wajah papanya. perlahan lahan dia mengambil sebiji bantal... "hahahaha... bagus elsa... bagus... kau bunuh saja papa kau yang tak guna tu... kau letak saja bantal tu di atas wajah papa kau tu. selepas tu dia akan mati kelemasan... cepat elsa... cepat.... lakukannya sekarang juga!....", bisik suara itu dalam mindanya. elsa mengangkat tinggi tinggi bantal di tangannya sambil matanya merenung tepat ke wajah papanya. pada saat itu mata papanya terbuka luas. dia seperti baru tersedar dari tidurnya. dia memandang ke arah elsa dengan mata yang bulat. mungkin dia terkejut melihat elsa berada di situ. "jangan elsa!... jangan!... jangan lakukannya!... kau bukan seorang pembunuh elsa.... kau bukan seorang pembunuh!!!!....", jerit suatu suara dari dalam hatinya.

ketika hati dan mindanya sedang berperang hebat tiba tiba, "tekkk!....", kedengaran pintu bilik tidur papanya di buka orang dari luar. elsa tidak jadi membunuh papanya sebab ada orang lain ingin melangkah masuk ke dalam bilik tidur papanya. cepat cepat elsa bersembunyi di dalam almari pakaian papanya. dia mengintai dari dalam almari pakaian papanya itu. kelihatan emma sedang berjalan menghampiri katil papanya. perlahan lahan dia duduk di dekat katil papanya. "pa.... aku merasa sedih apabila aku melihat papa jadi begini... kalaulah papa tidak terlibat dalam kemalangan tu sudah tentu papa tidak akan jadi begini....", tutur emma dengan sedih sekali. dia meramas pergelangan tangan kiri papanya itu. "pa.... aku juga merasa sedih... adik elsa semakin lama semakin membenci papa... sebenarnya aku ingin melihat papa dan adik elsa berbaik semula... aku tidak mahu adik elsa menaruh dendam pada papa tapi apabila aku berbicara tentang perkara ini dengannya dia pasti akan mengungkit kisah kisah lama di mana papa asyik menderanya dahulu... pa, aku tidak tahu sampai bila adik elsa terus menerus membenci papa padahal aku sudah berusaha untuk menyedarkannya.... kalaulah hubungan keluarga kita ni dapat di pulihkan semula alangkah baiknya... apa apa pun aku tak akan berputus asa, pa... aku akan tetap mendoakan adik elsa agar di suatu hari nanti dia akan berubah menjadi seorang gadis yang baik hati...", tutur emma perlahan lahan. dia memandang wajah papanya dengan pandangan mata yang lirih sekali. elsa hanya diam ketika dia mengintai kakaknya dari dalam almari pakaian papanya itu. dalam diam hatinya tersentuh juga ketika dia mendengar perkataan kakaknya tu. memang tidak dapat di nafikan bahawa kakaknya seorang yang pemaaf dan tidak suka berdendam pada orang lain. tidak seperti dirinya yang asyik memikirkan kesalahan orang lain dan suka berdendam pula tu.

"pa... sebaiknya kita mari kita berdoa, ya.... kita berdoa untuk kesihatan papa dan hubungan kekeluargaan kita... semoga Tuhan akan memulihkan papa dan memulihkan hubungan papa dengan adik elsa...", tutur emma dengan lembut. emma pun berdoa. tuan lee hanya menutup matanya. dia seperti berdoa bersama anak perempuannya itu tiba tiba, "aarggggghhhhhh!!!!!....", satu jeritan bergema di tingkat bawah. emma merasa terkejut sebaik saja dia terdengar suara jeritan itu. dia pun terus berhenti berdoa. begitu juga dengan papanya tuan lee. elsa yang masih bersembunyi di dalam almari turut merasa terkejut. dia tidak tahu siapakah yang menjerit di tingkat bawah rumah agam tiga tingkat itu. "er... aku pergi tengok dulu apa yang bising bising kat tingkat bawah tu dulu, ya... pa...", tutur emma seraya bangun dari tempat duduknya. dia beredar dari situ. sebaik saja kakaknya beredar dari situ elsa terus melangkah keluar dari dalam almari pakaian papanya. tanpa menghiraukan papanya yang sedang memerhatikannya saat itu dia terus beredar dari situ. dia melangkah keluar dari dalam bilik tidur papanya dengan langkah kaki yang pantas sekali. dia ingin tahu apa yang telah terjadi. sampai di tingkat bawah dia lihat kakaknya berdiri di ruang tamu dengan wajah yang cukup terkejut sekali. "ada apa kak?... siapa yang menjerit di tengah malam buta ni?", soal elsa ingin tahu. kakaknya emma tidak menjawap. dia cuma menutup mulutnya yang ternganga dengan tangannya sendiri.

matanya terbeliak memandang sesuatu di dekat kerusi sofa yang terletak tidak jauh dari situ. langkah kaki elsa terhenti sebaik saja dia melihat mayat mak cik rita terbujur kaku di atas lantai dalam keadaan yang berlumuran darah. ada kesan tikaman di belakang wanita tua tersebut. elsa terkejut bukan kepalang lagi. dia tidak menyangka bahawa mak cik rita akan mati dalam keadaan yang mengerikan seperti itu. emma menangis dalam kepiluan. tanpa mereka sedari kelihatan seorang lelaki bertopeng hitam datang menghampiri mereka di situ. di tangannya ada sebatang kayu belantan yang di pegang erat. tanpa berlengah lagi lelaki bertopeng tersebut terus saja menghampiri emma dari belakang. "bukkk!!!!....", belakang tengkuk emma di pukulnya dengan kuat sekali. gadis itu jatuh di atas lantai. elsa yang masih merasa terkejut saat itu terus melarikan diri dari situ. lelaki bertopeng tersebut segera mengejarnya dari belakang. elsa cepat cepat masuk ke dalam sebuah bilik tidur tetamu yang terletak tidak jauh dari situ. pintu bilik tersebut terus di kuncinya dari dalam. kelihatan tombol pintu itu di pusing orang berkali kali. mungkin lelaki bertopeng tersebut ingin masuk ke dalam bilik itu tapi dia gagal berbuat demikian sebab pintu tersebut telah di kunci rapat oleh elsa. "dammmm!!!!... dammmm!.... dammm!....", kedengaran pintu bilik itu di pukul dengan kuat oleh lelaki bertopeng itu. elsa merasa cemas sekali. jantungnya berdebar sakan. dia tahu lelaki tersebut ingin membunuhnya sama seperti dia membunuh mak cik rita pembantu rumah mereka. pada saat dia dalam keadaan yang cemas itu dia tersepak tubuh seseorang di atas lantai. dia segera mengalihkan perhatiannya ke bawah. kelihatan mayat jururawat peribadi yang di upah oleh kakaknya terkujur kaku di atas lantai dalam keadaan yang berlumuran darah. "eeeiiiiiiii!!!!!!!.....", jerit elsa cukup terkejut sekali. dia terduduk di atas katil dengan wajah yang pucat lesi. dia tidak menyangka bahawa wanita tersebut telah mati di bunuh orang. apabila dia melihat semuanya itu dia merasa sungguh takut sekali.

AKU BUKAN PEMBUNUH (PG13) Where stories live. Discover now